Monday, September 29, 2014

Yeayyy! Free Premiere Tickets - Dracula Untold

Congratulations to Zinneerah Ahmad Zamil, for winning the Dracula Untold contest. You are walking away with a pair of premiere tickets to Dracula Untold this Wednesday (01/10/2014) at TGV 1 Utama at 8:45 pm.

Ehhemmmmmm..

Sukaaaaa!!!~
Tak pernah masuk contest yang boleh menang tiket movie tau. Ni siap dapat premiere ticket lagi. Alhamdulillah. Memang tersenyum-senyum satu hari ni. Dari pagi sampai la malam. 


Excited nak tengok movie ni. Mcm best kannnn!

Diving Itu Sangat Funnnn!

Punya lama tak berblog. Nasib Timehop remind kan pasal Tulamben. Apa tu Timehop? Hee..sejenis android app yg sangat best. So, sila install ye~

Timehop mengimbau fb post 3 tahun yang lepas. Best tau Timehop ni. Sbb tu sy suruh install. Install tau! :)


Tulamben adalah tempat kedua sy dan en.husband dive. Tempat pertama adalah di Nusa Dua. Kedua-dua tempat ni terletak di Bali. Percaya lah, diving sangat menyeronokkan. Addictive!

Mawar Kuning Dive & Marine Sport, Tanjung Benoa, Nusa Dua

Pertama kali ke Bali adalah masa honeymoon dulu. November 2009. Masa tu mmg dah cakap dengan en.husband, if kita ke Bali, sy memang nak sangat sangat sangat dive dalam laut. Tak kesah la pandai berenang ke tak pandai berenang. Hehehehe kenapa cakap macam tu? ehheee sebabnya sy mmg tak pandai berenang (setakat apungkan badan facing langit tu boleh la..itu pun sy dah habis bangga..hahahaha..sila insaf wahai cik zinn, pegi la belajar berenang!). Tp kan, kat Bali ni even tak pandai berenang pun tetap boleh dive tau. Ofcoz la akan ada Divemaster yang guide and teman kita.

Pengalaman pertama kami suami isteri dive adalah di Tanjung Benoa, Nusa Dua. Tempat ni sangat tenang, sangat cantik!

Sebelum dive, Divemaster akan ajar beberapa perkara penting yang kita perlu tahu. So jangan risau, first timer mmg la tak tau pape, tp segalanya akan dibrief oleh Divemaster. Secara ringkasnya, kami diajar penggunaan peralatan diving serta asas menyelam. Antara asas diving yang diterangkan oleh Divemaster adalah:
  • Konsep apungan badan dalam air
  • Teknik pernafasan yang betul
  • Teknik membuang air di dalam goggle (kalau air masuk dalam goggle masa dive)
  • Teknik mengimbangkan badan di dalam air
  • Isyarat tangan
  • Cara mengurangkan tekanan pada telinga (semakin dalam kita menyelam, semakin tinggi tindakan tekanan yang boleh dirasai especially oleh telinga kita)
  • dan banyak lagi (tp buat masa ni, ni yg saya ingat..nanti sy try recall balik apa lagi yang diajar oleh Divemaster)

Normally, kalau kita ambil pakej untuk dive, kita akan diberikan 2 sesi selaman. Sesi pertama untuk yang pertama kali nak dive adalah lebih relax, sesi kedua biasanya lebih mencabar. Masa kat Tajung Benoa, Nusa Dua, if tak silap, untuk sesi pertama kitorang dibawa dive di kawasan yg kedalamannya adalah 12m manakala sesi kedua di kawasan yang kedalamannya hampir mencecah 20m (naik bot dari pantai then dah sampai kat tempat yang nak menyelam tu turun la sendiri dari bot).

Air laut dia sangat biru..cantik!~

Honeymoon kaannnnn..so harus la wefie (we+selfie) banyak-banyak ;)

Pengalaman kedua kami menyelam adalah di Tulamben, Bali (i ulang balik..tadi dah sebut). Pada tahun September, 2011. Pengalaman di Tulamben sangat berbeza dengan pengalaman di Tanjung Benoa, Nusa Dua. Yang bestnya kat Tulamben ada kapal karam. So kita boleh menyelam sekitar kapal karam yang telah ditumbuhi dengan pelbagai species terumbu karang yg sangat cantik. Kedalaman kapal karam ni adalah mencecah 30m daripada permukaan laut. So, pengalaman kedua ni, kami berjaya dive pada kedalaman yg lebih dalam. Antara hidupan laut yang terdapat kat kawasan ni adalah barracuda, groupers, blue spotted sting rays, bumphead parrot fish, n macam-macam jenis coral reef. Teringat lagi, siap kena sengat dengan api-api, sejenis species terumbu karang kat situ. Memang menyengat dan memarutkan, tapi tak lama lepas tu parut tersebut pun hilang.


On the way ke Tulamben.

Sebelum dive. Masa ni Aufa dah ada. So, haruslah bawak beliau.

Manjaboy mama, Aakif, time ni belum ada lagi.

Start turun laut. Kat Tulamben ni, memang tak naik bot. Tak macam kat Tanjung Benoa, Nusa Dua. 

Otw balik ke hotel. Mama & Aufa. Selfie seround!~

Diving seriously sangat fun. Rasa macam berada di dunia yang berbeza dari dunia biasa kita. Rasa sangat kagum dengan ciptaan Allah yang sangat cantik (banyak betul penggunaan perkataan sangat di sini). Perasaan berada dalam air pada kedalaman yang sangat dalam (bagi sy dalam laa..hehe) sangat mendamaikan n menenangkan jiwa. Memang kalau dah cuba sekali akan terus nak cuba lagi. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki memang nak sangat enroll PADI Dive Courses. Teringin sangat-sangat nak ada diving license. If dapat Open Water Diving License pun dah hepi sangat-sangat. Tp apa-apa pun sila belajar berenang dulu ye cik zinnnnnnn. Jangan buat-buat lupa yang anda tu tak pandai berenang! hahahahahaha~