Showing posts with label Aufa. Show all posts
Showing posts with label Aufa. Show all posts

Wednesday, October 29, 2014

Saya & Shaklee

Dari tajuk entry rasanya semua faham apa yg sy akan try tulis kali ni..hehe very straight to the point tajuknya!~

Ramai yg suka tanya soalan ni kat sy, "eh..dah lama ke ko makan Shaklee?".."ko start makan sbb breastfeeding eh?".."mmg betul-betul berkesan ke supplement2 Shaklee ni?"..Emm dari mana ye sy patut mula kan? Okie la, adhal start cerita dari awal kannnn.

Sy kenal Shaklee dah lama sgt dah. Dari zaman budak-budak lagi. Sy start consume supplement Shaklee ni dari darjah 3 kot. Tahun 1993 if tak salah. Zaman tu ESP dipanggil Instant Protein. Hee still igt lagi rupa canister Instant Protein zaman tu. Masa tu, pagi-pagi sebelum pegi sekolah wajib kena telan vitamin-vitamin dan minum segelas Instant Protein. Time tu tak penah persoalkan, bila umi n abah sy suruh telan supplement-supplement tu, ku ikut kan aje. Byg kan dr zaman tu sampai skrg, parents sy sgt setia dgn Shaklee products.

Start kenal Shaklee masa Shaklee guna logo ni..hee nostalgia sungguh bila tgk logo ni..teringat zaman kecik-kecik dulu
Kemudian, Shaklee tukar logo ke logo ni. Family sy masih setia dgn Shaklee time ni. Mmg trademark Shaklee dr dulu lg dengan kaler hijau biru mcm ni. Nostalgic!

Bila sy dh menginjak dewasa (ececece dewasa gittew), Shaklee tukar logonya ke logo ni. Daun hijau! Sampai skrg masih logo ni.


Sy masih igt lg, dulu zaman matrik n zaman U masa buat degree, umi dan abah sentiasa akan pastikan stok supplement sy sentiasa ada. Umi n abah sy lebih kerap tanya "vitamin ada lg tak?" daripada tanya "duit belanja still ada?". Hahaha mesti diorg tau kalau tanya pasal duit belanja nnti anak dia asyik ckp tak cukup je..kikiki tp tu la yg menjadi kebiasaan parents sy. Sgt mementingkan bab-bab penjagaan kesihatan, bab-bab pengambilan supplement ni. Padahal time tu sy ni tak la rajin nak telan segala vitamin-vitamin tu. Selalu lupa nak telan. Bila start rasa nak tak sehat baru terhegeh-hegeh nak telan. Sungguh tak baik habit tu n tu bukan cara yg betul utk jaga kesihatan. Budak tgh nak up, mana penah nak kesah sgt pun kannnn. Tp kan, keberkesanan supplement-supplement Shaklee ni mmg tak boleh disangkal. Yg dah makan sure akan tau. Sampai dulu klu housemate ada yg nak demam nak selsema, diorang akan request nak sikit Shaklee Vita-C. N alhamdulillah, dgn izin Allah, after telan je terus beransur ok. Maka terkenal la sy ni sbgi budak yg byk stok supplement Shaklee. Eh i suka tau! Sbb dah ala-ala doctor pulak. Hahaha ye la, cita-cita nak jadi doctor tak kesampaian..sobs sobs sobs T.T

Dipendekkan cerita, bila dah keja segala bekalan supplement tak lagi disponsor oleh umi abah. So sy pun stop la dr makan supplement-supplement ni. Stop sbb konon takmau keluarkan duit sendiri. Plus time tu kan muda belia lg so rasa tak perlu pun supplement-supplement ni. Sampai la bila dah kawen, masa pregnantkan anak pertama, kena la rajin baca article-article n info-info berkenaan pregnancy, termasuklah pasal kesihatan ibu n anak yg dikandung, serta diet harian yg patut diamalkan kan. Maka, terbukak la mata utk consume supplement-supplement ni balik. Malangnya..hehehe ada la pulak 'malangnya'..malangnya awal-awal je disiplin, tp after beberapa bln haaaaaa mmg ikut suka je bila teringat baru makan. Haissshhhh! Bila dah bersalin, rajin kejap utk telan supplement-supplement ni, tp bila dah habis pantang, mmg ke laut la disiplin telan supplement-supplement ku. Haissshhh haissshhhh!!

May 2010: Time pregnant kan Aufa (anak sulung). Gambar perut muncit tak banyak la pulak. N gambar ni tak berapa clear. Amik pun guna phone cap ayam.

Apr 2013: Time pregnant kan Aakif (anak kedua). Gambar ni diambil masa kt tempat keje. Majlis makan-makan untuk farewell salah seorang lecturer Environmetal Health Dept. Masa mengandungkan Aakif pun still tak suka amik gamba. Sekarang meyesal tak banyak gambar perut muncit =.='



Bila mengandung anak kedua, kesedaran utk jg kesihatan betul-betul tu datang semula. Ye la..bila pregnant ni kita sentiasa nak pastikan yg terbaik utk diri kita n anak yg dikandung. Masa ni mmg betul disiplin bab telan-telan supplement ni. Alhamdulillah consistent sampai anak kedua lahir. N tak terhenti kt situ je, sampai sekarang sy tetap disiplin dlm pengambilan supplement-supplement harian sy. Kenapa sy tetiba jd sgt disiplin? Kenapa tetiba boleh consume dgn begitu consistent? Haaa bila dah betul-betul rasa lebih sihat lehih bertenaga lebih cergas, mmg terus jatuh cinta dengan Shaklee. Serious dah jatuh cinta dgn supplement-supplement Shaklee. Sgt ketara tau rasa time sy tak consistent ambil dulu dgn bila sy dah consistent ambil. Ramai ibu-ibu start jatuh cinta dgn Shaklee melalui Breastfeeding Set. Tp sy jatuh cinta dari Set Ibu Hamil tau. Alhamdulillah, pengalaman kali kedua pregnant lebih mudah dr segala segi. Tahap kesihatan sy lebih baik. Takde morning sickness, mual-mual loya-loya or pening-pening yg keterlaluan. Mentally n physically sgt ok. Bertenaga n takla lembik penat je mcm 1st pregnancy dulu. Alhamdulillah, sgt dipermudahkan dari segala segi. After bersalinkan anak kedua, still disiplin mkn supplement-supplement ni. Energetic n luka pun sgt cpt sembuh. Susu alhmdulillah tersangatlah meriah. Memang tergolek-golek jatuh cinta pada Shaklee.

Jul 2010: Aufa binti Adli (2 days old)

Jul 2010: Rindu pulak nak berpantang..ehee~ Baby keje nye tido je la kaannnnnn. Skrg kakak Aufa dah kemain lasak!

Jul 2010: Baru sudah mandi. Yeayy. Baju sampai ke lutut..hehe

May 2013: Aakif bin Adli. 2 days old.

May 2013: Kakak Aufa & Adik Aakif. Mmg melekat 24 jam kakak dengan adik dia..hehe

May 2013: Aakif the manjaboy mama!~ ^^,

Set Ibu Hamil (Pregnancy Set) yg berjaya buat sy terus tangkap cintan dgn Shaklee. 


Mmg dulu tak pernah terniat nak berbisnes Shaklee. Tp bila sy start consistent amalkan pengambilan supplement-supplement Shaklee ni balik, ramai pulak kawan-kawan lama tanya pasal Shaklee. Ramai kawan office mula nak berjinak-jinak try sama amalkan supplement-supplement ni. Niat awal hanya lah nak share kebaikan Shaklee products yang sy amalkan je. Nak sama-sama bantu sahabat-sahabat n kenalan-kenalan untuk lebih sihat. Tak terfikir pun nak berbisnes-bisnes ni. Tp Alhamdulillah, Allah lorongkan sy kpd bisnes ni. Tiba-tiba je terjebak berbisnes. Hanya dr simple sharings yg ikhlas dari hati. Tak sangka betul! Awal-awal dulu sy start dengan secara part time dan Alhamdulillah dah ke fulltime dh sekarang.Yang syoknya skrg fulltime berbisnes Shaklee sambil duduk rumah dengan anak-anak. Menjana pendapatan dari rumah melalui bisnes yang hebat yg mana produk-produknya terbukti sangat berkualiti dan berkesan. InsyaAllah, banyak lagi perkongsian yg best-best yg sy nak sharekan pasal pengalaman sy (even baru setahun jagung..heee) dengan Shaklee.


xoxo
Zinneerah Ahmad Zamil
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR/
PENGEDAR SAH SHAKLEE
Kulim, Kedah/ Pulau Pinang/ Seremban, Negeri Sembilan/ Kuala Lumpur

018-2037804

Tuesday, October 28, 2014

Detik Itu

Mengimbau semula detik sy nekad memasang cita-cita utk serious realisasikan impian sy bergelar WAHM (Work at Home Momma)..

Pada 06/06/2013, genap 15 hari umur Aakif, maknanya masa hari ke-15 sy berpantang, tgh lepak minum kopi kat Low Yatt, Bukit Bintang (ohoii pantang lg kot dh jenjalan?hahaha jalan-jalan je i tak pantang, yg lain Alhamdulillah berjaya pantang dgn baik..sila jgn tiru mcm sy tau!)..detik tu sy tenung dalam-dalam wajah Aakif n Aufa. Masa tu nekad sangat nak cepat-cepat bergelar WAHM.

06/06/2013. Low Yatt Plaza, Bukit Bintang. Aufa (kanan) & Aakif (kiri).

Membuak-buak perasaan nak duduk rumah dgn anak-anak. Nak jaga diorang dari pagi sampai malam. Nak tgk diorang membesar depan mata.

Alhamdulillah dilorongkan dgn baik oleh Allah swt. Dia sebaik-baik perancang kannn. Memang sebelum tu lg dah berbisnes Shaklee secara part-time. Ye la, time tu fulltime as Lecturer kat SEGi KL. Bila digerakkan hati tu memang rasa membuak-buak utk realisasikan impian. Tp ofcoz keputusan tu tak boleh dibuat dlm sekelip mata. Takkan hr ni berangan-rangan nak dok rumah dgn anak-anak, esok terus hantar resignation letter n after 24-h terus berenti. Mana boleh kan!! Eh tp boleh je klu dah betul-betul ready. Especially dr segi kewangan la kannnn. Hehehe kalau la husband i jutawannnnn. Eh eh insyaAllah bakal jutawan tak lama lg (hee kata itu kan doa..so jom cakap yg baik-baik kan). So berbalik kpd persediaan nak resign tu kan, haaa masa tu sy dan husband start la buat kira-kira ok tak kalau sy berenti keje n duduk rumah dgn anak-anak sambil berbisnes. Masa tu dah rasa ok kot kalau sy berenti dan focus pd bisnes dan anak-anak. Tp..disebabkan commitment keje yg tak sudah-sudah, yg memerlukan sy utk bertahan n tak berenti lg (hahaha ayat sedikit poyo di sini), terpaksa la sy peramkan sekejap impian sy tu. Even ku peram impian tu, tp impian tetap impian. Tiap hari tgk muka anak-anak, membuak-buak perasaan nak selalu ada dgn diorang tu datang.

Nak dijadikan cerita, bulan Oct 2013, husband sy dpt offer keje kat Kulim, Kedah. Masa tu rasa mcm "ok..mungkin ni masanya". If husband sy terima job offer tu, ofcoz la kami sekeluarga kena relocate ke Kedah. So, sy kena la berenti keja kannn. Dah alang-alang akan berenti keje maka boleh la realisasikan impian nak bergelar WAHM tu. And YES, Alhamdulillah, sejak berpindah ke Kulim, sejak Nov tahun lepas (Nov 2013) sy bergelar fulltime housewife yg berbisnes dr rumah, atau dgn nama glamernye WAHM.

Work at Home Momma!~

Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah. Perasaan berWAHM ni mmg tersangatlah indah. Jemput baca entry ni --> Ada Apa Dengan BerWAHM

N since bergelar WAHM ni rasanya belum lg pernah mintak duit kt en.husband. Hehe kalau keluar makan kat luar, masing-masing berebut nak bayarkan. Sy nak belanja dia, dia nak belanja sy. Alhamdulillah. Siapa kata susah nak keje dr rumah ni? Senang kalau kena cara.


xoxo
Zinneerah Ahmad Zamil
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR/
PENGEDAR SAH SHAKLEE
Kulim, Kedah/ Pulau Pinang/ Seremban, Negeri Sembilan/ Kuala Lumpur

018-2037804


Sunday, October 26, 2014

Pagi, Petang, Siang, Malam Aufa Berplaydoh

Dari Jumaat lepas sampai la ke hari ni, Aufa mmg tak jemu-jemu dok lenyek play dough dia. Hehehe rasa berbaloi sangat buatkan homemade paly dough tu untuk dia. Aakif pun sama. Beriya dia join kakak dia buat itu buat ini dgn play dough tu. Haa bagi yg still tercari-cari resipi ntuk buat play dough boleh tgk kt sini eh --> 'dough of fun's recipe

Yang bestnya bila Aufa n Aakif ghalit main play dough ni, mama boleh la buat keje dengan aman. Makan pun boleh makan slow-slow aman damai n tak tercekik-cekik. Hahahaha kalau tak hmmm paham-paham je la. Hari tu pun after dah siapkan play dough, Aufa request utk bawak play dough ni pegi umah popoh n yan (tok and tokwan) dia. Mmg ptg tu kitorang plan nak lepak-lepak umah popoh n yan dia. Malam tu pun mmg tido sana. So demi memenuhi hasrat cik Aufa ni, maka mamanya pun angkut la segala play dough rollers n cutters dia, meja lipat dia, apron dia, menan masak-masak dia..hehehe semua la yang berkaitan dengan play dough ni. Punya hepi la dia! Sampai sampai je umah popoh n yan, beliau terus bukak meja, pakai apron n start la buat itu buat ini dengan play dough dia. Since Aakif suka join main sama-sama dengan kakak dia, so lagi la senang. Mama leh tolong-tolong popoh Aufa kt dapur dengan begitu tenteram sekali!hehe

Ofcoz mama n abah malam tu boleh dinner dengan begitu tenang. Biar je diorang create itu ini dengan dough tu, sambil sambil nyuap mulut sorang-sorang makan nasik. Berjam-jam main pun dia tak boring..hehehe

"Aufa nak buat kuih raya ni mama~"

Tgk yg boboy ni pun sama-sama bz uols

Spaghetti!

Taraaaa! spaghetti bolognese..sbb tu merah-merah sikit..hihihi

Burger..nomnomnomnom..ofcoz la semua kena belakon makan segala yg kakak Aufa n adik Aakif 'masak' ye~

Pizza..hehe haaa mama pun join main sama..seronok! no wonder Aufa main tak henti

Potong pizza for popoh n yan

Jempuuutttt~

Kek sempena birthday abah yg ke-30..candle 1 je aci tak? 

Rose la konon-konon..elok je after snap gambar ni, rose ni telah dilenyek oleh jari-jari Aakif..grrrrrrr

Ehhheeemmm! santek tak?

Eskrem..Aufa cakap "kene habiskan tau..baru besar nanti!~"..hahahahaha yo lah!

"Kaghetttt" bak kata Aufa..Aakif amik buat phone..hahaha "Tu carrot la syg~"

"Nnti kita bela rabbit ye mama..kakak dah pandai buat kaghettt"..hahaha boleh darah tinggi if rabbit makan carrot ni Aufa~ masiinnnnnn
Hehehe..seronok!
Bukan Aufa n Aakif je seronok main dough ni, boleh kata semua yang participate sama rasa hepi melayan creativity diorang ni.

Seronok beronok-ronok!!

Monday, September 29, 2014

Diving Itu Sangat Funnnn!

Punya lama tak berblog. Nasib Timehop remind kan pasal Tulamben. Apa tu Timehop? Hee..sejenis android app yg sangat best. So, sila install ye~

Timehop mengimbau fb post 3 tahun yang lepas. Best tau Timehop ni. Sbb tu sy suruh install. Install tau! :)


Tulamben adalah tempat kedua sy dan en.husband dive. Tempat pertama adalah di Nusa Dua. Kedua-dua tempat ni terletak di Bali. Percaya lah, diving sangat menyeronokkan. Addictive!

Mawar Kuning Dive & Marine Sport, Tanjung Benoa, Nusa Dua

Pertama kali ke Bali adalah masa honeymoon dulu. November 2009. Masa tu mmg dah cakap dengan en.husband, if kita ke Bali, sy memang nak sangat sangat sangat dive dalam laut. Tak kesah la pandai berenang ke tak pandai berenang. Hehehehe kenapa cakap macam tu? ehheee sebabnya sy mmg tak pandai berenang (setakat apungkan badan facing langit tu boleh la..itu pun sy dah habis bangga..hahahaha..sila insaf wahai cik zinn, pegi la belajar berenang!). Tp kan, kat Bali ni even tak pandai berenang pun tetap boleh dive tau. Ofcoz la akan ada Divemaster yang guide and teman kita.

Pengalaman pertama kami suami isteri dive adalah di Tanjung Benoa, Nusa Dua. Tempat ni sangat tenang, sangat cantik!

Sebelum dive, Divemaster akan ajar beberapa perkara penting yang kita perlu tahu. So jangan risau, first timer mmg la tak tau pape, tp segalanya akan dibrief oleh Divemaster. Secara ringkasnya, kami diajar penggunaan peralatan diving serta asas menyelam. Antara asas diving yang diterangkan oleh Divemaster adalah:
  • Konsep apungan badan dalam air
  • Teknik pernafasan yang betul
  • Teknik membuang air di dalam goggle (kalau air masuk dalam goggle masa dive)
  • Teknik mengimbangkan badan di dalam air
  • Isyarat tangan
  • Cara mengurangkan tekanan pada telinga (semakin dalam kita menyelam, semakin tinggi tindakan tekanan yang boleh dirasai especially oleh telinga kita)
  • dan banyak lagi (tp buat masa ni, ni yg saya ingat..nanti sy try recall balik apa lagi yang diajar oleh Divemaster)

Normally, kalau kita ambil pakej untuk dive, kita akan diberikan 2 sesi selaman. Sesi pertama untuk yang pertama kali nak dive adalah lebih relax, sesi kedua biasanya lebih mencabar. Masa kat Tajung Benoa, Nusa Dua, if tak silap, untuk sesi pertama kitorang dibawa dive di kawasan yg kedalamannya adalah 12m manakala sesi kedua di kawasan yang kedalamannya hampir mencecah 20m (naik bot dari pantai then dah sampai kat tempat yang nak menyelam tu turun la sendiri dari bot).

Air laut dia sangat biru..cantik!~

Honeymoon kaannnnn..so harus la wefie (we+selfie) banyak-banyak ;)

Pengalaman kedua kami menyelam adalah di Tulamben, Bali (i ulang balik..tadi dah sebut). Pada tahun September, 2011. Pengalaman di Tulamben sangat berbeza dengan pengalaman di Tanjung Benoa, Nusa Dua. Yang bestnya kat Tulamben ada kapal karam. So kita boleh menyelam sekitar kapal karam yang telah ditumbuhi dengan pelbagai species terumbu karang yg sangat cantik. Kedalaman kapal karam ni adalah mencecah 30m daripada permukaan laut. So, pengalaman kedua ni, kami berjaya dive pada kedalaman yg lebih dalam. Antara hidupan laut yang terdapat kat kawasan ni adalah barracuda, groupers, blue spotted sting rays, bumphead parrot fish, n macam-macam jenis coral reef. Teringat lagi, siap kena sengat dengan api-api, sejenis species terumbu karang kat situ. Memang menyengat dan memarutkan, tapi tak lama lepas tu parut tersebut pun hilang.


On the way ke Tulamben.

Sebelum dive. Masa ni Aufa dah ada. So, haruslah bawak beliau.

Manjaboy mama, Aakif, time ni belum ada lagi.

Start turun laut. Kat Tulamben ni, memang tak naik bot. Tak macam kat Tanjung Benoa, Nusa Dua. 

Otw balik ke hotel. Mama & Aufa. Selfie seround!~

Diving seriously sangat fun. Rasa macam berada di dunia yang berbeza dari dunia biasa kita. Rasa sangat kagum dengan ciptaan Allah yang sangat cantik (banyak betul penggunaan perkataan sangat di sini). Perasaan berada dalam air pada kedalaman yang sangat dalam (bagi sy dalam laa..hehe) sangat mendamaikan n menenangkan jiwa. Memang kalau dah cuba sekali akan terus nak cuba lagi. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki memang nak sangat enroll PADI Dive Courses. Teringin sangat-sangat nak ada diving license. If dapat Open Water Diving License pun dah hepi sangat-sangat. Tp apa-apa pun sila belajar berenang dulu ye cik zinnnnnnn. Jangan buat-buat lupa yang anda tu tak pandai berenang! hahahahahaha~

Wednesday, February 19, 2014

Potty Training



Lately ni, ramai yg tanya mcm mana cara terbaik utk potty train anak? Ermmm..if tanya cara terbaik tu, em susah skit kot sy nak jawab. IsyaAllah cara sy mungkin yg terbaik utk anak sy, tp if nk claim terbaik utk anak-anak yg lain di luar sana..aishhh tak berani kot!~ ^^,

Bila masa sesuai utk ajar anak ke toilet? Drpd pembacaan sy, ramai yg kata paling baik adalah bila anak dh masuk 2 tahun. Tp sy start train lambat skit. Bila aufa dh masuk 3 tahun 4 bln br sy start train dgn serious! ehehe serious ke? errr ha'ah agak serious!

Nak train anak yg dh 3 tahun rasanya tak susah. Dia pun dh pandai ckp n dh paham pun apa yg kita ckp kan. So awal2 lg sy explain kt aufa kenapa dia perlu belajar ke toilet. Owh ok, mayb if sy tulis tips2 ni dlm bentuk point form lg senang nak paham kot..kann

menarikkan if berjaya train anak untuk ke toilet seawal umur baby ni! nnti nak try train aakif awal sikit dari kakak aufa~

Beberapa tips yg mungkin mampu membantu potty training anak2 korang:

1. Explain kepada anak kenapa perlu belajar ke toilet sendiri. Tiap kali bwk dia jalan2 kt luar, if jumpa budak yg lebih kurang umur dia n nmpk mcm tak pakai diapers dah, terus highlight kt dia, sambil puji2. Biar dia faham yg dia tak perlu dh pakai diapers. Terapkan jugak dalam diri anak yg malu la kalau big girl/boy tak pandai pegi toilet.

2. Tiap kali waktu mandi, ajar anak cara utk "shishi" n "o'ohh" kt toilet bowl. Ajar anak tiap kali terasa nak "shishi" atau "o'ohh" kena inform mama or abah awal2 tau..big girl/boy tak kencing or yak2 dlm seluar.

3. Start biasakan anak utk tak pakai diapers waktu siang hari. Tp sila make sure segala carpet2 tebal korang gulung siap2 n simpan dulu. Almaklum la awal2 train ni akn berlaku byk kejadian tak diingini..hehe. Even dah pesan if terasa nk "shishi" or "o'ohh" bgtau mama awal2, tetap akn berlaku jugak beberapa kali incident tak sempat tu. So sila ambil beberapa lgkah berjaga2 ye..carpet2 tu sila gulung siap2!!~ Utk peringkat awal, malam tetap pakaikan diapers n slowly ajar untuk tak pakai pd waktu malam pulak..

4. Start belikan panties comel gambar cartoon kesukaan anak. Mcm aufa, dia sgt suka princess..so sy belikan byk2 panties disney princess utk dia. Bgtau dia yg princess tu semua dh tak pakai diapers. Ini mmg sgt membanttu tau..n jangan lupa utk explain..reka la cerita apa2 pun utk bg anak faham.

5. Jgn tunggu anak mention nk ke toilet br nk bawak anak ke toilet. Agak-agak setiap setengah jam, tanya kt anak. Kalau dia tetap kata taknak "shishi" or "o'ohh", agak-agak setiap jam bawak dia ke toilet n suruh cuba buang air. If waktu tu anak tidur (siang), jgn lupa untuk gerakkan anak pd selang 1 jam. If bawak anak jln2 kt luar, jgn lupa tetap kena tanya nk ke toilet atau tak. Don't worry, dlm masa tak sampai sebulan insyaAllah anak akn pandai. Mmg penat nak tanya tiap setengah jam, tp lg penat kot if nk lap n bersihkan klu anak tercicir kt dlm umah. Sila alert jugak if anak korang menunjukkan ciri2 nak ke toilet..contoh if dh nampak gaya terkepit2 or tak senang duduk or dh start goyang2 pinggul tu cepat2 la bawak pegi toilet..

6. Mcm anak sy, once dia dh pandai ckp nak ke toilet waktu siang, automatically dia yg request tak  mau pakai diapers dah pd waktu mlm..Alhamdulillah so far aufa belum pernah ter"shishi" atas katil..legaaaaaa!~hehehe

ehehehehe awat comei sgt? obviously ini bukan aufa!~ hasil carian en.google..

Alhamdulillah..

Ehee bila anak dh pandai ke toilet sendiri rasa mcm cepat betul masa berlalu..cepatnye diorang ni membesar!~ Ohh nnti mama mesti rindu saat2 awak masih kecik..

Tp tetap..mama SANGAT BANGGA dengan anak mama~
"Aufa..mama is so proud of you, syg~"

ohhh ini pun bukan aufa

haaaaa..ni la aufa..my aufa!~ ye..gambar di atas sememangnya tiada kena mengena dgn potty training..baru sedar yg aufa takde langsung gambar atas sit pot..






Sunday, February 16, 2014

My Breastfeeding Journey~

Alhamdulillah..

Degree: Bachelor of Applied Science (Biodiversity Conservation and Management)

Master: Master of Science (Occupational Safety and Health Management)

PhD:
'PhD in Breastfeeding' kan Aufa..anak pertama^^,


alhamdulillah..


now..sedang berusaha dptkan 2nd 'PhD in Breastfeeding' for 2nd baby..Aakif..
alhamdulillah dh berjaya selama 9 bulan..at least lg 15 bulan..insyaAllah tak lama dahhh~ sgt tak sabar untuk grad cemerlang lagi kali ni..moga Allah permudahkan~



mama, abah  & aufa..errrr jangan tanya masa ni aufa umur berapa hari..hehehehe masih dalam pantang..naik flight balik penang sebab naakkkkkkkk sgt tgk bestfren kawin..breastfeed baby dlm flight sgt membantu baby untuk sentiasa rasa selesa n tak 'bengang telinga'..


gambar ni masa pantang aufa lagi..haiyooooo..LAGI? ehee dlm gambar ni nampak kaki aufa je~ mmg poncho feveret betul yg nih..sampai sekarang still guna..siapa kata breastfeed tu leceh?no no no!~ siapa kata NIP tu susah?ofcoz tak susah..skrg ni mcm2 dh ada..mommas tak perlu risau utk bf baby kat mana2 pun!~


breastmilk = superfood for babies


BF ROCKS!!~



**tetiba tersedar tak byk amik gambar aakif bf..alamakkkk! esok kena amik..hahahaha nape la baru skrg terrsedar?aiissshhh..

Thursday, February 6, 2014

Agagagagagaga Gunung Jerai yg Sejuk!

Makan angin lagi..eheee ofcoz laa seronok kannnnn...

Kali ni en.husband bwk jalan2 naik Gunung Jerai lagi..ehee ni dh masuk 2nd time kitorang naik Gunung Jerai..naik dgn kereta je..tak larat kot nak hiking dgn kaki sambil kendong anak2..hehehe

Serious seronok Gunung Jerai ni..tak sangka sgt cantik pemandangan atas gunung nih..dari atas boleh nampak pemandangan sawah padi yg sungguh luas..cantik sangat!!gambar mmg tak banyak sangat sebabnya naik pun time matahari dh nak terbenam..n bila dah jadi mummy of 2 ni kekadang selalu lupa nak snap2 gambar yg sepatutnya disnap..insyaAllah nnti if pegi lagi wajib snap banyak banyaakkkkkk gamba  upload kt blog nih..

Yang syok nye kt Gunung Jerai ni adalah udaranya saaangaaat nyaman..n bila dh petang, dh menghampiri senja, mmg sejuk nyaman betul..mmg perlu bawak sweater okie..if takmau bawak sweater then standby lah dgn shawl ke..so boleh la wrap2 bila sejuk2..

Okie..jom layan beberapa gamba yg sempat kitorang snap hari tuh..


En. Husband and lil Aakif..punye happy la si tecik ni


Mama and adik Aakif..tgk sunset kt belakang..Subhanallah..sgt cantik!~ 


Since kakak Aufa SANGAT suka PINK..so mama snap gamba ni berlatarbelakangkan bunga2 pink2..alaaahhaaii anak-anak mama ni~ ^^,


Kakak Aufa sgt suka bunga2..gamba beliau sedang berdrama dgn bunga..ehehe.."habis hati la tu~"


alalalalalalalalalalahaaiiiiiii




^_~

Saturday, December 14, 2013

Introducing..Aufa & Aakif

Introducing..

Aufa binti Adli

the 'kakak'


n

Aakif bin Adli

the 'adik'