Showing posts with label Aakif. Show all posts
Showing posts with label Aakif. Show all posts

Wednesday, October 29, 2014

Saya & Shaklee

Dari tajuk entry rasanya semua faham apa yg sy akan try tulis kali ni..hehe very straight to the point tajuknya!~

Ramai yg suka tanya soalan ni kat sy, "eh..dah lama ke ko makan Shaklee?".."ko start makan sbb breastfeeding eh?".."mmg betul-betul berkesan ke supplement2 Shaklee ni?"..Emm dari mana ye sy patut mula kan? Okie la, adhal start cerita dari awal kannnn.

Sy kenal Shaklee dah lama sgt dah. Dari zaman budak-budak lagi. Sy start consume supplement Shaklee ni dari darjah 3 kot. Tahun 1993 if tak salah. Zaman tu ESP dipanggil Instant Protein. Hee still igt lagi rupa canister Instant Protein zaman tu. Masa tu, pagi-pagi sebelum pegi sekolah wajib kena telan vitamin-vitamin dan minum segelas Instant Protein. Time tu tak penah persoalkan, bila umi n abah sy suruh telan supplement-supplement tu, ku ikut kan aje. Byg kan dr zaman tu sampai skrg, parents sy sgt setia dgn Shaklee products.

Start kenal Shaklee masa Shaklee guna logo ni..hee nostalgia sungguh bila tgk logo ni..teringat zaman kecik-kecik dulu
Kemudian, Shaklee tukar logo ke logo ni. Family sy masih setia dgn Shaklee time ni. Mmg trademark Shaklee dr dulu lg dengan kaler hijau biru mcm ni. Nostalgic!

Bila sy dh menginjak dewasa (ececece dewasa gittew), Shaklee tukar logonya ke logo ni. Daun hijau! Sampai skrg masih logo ni.


Sy masih igt lg, dulu zaman matrik n zaman U masa buat degree, umi dan abah sentiasa akan pastikan stok supplement sy sentiasa ada. Umi n abah sy lebih kerap tanya "vitamin ada lg tak?" daripada tanya "duit belanja still ada?". Hahaha mesti diorg tau kalau tanya pasal duit belanja nnti anak dia asyik ckp tak cukup je..kikiki tp tu la yg menjadi kebiasaan parents sy. Sgt mementingkan bab-bab penjagaan kesihatan, bab-bab pengambilan supplement ni. Padahal time tu sy ni tak la rajin nak telan segala vitamin-vitamin tu. Selalu lupa nak telan. Bila start rasa nak tak sehat baru terhegeh-hegeh nak telan. Sungguh tak baik habit tu n tu bukan cara yg betul utk jaga kesihatan. Budak tgh nak up, mana penah nak kesah sgt pun kannnn. Tp kan, keberkesanan supplement-supplement Shaklee ni mmg tak boleh disangkal. Yg dah makan sure akan tau. Sampai dulu klu housemate ada yg nak demam nak selsema, diorang akan request nak sikit Shaklee Vita-C. N alhamdulillah, dgn izin Allah, after telan je terus beransur ok. Maka terkenal la sy ni sbgi budak yg byk stok supplement Shaklee. Eh i suka tau! Sbb dah ala-ala doctor pulak. Hahaha ye la, cita-cita nak jadi doctor tak kesampaian..sobs sobs sobs T.T

Dipendekkan cerita, bila dah keja segala bekalan supplement tak lagi disponsor oleh umi abah. So sy pun stop la dr makan supplement-supplement ni. Stop sbb konon takmau keluarkan duit sendiri. Plus time tu kan muda belia lg so rasa tak perlu pun supplement-supplement ni. Sampai la bila dah kawen, masa pregnantkan anak pertama, kena la rajin baca article-article n info-info berkenaan pregnancy, termasuklah pasal kesihatan ibu n anak yg dikandung, serta diet harian yg patut diamalkan kan. Maka, terbukak la mata utk consume supplement-supplement ni balik. Malangnya..hehehe ada la pulak 'malangnya'..malangnya awal-awal je disiplin, tp after beberapa bln haaaaaa mmg ikut suka je bila teringat baru makan. Haissshhhh! Bila dah bersalin, rajin kejap utk telan supplement-supplement ni, tp bila dah habis pantang, mmg ke laut la disiplin telan supplement-supplement ku. Haissshhh haissshhhh!!

May 2010: Time pregnant kan Aufa (anak sulung). Gambar perut muncit tak banyak la pulak. N gambar ni tak berapa clear. Amik pun guna phone cap ayam.

Apr 2013: Time pregnant kan Aakif (anak kedua). Gambar ni diambil masa kt tempat keje. Majlis makan-makan untuk farewell salah seorang lecturer Environmetal Health Dept. Masa mengandungkan Aakif pun still tak suka amik gamba. Sekarang meyesal tak banyak gambar perut muncit =.='



Bila mengandung anak kedua, kesedaran utk jg kesihatan betul-betul tu datang semula. Ye la..bila pregnant ni kita sentiasa nak pastikan yg terbaik utk diri kita n anak yg dikandung. Masa ni mmg betul disiplin bab telan-telan supplement ni. Alhamdulillah consistent sampai anak kedua lahir. N tak terhenti kt situ je, sampai sekarang sy tetap disiplin dlm pengambilan supplement-supplement harian sy. Kenapa sy tetiba jd sgt disiplin? Kenapa tetiba boleh consume dgn begitu consistent? Haaa bila dah betul-betul rasa lebih sihat lehih bertenaga lebih cergas, mmg terus jatuh cinta dengan Shaklee. Serious dah jatuh cinta dgn supplement-supplement Shaklee. Sgt ketara tau rasa time sy tak consistent ambil dulu dgn bila sy dah consistent ambil. Ramai ibu-ibu start jatuh cinta dgn Shaklee melalui Breastfeeding Set. Tp sy jatuh cinta dari Set Ibu Hamil tau. Alhamdulillah, pengalaman kali kedua pregnant lebih mudah dr segala segi. Tahap kesihatan sy lebih baik. Takde morning sickness, mual-mual loya-loya or pening-pening yg keterlaluan. Mentally n physically sgt ok. Bertenaga n takla lembik penat je mcm 1st pregnancy dulu. Alhamdulillah, sgt dipermudahkan dari segala segi. After bersalinkan anak kedua, still disiplin mkn supplement-supplement ni. Energetic n luka pun sgt cpt sembuh. Susu alhmdulillah tersangatlah meriah. Memang tergolek-golek jatuh cinta pada Shaklee.

Jul 2010: Aufa binti Adli (2 days old)

Jul 2010: Rindu pulak nak berpantang..ehee~ Baby keje nye tido je la kaannnnnn. Skrg kakak Aufa dah kemain lasak!

Jul 2010: Baru sudah mandi. Yeayy. Baju sampai ke lutut..hehe

May 2013: Aakif bin Adli. 2 days old.

May 2013: Kakak Aufa & Adik Aakif. Mmg melekat 24 jam kakak dengan adik dia..hehe

May 2013: Aakif the manjaboy mama!~ ^^,

Set Ibu Hamil (Pregnancy Set) yg berjaya buat sy terus tangkap cintan dgn Shaklee. 


Mmg dulu tak pernah terniat nak berbisnes Shaklee. Tp bila sy start consistent amalkan pengambilan supplement-supplement Shaklee ni balik, ramai pulak kawan-kawan lama tanya pasal Shaklee. Ramai kawan office mula nak berjinak-jinak try sama amalkan supplement-supplement ni. Niat awal hanya lah nak share kebaikan Shaklee products yang sy amalkan je. Nak sama-sama bantu sahabat-sahabat n kenalan-kenalan untuk lebih sihat. Tak terfikir pun nak berbisnes-bisnes ni. Tp Alhamdulillah, Allah lorongkan sy kpd bisnes ni. Tiba-tiba je terjebak berbisnes. Hanya dr simple sharings yg ikhlas dari hati. Tak sangka betul! Awal-awal dulu sy start dengan secara part time dan Alhamdulillah dah ke fulltime dh sekarang.Yang syoknya skrg fulltime berbisnes Shaklee sambil duduk rumah dengan anak-anak. Menjana pendapatan dari rumah melalui bisnes yang hebat yg mana produk-produknya terbukti sangat berkualiti dan berkesan. InsyaAllah, banyak lagi perkongsian yg best-best yg sy nak sharekan pasal pengalaman sy (even baru setahun jagung..heee) dengan Shaklee.


xoxo
Zinneerah Ahmad Zamil
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR/
PENGEDAR SAH SHAKLEE
Kulim, Kedah/ Pulau Pinang/ Seremban, Negeri Sembilan/ Kuala Lumpur

018-2037804

Tuesday, October 28, 2014

Detik Itu

Mengimbau semula detik sy nekad memasang cita-cita utk serious realisasikan impian sy bergelar WAHM (Work at Home Momma)..

Pada 06/06/2013, genap 15 hari umur Aakif, maknanya masa hari ke-15 sy berpantang, tgh lepak minum kopi kat Low Yatt, Bukit Bintang (ohoii pantang lg kot dh jenjalan?hahaha jalan-jalan je i tak pantang, yg lain Alhamdulillah berjaya pantang dgn baik..sila jgn tiru mcm sy tau!)..detik tu sy tenung dalam-dalam wajah Aakif n Aufa. Masa tu nekad sangat nak cepat-cepat bergelar WAHM.

06/06/2013. Low Yatt Plaza, Bukit Bintang. Aufa (kanan) & Aakif (kiri).

Membuak-buak perasaan nak duduk rumah dgn anak-anak. Nak jaga diorang dari pagi sampai malam. Nak tgk diorang membesar depan mata.

Alhamdulillah dilorongkan dgn baik oleh Allah swt. Dia sebaik-baik perancang kannn. Memang sebelum tu lg dah berbisnes Shaklee secara part-time. Ye la, time tu fulltime as Lecturer kat SEGi KL. Bila digerakkan hati tu memang rasa membuak-buak utk realisasikan impian. Tp ofcoz keputusan tu tak boleh dibuat dlm sekelip mata. Takkan hr ni berangan-rangan nak dok rumah dgn anak-anak, esok terus hantar resignation letter n after 24-h terus berenti. Mana boleh kan!! Eh tp boleh je klu dah betul-betul ready. Especially dr segi kewangan la kannnn. Hehehe kalau la husband i jutawannnnn. Eh eh insyaAllah bakal jutawan tak lama lg (hee kata itu kan doa..so jom cakap yg baik-baik kan). So berbalik kpd persediaan nak resign tu kan, haaa masa tu sy dan husband start la buat kira-kira ok tak kalau sy berenti keje n duduk rumah dgn anak-anak sambil berbisnes. Masa tu dah rasa ok kot kalau sy berenti dan focus pd bisnes dan anak-anak. Tp..disebabkan commitment keje yg tak sudah-sudah, yg memerlukan sy utk bertahan n tak berenti lg (hahaha ayat sedikit poyo di sini), terpaksa la sy peramkan sekejap impian sy tu. Even ku peram impian tu, tp impian tetap impian. Tiap hari tgk muka anak-anak, membuak-buak perasaan nak selalu ada dgn diorang tu datang.

Nak dijadikan cerita, bulan Oct 2013, husband sy dpt offer keje kat Kulim, Kedah. Masa tu rasa mcm "ok..mungkin ni masanya". If husband sy terima job offer tu, ofcoz la kami sekeluarga kena relocate ke Kedah. So, sy kena la berenti keja kannn. Dah alang-alang akan berenti keje maka boleh la realisasikan impian nak bergelar WAHM tu. And YES, Alhamdulillah, sejak berpindah ke Kulim, sejak Nov tahun lepas (Nov 2013) sy bergelar fulltime housewife yg berbisnes dr rumah, atau dgn nama glamernye WAHM.

Work at Home Momma!~

Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah. Perasaan berWAHM ni mmg tersangatlah indah. Jemput baca entry ni --> Ada Apa Dengan BerWAHM

N since bergelar WAHM ni rasanya belum lg pernah mintak duit kt en.husband. Hehe kalau keluar makan kat luar, masing-masing berebut nak bayarkan. Sy nak belanja dia, dia nak belanja sy. Alhamdulillah. Siapa kata susah nak keje dr rumah ni? Senang kalau kena cara.


xoxo
Zinneerah Ahmad Zamil
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR/
PENGEDAR SAH SHAKLEE
Kulim, Kedah/ Pulau Pinang/ Seremban, Negeri Sembilan/ Kuala Lumpur

018-2037804


Sunday, October 26, 2014

Pagi, Petang, Siang, Malam Aufa Berplaydoh

Dari Jumaat lepas sampai la ke hari ni, Aufa mmg tak jemu-jemu dok lenyek play dough dia. Hehehe rasa berbaloi sangat buatkan homemade paly dough tu untuk dia. Aakif pun sama. Beriya dia join kakak dia buat itu buat ini dgn play dough tu. Haa bagi yg still tercari-cari resipi ntuk buat play dough boleh tgk kt sini eh --> 'dough of fun's recipe

Yang bestnya bila Aufa n Aakif ghalit main play dough ni, mama boleh la buat keje dengan aman. Makan pun boleh makan slow-slow aman damai n tak tercekik-cekik. Hahahaha kalau tak hmmm paham-paham je la. Hari tu pun after dah siapkan play dough, Aufa request utk bawak play dough ni pegi umah popoh n yan (tok and tokwan) dia. Mmg ptg tu kitorang plan nak lepak-lepak umah popoh n yan dia. Malam tu pun mmg tido sana. So demi memenuhi hasrat cik Aufa ni, maka mamanya pun angkut la segala play dough rollers n cutters dia, meja lipat dia, apron dia, menan masak-masak dia..hehehe semua la yang berkaitan dengan play dough ni. Punya hepi la dia! Sampai sampai je umah popoh n yan, beliau terus bukak meja, pakai apron n start la buat itu buat ini dengan play dough dia. Since Aakif suka join main sama-sama dengan kakak dia, so lagi la senang. Mama leh tolong-tolong popoh Aufa kt dapur dengan begitu tenteram sekali!hehe

Ofcoz mama n abah malam tu boleh dinner dengan begitu tenang. Biar je diorang create itu ini dengan dough tu, sambil sambil nyuap mulut sorang-sorang makan nasik. Berjam-jam main pun dia tak boring..hehehe

"Aufa nak buat kuih raya ni mama~"

Tgk yg boboy ni pun sama-sama bz uols

Spaghetti!

Taraaaa! spaghetti bolognese..sbb tu merah-merah sikit..hihihi

Burger..nomnomnomnom..ofcoz la semua kena belakon makan segala yg kakak Aufa n adik Aakif 'masak' ye~

Pizza..hehe haaa mama pun join main sama..seronok! no wonder Aufa main tak henti

Potong pizza for popoh n yan

Jempuuutttt~

Kek sempena birthday abah yg ke-30..candle 1 je aci tak? 

Rose la konon-konon..elok je after snap gambar ni, rose ni telah dilenyek oleh jari-jari Aakif..grrrrrrr

Ehhheeemmm! santek tak?

Eskrem..Aufa cakap "kene habiskan tau..baru besar nanti!~"..hahahahaha yo lah!

"Kaghetttt" bak kata Aufa..Aakif amik buat phone..hahaha "Tu carrot la syg~"

"Nnti kita bela rabbit ye mama..kakak dah pandai buat kaghettt"..hahaha boleh darah tinggi if rabbit makan carrot ni Aufa~ masiinnnnnn
Hehehe..seronok!
Bukan Aufa n Aakif je seronok main dough ni, boleh kata semua yang participate sama rasa hepi melayan creativity diorang ni.

Seronok beronok-ronok!!

Sunday, February 16, 2014

My Breastfeeding Journey~

Alhamdulillah..

Degree: Bachelor of Applied Science (Biodiversity Conservation and Management)

Master: Master of Science (Occupational Safety and Health Management)

PhD:
'PhD in Breastfeeding' kan Aufa..anak pertama^^,


alhamdulillah..


now..sedang berusaha dptkan 2nd 'PhD in Breastfeeding' for 2nd baby..Aakif..
alhamdulillah dh berjaya selama 9 bulan..at least lg 15 bulan..insyaAllah tak lama dahhh~ sgt tak sabar untuk grad cemerlang lagi kali ni..moga Allah permudahkan~



mama, abah  & aufa..errrr jangan tanya masa ni aufa umur berapa hari..hehehehe masih dalam pantang..naik flight balik penang sebab naakkkkkkkk sgt tgk bestfren kawin..breastfeed baby dlm flight sgt membantu baby untuk sentiasa rasa selesa n tak 'bengang telinga'..


gambar ni masa pantang aufa lagi..haiyooooo..LAGI? ehee dlm gambar ni nampak kaki aufa je~ mmg poncho feveret betul yg nih..sampai sekarang still guna..siapa kata breastfeed tu leceh?no no no!~ siapa kata NIP tu susah?ofcoz tak susah..skrg ni mcm2 dh ada..mommas tak perlu risau utk bf baby kat mana2 pun!~


breastmilk = superfood for babies


BF ROCKS!!~



**tetiba tersedar tak byk amik gambar aakif bf..alamakkkk! esok kena amik..hahahaha nape la baru skrg terrsedar?aiissshhh..

Thursday, February 6, 2014

Agagagagagaga Gunung Jerai yg Sejuk!

Makan angin lagi..eheee ofcoz laa seronok kannnnn...

Kali ni en.husband bwk jalan2 naik Gunung Jerai lagi..ehee ni dh masuk 2nd time kitorang naik Gunung Jerai..naik dgn kereta je..tak larat kot nak hiking dgn kaki sambil kendong anak2..hehehe

Serious seronok Gunung Jerai ni..tak sangka sgt cantik pemandangan atas gunung nih..dari atas boleh nampak pemandangan sawah padi yg sungguh luas..cantik sangat!!gambar mmg tak banyak sangat sebabnya naik pun time matahari dh nak terbenam..n bila dah jadi mummy of 2 ni kekadang selalu lupa nak snap2 gambar yg sepatutnya disnap..insyaAllah nnti if pegi lagi wajib snap banyak banyaakkkkkk gamba  upload kt blog nih..

Yang syok nye kt Gunung Jerai ni adalah udaranya saaangaaat nyaman..n bila dh petang, dh menghampiri senja, mmg sejuk nyaman betul..mmg perlu bawak sweater okie..if takmau bawak sweater then standby lah dgn shawl ke..so boleh la wrap2 bila sejuk2..

Okie..jom layan beberapa gamba yg sempat kitorang snap hari tuh..


En. Husband and lil Aakif..punye happy la si tecik ni


Mama and adik Aakif..tgk sunset kt belakang..Subhanallah..sgt cantik!~ 


Since kakak Aufa SANGAT suka PINK..so mama snap gamba ni berlatarbelakangkan bunga2 pink2..alaaahhaaii anak-anak mama ni~ ^^,


Kakak Aufa sgt suka bunga2..gamba beliau sedang berdrama dgn bunga..ehehe.."habis hati la tu~"


alalalalalalalalalalahaaiiiiiii




^_~

Saturday, December 14, 2013

Introducing..Aufa & Aakif

Introducing..

Aufa binti Adli

the 'kakak'


n

Aakif bin Adli

the 'adik'