Dari pagi tadi Aufa ajak main play-dough. Play-dough yg dah sedia ada dlm box mainan dia dah tak rupa play-dough dah pun. Keras. Kering. Bercampur-campur dah kalernya. Siap dah melekat dengan macam-macam mende. Hahahahahayayayayayaksss. So, buang segala play-dough yang lama-lama tu n jom buat play-dough yang baru jom!
Ni adalah kali kedua sy buat play-dough ni. Sebelum-sebelum ni masa tak pandai buat sendiri mmg if Aufa teringin nak main play-dough kena la beli. N harga paly-dough yg play-doh tu (yg brand play-doh) mmg la tak murah kan! Pulak tu kalau beli takkan la gamak nak beli satu kaler je..kena la beli 2-3-4-5 kaler. Mmg berbulu gak mata tgk total nak kena bayar ntuk skali shopping play-doh2 tu. Tp bila dah tau buat sendiri, mmg tersangat la jimat. Kos buat dah la murah..siap boleh buat banyak-banyak kaler lagi..n if simpan elok-elok mmg tahan lama tau!
 |
Homemade play-dough. Made with love <3 |
So jom kita tgk macam mana cara nak buat play-dough ni kat rumah. DIY gittewww!
Bahan-bahan yg diperlukan adalah:
- 3 cawan tepung gandum
- 1.5 cawan garam halus
- 6 sudu kecil cream of tartar
- 3 sudu besar minyak sayuran/ minyak masak
- 3 cawan air
- 1 sudu kecil esen vanila
- Food colouring
Cara-cara nak buat play-dough ni:
- Campurkan ke semua bahan-bahan di atas (kecuali food colouring) di dalam sebuah periuk. Kacau sehingga sebati.
- Letakkan periuk tersebut di atas api dan masak dengan api perlahan. Sentiasa kacau supaya campuran dough ni tak berketul-ketul.
- Padamkan api setelah dough nampak mengental dan kelihatan terpisah dari dinding periuk.
- Pindahkan dough ke dalam mangkuk yang bersaiz agak besar dan uli sehingga texture dough menjadi licin.
- Bahagikan dough kepada beberapa bahagian. Sy bahagikan kpd 5 bahagian sbb nak hasilkan 5 warna yg berbeza.
- Ambil satu bahagian dough. Titiskan beberapa titis pewarna makanan (food colouring). Uli sehingga perwarna tersebut sebati dengan dough. Ulang step ni untuk bahagian-bahagian dough yang seterusnya dengan pewarna-pewarna yang berbeza. Saya gunakan food colouring jenis cecair. Kaler dia lebih cantik berbanding food colouring yang jenis serbuk tu. Plus, yang jenis cecair lebih mudah nak sebati dengan dough.
- Haaa bila dah habis kaler kan ke semua bahagian dough, boleh la bagi anak-anak main. Tapi kalau tak nak main lagi, simpan dalam bekas kedap udara atau dalam zip-lock bag.
After anak-anak main pun make sure dough-dough ni disimpan semula di dalam bekas kedap udara atau dalam zip-lock bag. InsyaAllah akan tahan lama.
Best tau buat homemade play-dough ni. Sebab dr proses awal nak buat tu, anak-anak boleh participate sama. Anak-anak sy dua-dua sekali beriya-iya nak tolong. Si kecik Aakif ni pun sama-sama excited. Meh layan gambar yang sempat sy snap td~
 |
Tepung gandum |
 |
Garam halus |
 |
Cream of tartar |
 |
Minyak |
 |
Junior masterchef 1: Aufa. Excited betul dia nak kacaukan dough |
 |
Junior masterchef 2: Aakif. Yg ni pun tersangat lah excited nak tlg sama |
 |
Tgk la..hihi geram tul dgn tgn-tgn dua org jr.mastrcep ni! |
No comments:
Post a Comment