Showing posts with label Natural. Show all posts
Showing posts with label Natural. Show all posts

Wednesday, February 25, 2015

Minyak Bawang Putih Bakar untuk Hilangkah Masalah Selsema

Bila anak2 selsema, mmg si ibu takkan senang duduk kan. Tido pun ala-ala tak lena. Lagi lagi klu yg selsema tu anak kecik..baby..kesian sangat kannnn. Beberapa bulan lepas, anak kedua sy, Aakif, selsema. Nak kata teruk tak la teruk sgt selsema nya, tp tersumbat-sumbat jugak la hidung dia time malam masa tgh tido. Paling kesian bila dia terjaga nak breastfeed punya la susah nak breastfeed betul-betul..nampak sangat tak selesa sebab hidung asyik tersumbat. Ofcoz la susah kan nak breastfeed dlm keadaan pernafasan tersekat-sekat dek hidung tersumbat tu. Kesian. Hati ibu mana yang tak tersentuh kann..anak sendiri! Sebab tu bila anak tak sihat, ibu pun susah nak tidur lena..sebab risaukan kesihatan anak.

Sebelum-sebelum ni klu anak-anak sy selsema, sy akan cepat-cepat bagi NutriFeron..n kerap2 buat steaming n cupping. Mmg NutriFeron + steaming + cupping sangat membantu. Normally dalam 3-4 hari je dah leh nampak anak-anak dah ok, sembuh sepenuhnya drpd masalah selsema tu. Tp since NutriFeron sekarang ni out of stock 1 Malaysia, sy terpaksa la cari cara lain. Natural remedy adalah keutamaan sy. Mmg kalau boleh, ubat adalah pilihan terakhir. So fikir punya fikir, teringat petua orang dolu-dolu pasal minyak bawang putih bakar ni. Plus, after sembang dgn kawan-kawan rapat pasal hal selsema especially pd kanak-kanak ni, ramai yg suggest buat minyak bawang putih bakar. Maka, dengan excited nya sy pun try la buat.

N surprisingly..minyak ni mujarab! Ofcoz dgn izin Allah swt. Dia membenarkan khasiat bawang putih ni menyembuhkan masalah selsema pada anak saya dalam tempoh masa tak sampai seminggu. Alhamdulillah. Syukur sgt sgt. Since ramai yg tanya pd sy mcm mana cara untuk prepare minyak bawang putih bakar ni, maka saya tuliskan cara-caranya dalam entry kali ni. Moga perkongsian ni bermanfaat kpd pembaca-pembaca sekalian.

Haaa daripada fb post sy ni la ramai yg start pm tanya macam mana nk buat minyak bawang putih ni ;)


CARA PENGHASILAN MINYAK BAWANG PUTIH BAKAR

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Bawang putih 
  • Minyak zaitun
  • Batu lesung
  • Penapis

Bawang putih - dalam 4-5 ulas bawang putih (tak perlu kupas kulit dia)
Minyak zaitun/ olive oil. Sy guna brand Naturel. Brand apa-apa pun boleh. If takde olive oil, minyak masak pun ok



 Lesung batu utk lumatkan bawang putih yang dah dibakar


Penapis

Cara-cara menghasilkan minyak bawang putih bakar:

  1. Bakar bawang putih di atas api sehingga masak (bakar sehingga kulit bawang putih tu bertukar sedikit kehitaman..tp jangan sampai rentung pulak..hitam sikit-sikit takpe).
  2. Tumbuk bawang putih tersebut sehingga lumat/ separa lumat dgn menggunakan lesung batu (masa tumbuk tu boleh la buang kulit bawang putih tu..if nak kupas siap-siap sebelum tumbuk pun boleh..takde masalah).
  3. Setelah bawang putih tu lumat/ separa lumat, masukkan minyak zaitun. Kuantiti minyak zaitun tu agak-agak je la ye (mungkin untuk 4-5 ulas bawang putih, kuantiti minyak zaitun adalah antara 5-6 sudu besar..if kurang sila tambah lagi). Then kacau sebati supaya minyak tu mesra dgn bawang putih yg telah dibakar.
  4. Kemudian tapis minyak tersebut menggunakan penapis. If taknak tapis pun takpe tp besar kemungkinan anak-anak akan rasa geli-geli sikit bila cebisan halus bawang putih tu melekat-lekat kt kulit diorang (hehe ini mmg pengalaman sy..sbb tu sy suka tapis).
  5. Then, boleh la sapu minyak bawang putih bakar ni pada tapak kaki, belakang badan, dada, dan pada batang hidung anak-anak. Owh after lumurkan pada tapak kaki tu boleh terus pakaikan stokin. InsyaAllah akan lebih membantu. Bukan sahaja mengurangkan masalah hidung tersumbat, tp turut membantu anak tido dgn lebih nyenyak. Selesa mungkin. InsyaAllah membantu mempercepatkan tempoh penyembuhan anak-anak anda drpd selsema.

Alhamdulillah..tido lena after mama lumurkan minyak bawang putih bakar

N bangun pun Alhamdulillah lebih ceria :) (heee obviously dua gambar ni bukan hari yang sama sbb baju tido lain kannn..hehe)

So, kepada yg mencari solusi semulajadi kpd masalah selsema anak, boleh try buat minyak ni ye. Selamat mencuba!~

Sunday, October 12, 2014

Detox Drink untuk Kuruskan Badan..Jom Try!

Sejak dua menjak ni semua orang sibuk dok cakap pasal detox drink kan. Haa so entry kali ni sy nak share beberapa info menarik berkenaan dengan detox drink. Since sy pun sedang amalkan pengambilan detox drink ni secara konsisten, so rasa confident la jugak nak share kepada anda semua beberapa info pasal detox drink nih (ecececece ayat bajet retis gitewww..hahahaha).



Bila sebut je detox drink, ramai yg akan terus associate kan dengan penurunan berat badan. Menurut beberapa article yg sy baca sebelum-sebelum ni, detox drink dikatakan mampu membantu seseorang itu untuk menurunkan berat badan secara sihat dan semulajadi. Dalam usaha untuk menurunkan berat badan, proses detox adalah antara yang penting. Detoxification atau cleansing process ni bertujuan untk menyingkirkan toksin-toksin merbahaya serta radikal-radikal bebas yg sedia terkumpul dalam badan kita supaya pembakaran lemak boleh berlaku dengan lebih efficient serta metabolism tubuh kita mampu ditingkatkan. So, lebih cepat lah penurunan berat badan berlaku. Tp, jgn pulak buat-buat lupa, syarat utama untuk turunkan berat badan secara sihat adalah dengan memastikan diet harian kita adalah sentiasa seimbang n disertakan dengan right amount of exercise (aktiviti fizikal).

Kalau kat negara-negara barat, detox drink ni tersangat lah femes bagi mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan. Antara yang awal memperkenalkan detox drink ni pada umum adalah Kim Lynos, pelatih selebriti dalam program kecergasan The Biggest Loser (musim ketiga). Tetapi, dipercayai keistimewaan detox drink ni pertama kali diperkenalkan oleh Ann Louise Gittleman menerusi hasil penulisan belian, Two-Week Fat Flush, yg telah diterbitkan 25 tahun yang lalu. Dah lama sebenarnya rahsia detox drink ni dikenalpasti..n ramai artis-artis Hollywood yang amalkan minuman detox ni dalam diet harian diorang. So, jom kita tiru jom! Benda yang baik kannnnn~

Since detox drink ni tersangat lah senang untuk disediakan, murah pulak tu bahan-bahannya, 100% natural, plus baik untuk kesihatan kita (dan menguruskan badannnn..point paling penting nih..hehe), maka moh lah kita buat secara berjemaah!

Antara yg sesuai dijadikan bahan utama detox drink ni adalah buah-buahan citrus (lemon, limau, orange), apple, timun, daun pudina, apple cider vinegar, dan banyak lagi. Utk dapatkan pelbagai contoh resipi termasuk dengan kelebihan setiap resipi detox drink ni, boleh refer kat sini.


Detox drink yang biasa sy buat adalah:

  • Lemon + orange + apple hijau + apple cider vinegar
  • Lemon + timun + daun pudina + apple cider vinegar
  • Lemon + green tea


Cara-caranya adalah:

Lemon + Orange + Apple Hijau + Apple Cider Vinegar
  • Hiriskan 1/2 biji lemon, 1 biji orange dan 1 biji apple hijau.
  • Isikan botol air dengan air kosong (sy isikan di dalam botol 2L).
  • Masukkan ke semua hirisan buah-buahan tadi.
  • Simpan di dalam fridge semalaman (8 jam pun dah ok).
  • Bila nak minum, mix kan dengan 1 sudu kecil apple cider vinegar (1 cawan detox drink + 1 sudu kecil apple cider vinegar).

Syok hiris buah-buah ni..terbang segala stress-stress..hehe :)

Lemon + Timun + Daun Pudina + Apple Cider Vinegar
  • Hiriskan 1 biji lemon dan 1/2 biji timun.
  • Isikan botol air dengan air kosong (sy isikan di dalam botol 2L).
  • Masukkan ke semua hirisan lemon dan timun tadi.
  • Masukkan 8-10 helai daun pudina.
  • Simpan di dalam fridge semalaman (8 jam pun dah ok).
  • Bila nak minum, mix kan dengan 1 sudu kecil apple cider vinegar (1 cawan detox drink + 1 sudu kecil apple cider vinegar).

Botol kiri: lemon + orange + apple hijau & botol kanan: lemon + timun + daun pudina

Ni adalah apple cider vinegar yg sy gunakan. Ada macam-macam brand apple cider kat pasaran, pilih je yg mana yg berkenan di hati

Lemon + Green Tea
  • Rendamkan 1 uncang green tea dalam segelas air panas
  • Masukkan 2 hiris lemon
  • Tak perlu biar semalaman dalam fridge. Boleh minum immediately selepas disediakan.

Gambar ni i google je..hirisan lemon tu letak dalam air teh hijau tu ye..bukan kt tepi cawan semata-mata!hehe

Buah-buahan citrus seperti lemon dan orange dipercayai mampu mebantu mempercepatkan pencairan lemak terutama pada bahagian abdomen serta mampu menyingkirkan bahan-bahan toksin yang terkumpul di dalam tubuh. Apple cider vinegar mampu meningkatkan kadar metabolisma tubuh, sekaligus membantu tubuh membakar lebih kalori. Apple cider juga dipercayai baik untuk penghadaman, baik untuk menyingkirkan toksin-toksin serta mampu mengawal selera makan. Hmmmm menarikkan! Green tea mmg dari dulu lagi dipercayai mampu membantu dlm proses nak selim-melimkan badan. Kandungan catechins (sejenis phytochemical) yang ada di dalam green tea mampu meningkatkan kadar metabolisma tubuh secara tidak langsung membantu pembakaran lemak dengan kadar yang lebih cepat. 

Haaaaa tergoda kan nak try? 

Sila cuba tau.

Owhhh lupa pulak nak bgtau rasa tiap satu detox drink yg sy dah penah buat. Rasa dia tak la masam sangat. Bagi saya rasa dia sedap n freshing!! Bila masuk je dalam mulut lalu kat tekak tu rasa sgt segar. Badan pun rasa sejuk after minum detox drink ni. Bagi yang tak suka rasa apple cider vinegar yg agak kuat, boleh je if tak nak campur dgn apple cider tu. Tp apple cider ni mmg banyak khasiat yg best-best. Alaaa bila dah campur dgn apple cider baru la kick detox drink kita nih..masam-masam menyenyat gitteww. Hehehe :)