Monday, February 24, 2014

Avocado Mash for Aakif

Aakif macam dah boring makan moi (bubur) for lunch. So, hari ni mama decide untuk buatkan avocado mash untuk dia. Tak pernah lagi buat avocado mash campur2 kan sekali dengan buah2 lain untuk Aakif. Jom la try try, mana la tau kot-kot dia suka kannnn~ owhh sy decide untuk campur dengan buah pisang dan mangga.

Bahan utamanya..ofcoz la buah avocado ye. Ehhee pilih yang dah ranum tau, tapi jangan yg terlampau ranum tau. Yang kelakarnya masa sy nak beli avocado ni kan, bersungguh-sungguh sy n husband google info avocado ni..sebab memang tak padai nak pilih yang mana yang masak yang mana yang tak masak. Haaaa sekarag insyaAllah dah pandai pilih..hehehe



 Then, since nak campur kan dengan pisang dan mangga, ofcoz kita perlukan kedua-dua buah tu jugak ye~




Potong buah-buah ni kemudian masukkan ke dalam mangkuk, then lenyek-lenyekkan dengan menggunakan garfu.

TARRAAAAAAA

Dah siap!~


Sangat senang! n paling penting SEDAPPPP!~

Aakif makan sampai licin..haaa legaaaaa mama. So, esok boleh buat lagi..

^^,

Sunday, February 23, 2014

Teknik Memerah Susu

Memerah dengan Menggunakan Tangan
  1. Memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran.
  2. Basuh tangan dengan bersih sebelum memerah.
  3. Sediakan bekas yang bersih dan steril.
  4. Lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa.
  5. Boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa.
  6. Buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/ gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex).
  7. Melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks.
  8. Tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu - buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan).
  9. Tekan payudara ke belakang ke arah dada.
  10. Perah/ picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan.
  11. Teruskan memicit sehingga susu keluar.
  12. Perah ke dalam bekas yang bersih dan steril.
  13. Buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar.
  14. Tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut).
  15. Ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu.
  16. Tukar ke payudara yang satu lagi.
  17. Urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi.
  18. Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir.
  19. Setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara.

Memerah dengan Menggunakan Pam

Baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
  1. Basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam.
  2. Basuh tangan dengan bersih.
  3. Duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa.
  4. Rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex).
  5. Posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield.
  6. Mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/ bateri).
  7. Boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan.
  8. Pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir.
  9. Masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu).

Panduan-panduan Lain
  1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan.
  2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex).
  3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan.
  4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump.
  5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (mimic baby' s suction).
  6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg).
  7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu.
  8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi.

Pengendalian 'Expressed Breast Milk (EBM)'

Alhamdulillah..hepi sgt tgk ramai betul mummy2 kat luar sana yg prefer utk breastfeed (bf) anak masing2. Teringat dulu2 beberapa bln sebelum melahirkan Aufa, cik anak sulungku~..sungguh2 dgn excitednya sy n husband attend antenatal class utk belajar mcm2 ilmu pengurusan bayi. Seronok tau antenatal class ni! So preggymummies, especially yg 1st time pregnant, sila la pegi jugak ye. Ajak husband pegi sekali. InsyaAllah sgt byk yg korang akn belajar tau.

Owhh enough pasal antenatal class..sebabnya entry ni sy nak share sikit maklumat berkenaan pengendalian 'expressed breast milk'. Since lately ni ramai yg bertanya, so hopefully perkongsian ni mampu memberi manfaat kpd yg membaca ye.

Bagi ibu2 yg bekerjaya, jgn risau. Niat korang nak menyusukan anak korang sehingga baby korang berusia 6 bulan atau sehingga genap 2 tahun, masih boleh diteruskan dgn jayanya even korang bekerja. Since nanti masa kita dh tak boleh nak direct feed anak kita kan, maka option terbaik adalah dgn memberi ebm. So nak bg ebm ofcoz lah perlu perah (pam) dulu kannn~ 

Buat pengetahuan korang, susu ibu mengandungi sel2 hidup. Oleh sebab  itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul bagi memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama, tetapi dgn syarat perlu dikendaliakan dengan kaedah yg betul.


ISTILAH-ISTILAH SUSU PERAHAN

Owh..sebelum tu, jom kita biasakan diri dgn beberapa istilah yg digunapakai pada susu yg telah diperah (ebm). Istilah2 nya adalah:

▪ EBM = Expressed Breast Milk
▪ Fresh EBM = Susu yg baru diperah
▪ Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). Chilled EBM akan membentuk dua lapisan (ia bukan basi)
▪ Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku


BEKAS PENYIMPANAN SUSU IBU YANG SESUAI

Terdapat beberapa bekas penyimpanan yg sesuai digunakan utk menyimpan susu yg telah diperah, antaranya adalah:

▪ Bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
▪ Bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
▪ Breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
▪ Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. 


MAKLUMAT PENTING PADA BEKAS PENYIMPANAN SUSU IBU

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas dilebel/ ditandakan dengan maklumat2 seperti berikut:.

▪ Tarikh Perahan - membantu kita untuk tahu ebm mana yang perlu digunakan dahulu.
▪ Waktu perahan - membantu kita untuk menghabiskan ebm yang mana dahulu.
▪ Kuantiti susu yang diperah - membantu kita mengetahui samada setiap pack ebm mencukupi atau tidak bagi sekali feeding.
▪ Nama Bayi - untuk mengelak tertukar ebm di rumah babysitter/ nursery, lebih-lebih lagi kalau ramai ibu2 lain turut member susu ibu kepada anak2 mereka.

**Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.


TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK:
▪ Jika bilik tidak ber'aircond' (25 ºC - 37 ºC), disarankan tidak lebih dr 4 jam.
▪ Jika bilik ber'aircond' (15 ºC - 25 ºC), mampu bertahan antara 6-8 jam.
Catatan: Suhu di atas harus stabil, cth bilik ber'aircond' tidak di'off'kan spjg botol yg mengandungi ebm ada di dalam bilik tersebut.


FRIDGE/ FREEZER:
1) Bahagian beku:
- Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu.
- Peti Sejuk (2 pintu) - bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan.

2) Pintu bawah (rak paling atas) (2 °C- 4 °C):
- Sebelum dibekukan - 3-5 hari (menjelang hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku).
- Selepas dibekukan, kemudian diturunkan ke bahagian chiller - 24 jam.

3) Deep freezer
- Normal deep freezer - tahan antara 6 bulan.
- Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.


BEKAS PENYEJUK/ COOLER BAG:
- Cooler bag/ box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam.


PERINGATAN:
- Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula.
- Susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula.


TIPS DAN CARA PENYIMPANAN

1) Di pejabat:
- Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi).
- Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais.

2) Di rumah
- Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk (chiller) dan sedikit sahaja di bahagian beku (freezer).
- Susu yg disimpan di bahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
- Susu yg disimpan di bahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu (frozen ebm).

Contoh:
Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.


JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

- Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk akan menyebabka suhu di kawasan tersebut adalah tidak stabil). Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
- Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan jisim berlaku, semasa proses pembekuan.

Wednesday, February 19, 2014

Potty Training



Lately ni, ramai yg tanya mcm mana cara terbaik utk potty train anak? Ermmm..if tanya cara terbaik tu, em susah skit kot sy nak jawab. IsyaAllah cara sy mungkin yg terbaik utk anak sy, tp if nk claim terbaik utk anak-anak yg lain di luar sana..aishhh tak berani kot!~ ^^,

Bila masa sesuai utk ajar anak ke toilet? Drpd pembacaan sy, ramai yg kata paling baik adalah bila anak dh masuk 2 tahun. Tp sy start train lambat skit. Bila aufa dh masuk 3 tahun 4 bln br sy start train dgn serious! ehehe serious ke? errr ha'ah agak serious!

Nak train anak yg dh 3 tahun rasanya tak susah. Dia pun dh pandai ckp n dh paham pun apa yg kita ckp kan. So awal2 lg sy explain kt aufa kenapa dia perlu belajar ke toilet. Owh ok, mayb if sy tulis tips2 ni dlm bentuk point form lg senang nak paham kot..kann

menarikkan if berjaya train anak untuk ke toilet seawal umur baby ni! nnti nak try train aakif awal sikit dari kakak aufa~

Beberapa tips yg mungkin mampu membantu potty training anak2 korang:

1. Explain kepada anak kenapa perlu belajar ke toilet sendiri. Tiap kali bwk dia jalan2 kt luar, if jumpa budak yg lebih kurang umur dia n nmpk mcm tak pakai diapers dah, terus highlight kt dia, sambil puji2. Biar dia faham yg dia tak perlu dh pakai diapers. Terapkan jugak dalam diri anak yg malu la kalau big girl/boy tak pandai pegi toilet.

2. Tiap kali waktu mandi, ajar anak cara utk "shishi" n "o'ohh" kt toilet bowl. Ajar anak tiap kali terasa nak "shishi" atau "o'ohh" kena inform mama or abah awal2 tau..big girl/boy tak kencing or yak2 dlm seluar.

3. Start biasakan anak utk tak pakai diapers waktu siang hari. Tp sila make sure segala carpet2 tebal korang gulung siap2 n simpan dulu. Almaklum la awal2 train ni akn berlaku byk kejadian tak diingini..hehe. Even dah pesan if terasa nk "shishi" or "o'ohh" bgtau mama awal2, tetap akn berlaku jugak beberapa kali incident tak sempat tu. So sila ambil beberapa lgkah berjaga2 ye..carpet2 tu sila gulung siap2!!~ Utk peringkat awal, malam tetap pakaikan diapers n slowly ajar untuk tak pakai pd waktu malam pulak..

4. Start belikan panties comel gambar cartoon kesukaan anak. Mcm aufa, dia sgt suka princess..so sy belikan byk2 panties disney princess utk dia. Bgtau dia yg princess tu semua dh tak pakai diapers. Ini mmg sgt membanttu tau..n jangan lupa utk explain..reka la cerita apa2 pun utk bg anak faham.

5. Jgn tunggu anak mention nk ke toilet br nk bawak anak ke toilet. Agak-agak setiap setengah jam, tanya kt anak. Kalau dia tetap kata taknak "shishi" or "o'ohh", agak-agak setiap jam bawak dia ke toilet n suruh cuba buang air. If waktu tu anak tidur (siang), jgn lupa untuk gerakkan anak pd selang 1 jam. If bawak anak jln2 kt luar, jgn lupa tetap kena tanya nk ke toilet atau tak. Don't worry, dlm masa tak sampai sebulan insyaAllah anak akn pandai. Mmg penat nak tanya tiap setengah jam, tp lg penat kot if nk lap n bersihkan klu anak tercicir kt dlm umah. Sila alert jugak if anak korang menunjukkan ciri2 nak ke toilet..contoh if dh nampak gaya terkepit2 or tak senang duduk or dh start goyang2 pinggul tu cepat2 la bawak pegi toilet..

6. Mcm anak sy, once dia dh pandai ckp nak ke toilet waktu siang, automatically dia yg request tak  mau pakai diapers dah pd waktu mlm..Alhamdulillah so far aufa belum pernah ter"shishi" atas katil..legaaaaaa!~hehehe

ehehehehe awat comei sgt? obviously ini bukan aufa!~ hasil carian en.google..

Alhamdulillah..

Ehee bila anak dh pandai ke toilet sendiri rasa mcm cepat betul masa berlalu..cepatnye diorang ni membesar!~ Ohh nnti mama mesti rindu saat2 awak masih kecik..

Tp tetap..mama SANGAT BANGGA dengan anak mama~
"Aufa..mama is so proud of you, syg~"

ohhh ini pun bukan aufa

haaaaa..ni la aufa..my aufa!~ ye..gambar di atas sememangnya tiada kena mengena dgn potty training..baru sedar yg aufa takde langsung gambar atas sit pot..






Sunday, February 16, 2014

Tips Menjayakan Penyusuan Ibu




1. Kerapkan Menyusu / Mengepam

• Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
• Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.• Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.• Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
• Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!• Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.• Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Minum banyak Air
• Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir Bayi Fikir Susu
• Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.• Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...

5. Berdisiplin
• Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tendum Pumping
• Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

7. Teknik Marmet
• Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalau dengan menggunakan pump daripada 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4 - 4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh...

8. Menyusu/ mengepam Lebih Lama
• Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.• Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.• Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2 - 3x tau! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah.

9. Penyusuan Malam
• Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan
• Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com

11. Pengambilan Suplemen
• Pengambilan suplemen tambahan sebagai pelengkap nutrisis seharian adalah sangat membantu proses penghasilan susu ibu serta memastikan ibu sentiasa dalam keadaan yang sihat dan bertenaga.

10 Surprising Reasons Why Breastfeeding Rocks




1. You'll feel far less crazy (we promise!)

- A study of new mamas found that those who breastfed their babies showed far less anxiety at one month postpartum than those who didn't. Here's why: Breastfeeding (plus skin-to-skin contact with baby) causes an increase in two key hormones - oxytocin and prolactin - which help lower your blood pressure and the stress hormone cortisol. This will lead to lower levels of anxiety, stress, and fatigue in new moms. What's more, a recent Australian study found that breastfeeding mamas actually spend more time in deeper levels of sleep than those who bottlefeed. (And as most moms know, a good night's sleep is a sanity saver in and of itself in those first few months with baby)


2. It lowers the risk of childhood cancers

- The immune-stimulating and increased antibody effects of breast milk have some amazing protective properties. In fact, formula-fed babies are eight times more likely to suffer from a childhood cancer than babies who are breastfed for longer than six months. What's more, a 1989 study showed that even babies who breastfed for just one month lowered their risks of developing one of the two major forms of childhood cancers - acute myeloid leukemia and acute lymphoblastic leukemia - by 21 percent.


3. ...And breast cancer in mamas!

- According to research, if women who breastfed for less than three months were to stick it out for 4 to 12 months, breast cancer among premenopausal women could be reduced by 11 percent. And if they stayed with it for 24 months or longer, those risks could be cut by nearly 25 percent. How come? Believe it or not, no one's really sure. Some researchers feel that the engorgement caused by not breastfeeding actually changes the breast tissue, which is what increases the risk of developing breast cancer.


4. Smart kids rule

- Studies show that breastfed babies have significantly higher IQs in adulthood than babies who didn't breastfeed - even after adjusting the stats for differences between groups and mom's educational and social class. Although, some suggest that emotional, social, and attachment factors all affect these increased scores. Just look at the chemistry of breast milk: It has cholesterol, DHA, and other good fats that are known to insulate the nerve linings in the developing brain. In addition, breast milk boasts the special sugar galactose, which is known for being essential in brain tissue development.


5. You could save on braces

- The longer you breastfeed, the lower the likelihood that baby will suffer from malocclusion - a fancy word for misalignment of the teeth and dental arches. The sucking action baby makes when transferring the milk from the breast into his mouth is a natural motion that promotes proper oral development (i.e., well-formed teeth and jaws). Translation: Breastfeeding baby could mean fewer trips to the dentist are in your future (or at least lower dental bills!)


6. It cuts down on childhood obesity

- Breastfeeding has long been tied with reducing the rate of childhood obesity, regardless of mom's diabetes or weight status. The connection? Docs peg this on the vast differences in the amount and kinds of fat found in breast milk as opposed to formula. Plus, a breastfed baby is in full control of the rate -- and perhaps more importantly - the volume of his feedings, as well as their consumption of calories. This self-regulation is key for baby to learn early in life and is what contributes to the self-regulation needed later on to control their own weight.


7. It cuts down on allergies and other ailments

- Asthma, influenza, diarrhea, allergies, and eczema are all way less common in breastfed babies. And you can thank those glorious breast milk antibodies again for that, which act to protect baby against all respiratory and gastrointestinal ailments. Breastfeeding your baby for a minimum of six months also delays the introduction of potentially allergenic foods, such as cow milk and soy protein.


8. It saves lives - and government money!

- Get this: A 2010 study found that if just 90 percent of US mamas breastfed exclusively for six months, an estimated 900 babies (who would otherwise die of preventable diseases) would live. What's more, economists estimate the United States would save somewhere in the ballpark of $13 billion per year on healthcare costs. Yep, $13 BILLION. (Ok..ni di US!~)

9. Did we mention it's free?

- Government savings aside, breastfeeding your baby can't help but save you big time too. In fact, formula supplies can cost close to a whopping $2,000 - for just the first six months. Plus, the money you save on formula could be spent on other things that burn a hole in your pocket - like all those diapers you'll be changing.


10. You'll fit into your skinny jeans faster.

- Listen-up mamas: Just the simple act of producing breast milk will burn you an average of 500 calories a day. That's about two to three hours of walking at a normal pace. So if you've ever secretly wished there was a workout that could be achieved without moving a muscle, consider this the answer to your prayers. Breastfeeding helps the uterus shrink back to its pre-pregnancy size, which helps your tummy regain its shape faster. Moms who breastfeed exclusively tend to lose more weight, have a lower body fat percentage, and (bonus!) have slimmer hips after baby comes.


#http://www.thebump.com/

Why Breastfeed?



It's easy to say breastfeeding is the best food for any baby, but that doesn't make all moms want to choose breastfeeding.

Although, we all know breastfeeding is best for baby, lots of people think formula is a just as good-or even better substitute for human milk, which is not the case. Yes, new baby formulas feature DHA and ARA, which is found in breastmilk and while this is a great step, formula still doesn't even come close to the ingredients in breastmilk (which are hundreds, if not thousands and are still even being discovered!).

Infant formula has been recalled several different times, reasons range from beetle parts and glass particles to a fishy smell and improper instructions that could lead to feeding the baby incorrectly. There's always a risk of recall when buying formula.

Breastmilk can never be recalled. Breastmilk contains immunities to diseases and assist in the development of babies immune systems. Breastmilk contains no synthetic growth hormones or genetically engineered ingredients.

Early breastmilk is "Liquid Gold".

Colostrum is the first breast milk that is made during pregnancy and just after birth. This milk is very rich in nutrients and antibodies to protect your baby. Although your baby only gets a small amount of colostrum at each feeding, it matches the amount his or her tiny stomach can hold.

After day 4-5 postpartum, your colostrum changes into what is called mature milk. This milk has the right amount of fat, sugar, water, and protein to help your baby to continue to grow. It is a thinner type of milk than colostrum, but it still provides all the nutrients and antibodies your baby needs.

Numerous studies have shown that breastfeeding mothers and babies have less health risks. Breastfeeding lowers the risk of certain cancers for both the mother and the baby. It protects mom from breast cancer, ovarian cancer, most cervical cancers, and even osteoporosis. Unfortunately, we all know about atleast one person and family who has been affected by cancer. This is a huge reason to not only lower your chances, but also your child's. Breastfeeding lowers baby’s risk of asthma, obesity, type 1 and type 2 diabetes, childhood leukemia, and SIDS.

Breastfeeding babies have less stomach issues. Breastmilk is easier for babies to digest and easier on baby's tummy. Breastfed babies have fewer ear infections, allergies, respiratory infections, urinary tract infections, vomiting, gas, colic, and diarrhea.

Exclusively breastfeeding mothers have delayed periods, or no period at all. This is called lactational amenorrhea method or LAM.

If done correctly, exclusive breastfeeding (by itself) is 98-99.5% effective in preventing pregnancy.

LAM only works if:

• You are fully breastfeeding during the day and night. The baby only gets your milk.

• You have not started you period. (Bleeding during the first 2 months is not a period. After 2 months, bleeding or spotting that lasts at least 2 days is a period.)

• The baby is younger than 6 months

Fully Breastfeeding is when you do not supplement formula, water, juice, or baby food, and the baby doesn't go longer than 6 hours without breastfeeding.


http://breastfeedingrocks.weebly.com/

My Breastfeeding Journey~

Alhamdulillah..

Degree: Bachelor of Applied Science (Biodiversity Conservation and Management)

Master: Master of Science (Occupational Safety and Health Management)

PhD:
'PhD in Breastfeeding' kan Aufa..anak pertama^^,


alhamdulillah..


now..sedang berusaha dptkan 2nd 'PhD in Breastfeeding' for 2nd baby..Aakif..
alhamdulillah dh berjaya selama 9 bulan..at least lg 15 bulan..insyaAllah tak lama dahhh~ sgt tak sabar untuk grad cemerlang lagi kali ni..moga Allah permudahkan~



mama, abah  & aufa..errrr jangan tanya masa ni aufa umur berapa hari..hehehehe masih dalam pantang..naik flight balik penang sebab naakkkkkkkk sgt tgk bestfren kawin..breastfeed baby dlm flight sgt membantu baby untuk sentiasa rasa selesa n tak 'bengang telinga'..


gambar ni masa pantang aufa lagi..haiyooooo..LAGI? ehee dlm gambar ni nampak kaki aufa je~ mmg poncho feveret betul yg nih..sampai sekarang still guna..siapa kata breastfeed tu leceh?no no no!~ siapa kata NIP tu susah?ofcoz tak susah..skrg ni mcm2 dh ada..mommas tak perlu risau utk bf baby kat mana2 pun!~


breastmilk = superfood for babies


BF ROCKS!!~



**tetiba tersedar tak byk amik gambar aakif bf..alamakkkk! esok kena amik..hahahaha nape la baru skrg terrsedar?aiissshhh..

Thursday, February 6, 2014

Work at Home Momma (yup yup..saya la tu~)


Antara rutin yg sy suka sgt as a WAHM..as a momma eh:
  • Pagi2 bila aakif bgn, 1st yg dia akn buat adlh cari wajah sy, then dia akn senyum dgn senyum yg sgt manis..senyum yg sy xmau missed tiap2 hr..
  • Bila kakak aufa bgn, sy akn jd org pertama yg dia akn peluk n cium..tak ke bahagia? dulu, pg2 time dia tdo tepaksa dgn rushing nya dukung dia masuk dlm kereta nk hanta g nursery..muka dia asyik monyok je bila tersedar dr tdo..
  • Hari2 boleh msk mcm2 utk aufa mkn..lg2 skrg dia dh pandai request nk mkn apa..n dia dh mkn byk sekarang..aakif toksah kata la, pantang org mkn dia pun nk makan..skrg x risau dh anak x mau makan n muntah2..dulu kt ofis, hr2 risau..
  • Tiap masa aufa akn mintak cerita kan mcm2 cerita kt dia..lg2 if dlm kereta..klu dulu sy selalu suruh dia sabar n tunggu kejap sbb selalunya time dia mintak sy cerita sy tgh stress dgn mcm2 hal ofis..tgh nk ngadu mcm2 kt en.husband..sian aufa..klu mamanye dh xde mood time tu, xde la cerita utk dia..tp skrg..boleh kata tiap masa xde masalah utk sy cerita mcm2 dgn dia..smalam cerita pasal syurga dekat dia..hr ni dia dok ulang kakak nak masuk syurga dgn mama dgn abh dgn adik~
  • Art session dgn aufa sgt best..dia sgt creative..cpt belajar..bila agak2 boring mama n aufa n aakif pun same2 akn berlakon mcm2 watak..bila dh boring, ktrg akn start menari2..pastu aufa pun selalu kena paksa teman mama exercise kt umah (tabata je yg mampu)..haha..buku mama takyah cita la penuh dgn tulisan n lukisan aufa..termasuk la logbook bisnes mama..adoi la anak..walaupun kdg2 mama terpaksa menyinga, aufa tetap tak jemu ckp "best nye mama dok umah..kakak happy sgt!~".
  • Part kena agkut anak2 ke pejabat pos n beli stock kt penang kdg2 mmg rasa sdkt mencabar..2 org kann (belum 6 org..haha)..tp bila dua2 ni sentiasa ada dgn mama, mama xperlu nk terkejar2..xperlu risau..tiap saat leh enjoy dgn dua budak ni..biar la org jeling2 ktrg belajar n nyanyi ABC & 123 kuat2 masa tunggu giliran nk beli brg..or menari2 time beratur kt poslaju (mama gerak sikit2 je, aufa yg sungguh2)..tetap mama happy..sgt bahagia..




Pendek kata..life sy as a WAHM..sgt membahagiakan..penuh dgn kasih syg..♥♡♥♡♥♡♥♡

Siapa lg yg nak join sy?percayalah..rezeki itu urusan Allah..percayalah..rezeki tu ada di mana2..ada yg kata, penat belajar tinggi2 tp nk dok umah dgn anak2 je?eheee sy belajar tinggi2 (tak cukup tinggi lg kot) bkn sbb xnak dok dkt rumah..sy belajar tinggi2 utk hidupkan budaya cinta ilmu dlm keluarga sy..sy duduk rumah bukan takat duduk2 je tau..(owh itu jawapan dlm hati je..susah kot nk jelas kan pd yg x paham..hee peace!~)

Haa kan dh jadi karangan dahhh..

Siapa lg nk join sy as a WAHM?jom jommm..tangan sy sentiasa terbuka utk share jalan yg sy pilih ni..

,
Zinneerah
0182037804



Alang-alang jadi MOMMA biar jadi SUPERMOMMA..eheee peace yawww!!~

Agagagagagaga Gunung Jerai yg Sejuk!

Makan angin lagi..eheee ofcoz laa seronok kannnnn...

Kali ni en.husband bwk jalan2 naik Gunung Jerai lagi..ehee ni dh masuk 2nd time kitorang naik Gunung Jerai..naik dgn kereta je..tak larat kot nak hiking dgn kaki sambil kendong anak2..hehehe

Serious seronok Gunung Jerai ni..tak sangka sgt cantik pemandangan atas gunung nih..dari atas boleh nampak pemandangan sawah padi yg sungguh luas..cantik sangat!!gambar mmg tak banyak sangat sebabnya naik pun time matahari dh nak terbenam..n bila dah jadi mummy of 2 ni kekadang selalu lupa nak snap2 gambar yg sepatutnya disnap..insyaAllah nnti if pegi lagi wajib snap banyak banyaakkkkkk gamba  upload kt blog nih..

Yang syok nye kt Gunung Jerai ni adalah udaranya saaangaaat nyaman..n bila dh petang, dh menghampiri senja, mmg sejuk nyaman betul..mmg perlu bawak sweater okie..if takmau bawak sweater then standby lah dgn shawl ke..so boleh la wrap2 bila sejuk2..

Okie..jom layan beberapa gamba yg sempat kitorang snap hari tuh..


En. Husband and lil Aakif..punye happy la si tecik ni


Mama and adik Aakif..tgk sunset kt belakang..Subhanallah..sgt cantik!~ 


Since kakak Aufa SANGAT suka PINK..so mama snap gamba ni berlatarbelakangkan bunga2 pink2..alaaahhaaii anak-anak mama ni~ ^^,


Kakak Aufa sgt suka bunga2..gamba beliau sedang berdrama dgn bunga..ehehe.."habis hati la tu~"


alalalalalalalalalalahaaiiiiiii




^_~