Monday, November 10, 2014

Simptom-simptom Mengandung a.k.a Pregancy Symptoms

Especially kepada mereka yang belum pernah mengandung, kepada mereka yang sangat tertunggu-tunggu untuk hamil, kepada mereka yang baru berkahwin n harap sangat untuk bunting pelamin, kepada meraka yang tertanya-tanya "mcmana eh nak tau pregnant atau atak".."aku pregnant ke ni eh?"..haaa insyaAllah entry kali ni mungkin bermanfaat kepada anda. Jemput baca ye sampai habis. (hee..peace yaw)

Pertama kali utk kenalpasti adakah kita ni pregnant agak tricky jugak. Cara yang paling mudah dan meyakinkan adalah melalui pemeriksaan kehamilan (pregnancy test). Tetapi terdapat beberapa simptom awal kehamilan yang insyaAllah memudahkan anda untuk kenalpasti anda pregnant atau tak without melakukan sebarang pregnancy test.

Adakah semua wanita akan mengalami simptom-simptom awal kehamilan?

Setiap wanita adalah berbeza-beza. Sama la jugak dengan simptom-simptom awal kehamilan abagi seorang wanita dengan seorang wanita yang lain. Simptom-simptom awal ni jugak mungkin berbeza-beza pada setiap kehamilan. Antara pregnancy kali ni dan pregnancy berikutnya tetap ada kemungkinan untuk seorang ibu mengalami simptom-simptom awal kehamilan yang berbeza. Maknanya pregnancy symptoms masa anak pertama berbeza dengan pregnancy anak kedua.

Kebiasaannya simptom-simptom ini mula dirasai hampir dengan tarikh menstrual berikutnya, so agak susah untuk kenalpasti adakah tu tanda-tanda awal pregnancy atau tanda-tanda nak period. Di bawah ni sy listkan beberapa simptom-simptom yang biasanya dialami oleh seseorag ibu pada awal kehamilannya. Tetapi masih terdapat kebaragkalian yg simptom-simptom ni mungkin berpunca dari faktor-faktor lain selain drpd hamil. Dan sekiraya anda tak merasai mana-mana simptom yg sy listkan ni, taklah bermaksud anda mmg confirm tak hamil.



1. Spotting dan Cramping
- Beberapa hari selepas conception, telur yang telah berjaya disenyawakan akan mula melekat pada dinding uterus. Ini kadang-kala boleh mengakibatkan berlakunya sedikit spotting (pendarahan yg sgt sedikit..tak macam period pun) atau/dan cramping di kawasan pelvic. Keadaan ni dinamakan sebagai implantation bleeding, berlaku antara hari ke-6 hingga hari ke-12 selepas telur disenyawakan. Cramp yg berlaku ni rasa dia seakan-akan menstrual cramp. Sbb tu ramai yg beranggapan cramp ni adalah menstrual cramp, lebih-lebih lg bila disertai dengan spotting. Terus bajet tu adalah tanda awal period (awal menses). Selain daripada bleeding, ada jugak yang mengalami pengeluaran vaginal discharge yang agak berbeza dari hari-hari biasa (milky discharge). Penebalan dinding rahim (thickening of the endometrium lining) selepas proses persenyawaan antara sperm dan ovum akan turut menghasilkan discharge ni. Keadaan ni (pengeluaran biasanya akan berlarutan sampai la tempoh akhir kehamilan. Don't worry, discharge ni tak merbahaya dan tidak memerlukan sebarang treatment. Tapi kalau tiba-tiba discharge tu disertai dengan bau yg kurang enak dan menyebabkan gatal-gatal, teruslah inform pada doktor anda sbb berkemungkinan besar telah berlakunya yeast or bacterial infection di kawasan tersebut. Kalau ye, maka anda perlukan treatment khas.



2. Perubahan Fizikal Tubuh Badan
- Antara bahagian tubuh badan yang mengalami perubahan drastik bermuala pada awal kehamilan adalah pada bahagian payudara anda. Perubahan hormon yang berlaku sejurus selepas persenyawaan berlaku mengakibatkan perubahan pada payudara anda; payudara rasa sedikit membengkak, tegang, dan terasa sengal apabila disentuh. Kawasan areola (puting) juga akan mengalami sedikit perubahan iaitu kalernya akan bertukar sedikit gelap. Rasa tak selesa ni biasanya akan berlarutan beberapa minggu awal kehamilan, tapi lepas tu anda dah tak perlu risau kerana badan anda akan terbiasa dengan perubahan hormon ni. Lama-lama nanti anda dah tak sedar dah dan tak terganggu dah dengan perubahan n rasa tak selesa tu.

3. Cepat Penat dan Letih
- Tanda awal yang lain adalah anda mungkin akan cepat rasa penat dan letih. Cepat penat dan letih ni adalah normal dari awal kehamilan sampai la ke saat akhir proses kehamilan. Biasaannya, seseorang wanita tu mula sedar yang dirinya lebih cepat penat dan letih dalam anggaran seminggu selepas persenyawaan berlaku. Kenapa? Ini mungkin berkaitan dengan perubahan hormon, terutamanya peningkatan hormon progesterone, penurunan paras gula dalam darah, penurunan tekanan darah, dan/atau peningkatan penghasilan sel darah merah yang berlaku di dalam tubuh. Adalah normal untuk seorang ibu hamil sering merasa penant dan letih. Cara terbaik untuk mengawal rasa ni adalah dengan mendapatkan rehat yang cukup setiap hari.. Makanan yang kaya dengan protein serta iron (zat besi) juga mampu membantu mengurangkan masalah ni.



4. Pening dan Loya (Nausea) - Morning Sickness
- Haaa morning sickness ni adalah term yang sgt sinonim dengan pregnancy kannnn. Tapi tak semua preggy mommy akan mengalami gejala morning sickness ni. Punca sebear morning sickness ni memang sampai sekarang belum diketahui tetapi berkemungkinan besar adalah berpunca daripada perubahan hormon yang berlaku sejak dari awal kehamilan. Rasa pening-pening dan loya-loya ni biasanya berlaku pada tempoh trimester pertama, dan kebiasaanya rasa pening-pening n loya-loya ni berlaku lebih kerap pada waktu pagi. Sbb tu digelar sebagai morning sickness. (Tapi kann ada je preggymommies yg lebih kerap mual-mual loya-loya time ptg atau malam tau..but still term yg kita panggil tu morning sickness..takdenye evening or night sickness..no no no!hehe)

5. Mengidam Nak Makan Itu Ini
- Mengidam (craving) or cenderung nak makan itu n nak makan ini juga merupakan tanda-tanda awal kehamilan. Ini berpunca daripada perubahan hormon yang berlaku. Berbeza dengan morning sickess seperti rasa pening-pening mual-mual loya-loya tu yang biasanya dialami oleh seseorg ibu hamika antara tempoh trimester pertama dan awal trimester kedua je, tapi mengidam ni normally akan berlarutan sampai baby dah nak keluar. Hehehe. Tanda-tanda anda mengidam adalah anda asyik dok terfikir je tentang makanan tu, terbayang-bayang rasa dia, kalau tak dapat mmg takleh tido malam! (ni betul tau..berdasarkan pengalaman sy..tak boleh tido malam tau..gelisah semacam selagi tak dapat! hahaha).



- Selain daripada mengidam tak tentu pasal, alahan terutama pada rasa dan bau sesetengah makanan jugak merupakan simptom kehamilan. Contoh mcm tak tahan bau bawang tumis (asal nak menumis je terpaksa balut hidung kalah ninja), tak tahan bau ikan goreng (so end up tak mau makan ikan goreng), tak tahan bau minyak yg sedang dipanaskan (makanya kukus grill panggang je laa sepanjang pregnant tu), tak tahan bau belacan (padahal selama ni belacan tu kena ada atas meja tiap-tiaphari..feveret betul!)..haaa tu contoh! Sama la jugak dengan rasa. Ada yang bila mengandung tetiba tak suka makan nasik padahal dulu nasik wajib makan 2-3 kali sehari. Selain daripada makan ada jugak yang tak tahan dengan bau-bauan yag lainnnn..Contoh, tak tahan bau perfume or bedak wangi-wangi, so terpaksa la pakai bedak baby je. Tak tahan bau sabun yang wangi-wangi sangat, so terpaksa tukar pakai yg kurang bau wangi. Tak tahan bau husband pun adaaa tau..haaa ini kesian! makanya husband pun terpaksa la duduk jauh-jauh..alaaaahai kesian!~

6. Tidak Datang Period
- Missed period. Period tak datang. Ini adalah tanda yang paling obvious anda mungkin hamil. Dan kebiasaannya ramai yang akan start buat ujian kehamilan selepas dia dapati period dia tak datang. Kan. Tp, ada juga kes yang berlaku, ibu didapati hamil tetapi mengalami sedikit pendarahan berkala. So, untuk kes seperti ini, perlu dapatkan pemeriksaan daripada doktor. Ofcoz la kannn, sure kita nak tau samada pendarahan tu boleh mendatangkan mudarat atau tak kepada bayi yang dikandung.



7. Tanda-tanda Lain
- Perubahan hormon yang berlaku disebabkan oleh kehamilan turut menyebabkan beberapa simptom lain seperti kerap membuang air kecil (frequent urination), sembelit (constipation), mood berubah-ubah (mood swings), pening kepala serta sakit belakang.

Ada sesetngah wanita yang hamil mengalami ke semua simptom-simptom ni, tapi ada jugak yang hanya mengalami setengah atau suku sahaja daripada senarai simptom-simptom ni. Sekiranya simptom-simptom ini sangat mengganggu anda, cuba bercakap dengan doktor anda. Mungkin ada rawatan atau cadangan yang mampu membantu mengurangkan ketidakselesaan simptom-simptom tersebut.

Bila dah ada 1-2 tanda seperti di atas, boleh la proceed dengan pemeriksaan kehamilan (pregnancy test menggunakan UPT spt dlm gambar ni)


If anda positve pregnant..alhamdulillah syukur!~ if negative, jgn bersrdih..usaha lagi..insyaAllah :) 

Berminat utk ketahui cara sy memastikan sy serta baby dalam kandungan sy memenuhi keperluan nutrisi penting harian, boleh baca kt entry ni → Nutrisi Tambahan Hebat for Preggy Mommie   Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar termasuk pd tempoh awal kehamilan sy. Alhamdulillah..


No comments:

Post a Comment