Wednesday, November 5, 2014

Supplements for Preggy Mommies

Subhanallah..Alhamdulillah..Laailaahaillallah..Allahuakbar!~

Lately ni banyak betul perkhabaran gembira dari sahabat-sahabat rapat, ahli keluarga yg dekat dan jauh, anak-anak murid. Seronok sangat! Bahagia n tumpang gembira sama bila dapat tau. Rasa mcm dalam womb sendiri pulak ada insan baru yang dikirimkan oleh Dia, Yang Maha Memiliki...


BIGhugsss mommies! Please take a good care of urself darlings. Nnti dan muncit-muncit jgn lupa whatsapp gambar ye. Tak sabar nak tgk uols dgn imej berbaby-bump yg ofcoz akan sgt comel tu~


Congratulations buat semua yg sedang hamil. Tahniahhhh!! Syukur Alhamdulillah.

Muncit berbaby-bump mmg tersangat lah comel. Makin muncit makin comel kan. Bila gegar-gegar perut di'somersault' oleh si kecik dalam womb bertambah-tambah lagi comelnya. Kadang-kadang tergelak-gelak geli..tp most of the time tertanjat-tanjat mama..kannnnn! Pastu suka sangat kicking or boxing kat area getah pinggang kain baju kurung/ skirt/ seluar. Hahahaha.

Tp yg paling indah, bila mama parking tangan atas perut, si kecik dalam womb pun akan sama-sama gerakkan tgn/ siku/ lutut dia n sentuh-sentuh area tangan mama. Ouhhh rindu rasa tu!

Hohohohomaigod..iolls dah verangan muncit sama la pulakkkkkkkkk!


Dulu Aufa n Aakif tersangat lah pemalu masa dalam perut..especially dgn doc. Asal nak jumpa doc utk checkup je tetiba perutku akan jd kecik. Ntah mcm mana la diorang nyorok. Tp siyes tau. Ini betul-betul kejadian. N obviously ni bukan gambar tummy sy..hee ;)


Dengan tak sengaja tergoogle laa pulak gambar newborn baby tgh-tgh malam ni. (alasan je!). Tersengih-sengih tengok gambar newborn babies yg sgt kiut miut bermuka tenang dengan serba kecik molek suci bersih (sila baca ayat ni dengan penuh perasaan siap mata dikecik-kecikkan tanda tersangatlah geram dengan kechomelan newborn babies ni).



Kaki mungil gebu montok! Haiisshh kalau anak sendiri dah kena gigit dah kaki comei gebu-gebu ni. Gerams!!


Alololololo tido degan muka sgt tenang. Sgt menggeramkan sampai rasa nak kejutkan beliau yg kecik ni. Pastu biar dia nanges sikit..sbb rindu nak dengar baby baru lahis nanges. Hahahaha (gila kejam! eh eh tak la..gila geram je!)


"Hohohoiii Zinn (i lettewww)..verangan tak sudah2!!! Stop verangan..n baca semula tajuk entry. Kemudian sila start tulis dengan serious!~".

Hehehe
(^^,)v (peace yaww)


Ok. Berbalik kepada tajuk entry sy pada hari ni, "Supplements for Preggy Mommies". Ramai yg suka tanya pada soalan ni, "penting ke vitamin-vitamin tertentu untuk ibu hamil ni?". "Ye..PENTING!" Tp..kenapa penting pulak? Prenatal vitamin adalah sangat digalakkan kepada ibu yang sedang hamil untuk mengurangkan risiko kecacatan pada kandungan yang dikandung, mengurangkan risiko kelahiran pramatang (lahir tak cukup bulan) serta mengurangkan risiko masalah berat badan (berat badan bayi..bayi terlalu kecil). Selain daripada itu, prenatal vitamin ni bertujuan untuk membantu ibu kekal sihat, cergas serta kuat sepanjang tempoh kehamilan. Kandungan prenatal vitamin berfungsi untuk menanpung kekurangan nutrisi si ibu serta mengawal simptom-simptom kehamilan (seperti loya, pening, muntah-muntah dan kurang selera makan) terutama pada awal tempoh kehamilan. Apa-apapun, pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sepanjang proses kehamilan adalah sangat penting. Bukan bermaksud bila dah makan segala prenatal vitamin ni kita boleh layankan tekak kita dengan segala mak nenek jajan n makanan yang tak sihat tau. Antara supplement yang penting  bagi ibu-ibu yang sedang hamil adalah Iron, Folic Acid, Calcium, dan Omega 3.


Antara supplement Shaklee yang sesuai buat preggy mommies adalah Vita-Lea, ESP, Sustained Release Vita-C Plus, B-Complex, OsteMatrix, & OmegaGuard.

Set Ibu Hamil (Pregnancy Set) Shaklee terdiri daripda Vita-Lea, ESP, SR Vita-C Plus, B-Complex, OsteMatrix & OmegaGuard.

  1. Vita-Lea (Multivitamin & Multimineral): Membekalkan kesemua nutrient yang diperlukan oleh tubuh. Pendekata ia memenuhi ruang-ruang kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tidak berjaya mendapatkan vitamin/ mineral yg mencukupi daripada diet harian kita. Bila badan kekurangan nutrient, fungsi asas tubuh akan terganggu. Bila dapat cukup nutrient, fungsi setiap satu organ n sistem insyaAllah akan berjalan dengan lancar dan cekap. Iron (zat besi) merupakan komponen penting dalam pembentukan hemoglobin pada sel darah merah yang tujuan utamanya adalah untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh ibu dan bayi yang dikandung.
  2. ESP: Sumber protein mudah dan cepat. Mengandungi asid amino yg diperlukan oleh badan kita. Menyediakan protein yg mencukupi bagi memenuhi keperluan harian tubuh. Protein penting dalam pembinaan serta pembaikpulihan sel-sel badan kita (in cell building, repairing and healing process) termasuk pembaharuan sel-sel tubuh kita. Yang best nya ESP turut membantu memastikan paras hormon-hormon tubuh si ibu dalam keadaan yang seimbang, secara tidak langsung membantu mengawal morning sickness terutamanya rasa loya-loya mual-mual pada awal kehamilan. Extra benefits yang kita mampu perolehi daripada ESP ni adalah preggy mommies akan rasa lebih bertenaga (kerana protein membantu dalam pengahasilan tenaga). Dan yg paling sy suka dgn ESP ni dia membantu membuatkn kita cepat rasa kenyang (kurang rasa lapar)..almaklum la bila mengandung ni mana boleh lapar-lapar n biar perut kosong kannn, nanti perut akan senang masuk angin,bila masuk angin maka akan pening-pening n start la nak rasa mual-mual kannnnn. So agak-agak bila rasa lapar, boleh terus minum ESP ni. Sumber tenaga segera! 
  3. B-Complex: Penting dalam perkembangan nervous system dan otak bayi yang dikandung. Turut berfungsi dalam penghasilan sel darah merah, juga dalam pembentukan otot dan tulang. B-Complex Shaklee ni lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B, termasuk asid folik, yang mana umum ketahui asid folic ni adalah sangat penting kepada ibu yang sedang mengandung bagi mengurangkan risiko berlakunya spina bifida kepada bayi yg dikandung. B-Complex turut membantu dalam penghasilan tenaga pada kadar segara. So preggy mommies akan kurang letih dan rasa lebih bertenaga. Turut berfugsi dalam mengurangkan tekanan (stress). Bila stress kurang n perasaan mommy terkawal, ofcoz akan membuatkan mommy lebih tenang. Biasa dengar kann yg stress time pregnant ni amatlah tidak sihat. So preggy mommies mmg pelu belajar untuk mengawal stress n bila ada supplement yg membantu lagi la best!
  4. Vitamin C: Untuk pembinaan dan pemulihan sel-sel badan serta meningkatkan tahap imunisasi ibu dan bayi dlm kandungan. Vitamin C ni bukan sahaja membantu meningkatkan tahap imunisasi si ibu, tetapi turut membekalkan sumber yang mencukupi untuk pembentukan kolagen secara semulajadi. So, jg terkejut bila kita berjaya dapatkan sumber vitamin C yang mencukupi, kulit akan bertambah cantik, strecth mark pun makin pudar! Suka kannnnnn?~ Sumber vitamin C yang mencukupi juga membantu kecekapan tubuh ibu menggunakan zat besi. So vitamin C utk preggy mommies sgt sgt sgt digalakkan!
  5. OsteMatrix: Komponen utama OsteMatrix ni adalah calcium dan magnesium. Seperti yg kita sedia maklum, calcium ni sgt penting untuk tulang, otot dan juga ligament. OsteMatrix memelihara ibu hamil daripada mengalami sakit-sakit sendi dan kekejangan otot. Kandungan magnesium berfungsi mengasimilasikan calcium ke dalam tulang. Calcium intake yang mencukupi sgt penting especially bg ibu yang sedang mengandung. Ini kerana komponen calcium bagi pembentukan skeletal system bayi yang dikandung adalah berasal dari calcium intake & kandungan calcium si ibu. If kita tak sediakan cukup calcium dalam badan kita, calcium akan diambil dari sumber-sumber calcium sedia ada dalam badan, seperti dari  tulang dan gigi. Sebab tu antara effect bila kurang calcium, si ibu akan sakit-sakit tulang n sakit gigi. Oucchhhh! tak suka kannnnn. Mmmg boleh nanges malam-malam!
  6. OmegaGuard: Sangat bagus untuk brain developmet dan penglihatan bayi yang dikandung. Berasaskan minyak ikan tulen yang kaya dengan omega-3, EPA, DHA dan fatty acids, yang sangat bagus untuk membantu pembentukan serta perkembangan otak bayi secara sihat. Juga baik untuk kesihatan minda preggy mommies, insyaAllah daya ingatan akan makin tajam. Owhhoo OmegaGuard turut mengurangkan rasa tidak selesa pada sendi-sendi ibu hamil sbb dia bersifat anti-inflammation. Dannnn yag best tu turut boleh mengawal paras kolesterol si ibu.   

Berminat untuk tau lebih lanjut tentang supplement-supplement atau set ni, jemput contact sy ye~ Nak sembang-sembang pasal pregnancy pun boleh. InsyaAllah, banyak yg sy suka nak kongsikan berkenaan dgn pregnancy ni..


xoxo
Zinneerah Ahmad Zamil
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR/
PENGEDAR SAH SHAKLEE
Kulim, Kedah/ Pulau Pinang/ Seremban, Negeri Sembilan/ Kuala Lumpur

018-2037804

No comments:

Post a Comment