Tuesday, April 14, 2015

4 Perkara Asas untuk Program Turunkan Berat Badan

Ramai kat luar sana tu yang bercita-cita nak turunkan berat badan dan nak kecikkan saiz badan. Sy sendiri dalam proses membantu ramai yang bercita-cita untuk dapatkan figure dan berat badan ideal. Antara perkara yang selalu sy highlight kan kepada mereka yang ingin serious dalam program penurunan berat badan yang sihat adalah 4 perkara ni. BASIC KNOWLEDGE yang perlu diketahui dan sangat PENTING!

1) NUTRISI SEIMBANG


Untuk sihat kita perlu pastikan keperluan nutrisi tubuh dipenuhi. Tak kesah la nak kuruskan badan ke, nak gemukkan badan ke atau nak maintain kan badan ke, kalau nak secara sihat perlu pastikan nutrisi yang kita perolehi daripada diet (pemakanan) seharian kita adalah seimbang. Barulah sihat! Ramai yang beranggapan, kurus tu cukup sekadar untuk nampak cantik. Kalau boleh nak cepat cepat dapat result 'kurus' tu dalam masa yang sangat singkat. Sebab tu pasaran slimming pills dan ubat-ubat untuk kurus sangat laris! Tolong pastikan yang korang tak terrrsalah langkah percayakan segala janji-janji manis yang korang boleh kurus dalam tempoh masa yang sangat singkat tanpa perlu buat apa-apa, sebab berkemungkinan besar kandungan utama produk-produk tu adalah bahan chemical terlarang yang sangat merbahaya kepada kesihatan korang. Nak ke kurus sakit? atau nak ke kurus yang boleh mendatangkan risiko kepada nyawa korang? Nauzubillahiminzalik. Bagi sy, sy sangat percaya, program penurunan berat badan yang baik adalah program yang mengajar kita mengubah lifestyle kita ke arah yang lebih sihat. End result nya adalah KURUS dan SIHAT. Oleh sebab tu lah, penekanan utama dalam proses penurunan berat badan adalah pastikan korang mendapat bekalan nutrisi yang seimbang.


Nutrisi seimbang ni apa? Nutrisi seimbang adalah segala zat-zat penting seperti vitamins, minerals, serat..pendek kata segala khasiat yang tubuh kita perlukan untuk menjalankan fungsinya dengan baik, cekap dan sihat. Nutrisi ni perlu diperolehi dari mana ye? Dari makanan harian kita. Sebab tu kita perlu pastikan makanan yang kita makan mestilah mengandungi kesemua nutrisi penting yang diperlukan tubuh. If kita tak mampu penuhi ke semua nutrisi penting ni, maka perlu lah top up dengan nutrisi tambahan daripada supplement. Pilihan sy adalah Shaklee yang semestinya SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. Always SAFE, always WORKS and always GREEN. Dalam proses penurunan berat badan, saya pilih Shaklee Cinch Inch Loss/ Shape Up Program. Lengkap dengan segala nutrisi penting, rendah kalori, mengenyangkan, dan sangat membantu proses penurunan berat badan. Haa pasal ni nanti kita sembang lain.




2) KALORI DEFISIT


Kalori defisit adalah sangat penting dalam  menjayakan penurunan berat badan yang sihat. Familiar tak dengan term kalori defisit ni? Hmm ramai yang kata biasa dengar, tapi tak berapa faham. Ok, meh saya jelaskan apa tu yang dimaksudkan dengan kalori defisit ni. Kalori defisit ni adalah perkara terpenting yang semua perlu tahu if nak turunkan berat.

Kalori defisit = Kalori yang masuk lebih RENDAH berbanding kalori yang dibakar

Mesti ramai yang tertanya-tanya, macam mana nak tau kalori defisit ni kan? Mula-mula anda perlu tahu berapa BMR badan anda. Macam mana nak tahu? Ada dua cara; (1) kira sendiri menggunakan formula BMR, atau (2) gunakan penimbang yang boleh dapatkan terus bacaan BMR anda. Cara pengiraan BMR mengikut formula Harris-Benedict ni adalah seperti berikut:

BMR untuk lelaki = 13.7516w + 5.0033s - 6.775a + 66.473
BMR untuk perempuan = 9.5634w + 1.849s - 4.6756a + 655.0955
w = berat badan (kg)
s = tinggi (cm)
a = umur (tahun)

BMR ni apa? BMR adalah Basal Metabolic Rate. Basal Metabolic Rate = kadar tenaga/ calorie yang badan kita perlukan setiap hari dalam keadaan rehat (relax). Sebagai contoh, berat sy adalah 56 kg, tinggi sy adalah 160 cm dan sy berumur 30 tahun. Tekan calculator kejap. Nilai BMR sy adalah 1346 kcal sahaja.

Ok..lepas dah tau nilai BMR, anda kene kira lak nilai DCR anda. DCR tu apa la pulakk? hehe DCR adalah Daily Calorie Requirement. Cara pengiraan DCR adalah seperti berikut:

BMR x 1.2 (bagi individu yang tidak melakukan senaman/ sangat kurang aktif)
BMR x 1.375 (bagi individu yang mengamalkan senaman ringan/ bersukan 1-3 kali seminggu)
BMR x 1.55 (bagi individu yang mengamalkan senaman sederhana/ bersukan 3-5 kali seminggu)
BMR x 1.725 (bagi individu yang mengamalkan senaman berat/ bersukan 6-7 kali seminggu)
BMR x 1.9 (bagi individu yang mengamalkan senaman berat setiap hari/ bersukan @ mengamalkan aktiviti fizikal 2 kali sehari)

DCR atau Daily Calorie Requirement ni adalah kadar keperluan kalori/ tenaga yang badan kita perlukan mengikut AKTIVITI HARIAN kita. So, antara seorang individu dengan individu yang lain, bermungkinan besar DCR mereka adalah tidak sama. Ada sesetengah individu sangat rajin dan disiplin bersenam, kalau boleh hari-hari mmg akan try spend masa untuk jogging/ exercise, atau mungkin dalam seminggu 5 hari akan bermain badminton or futsal. Ada yang kadang-kadang je buat bila mood rajin datang. Dan ada jugak yang memang pilih untuk tak bergerak sangat, contoh seperti mereka yg bekerja di ofis, dari pagi sampai petang duduk depan PC je..bila balik rumah sambung lepak depan TV. Ofcoz anda tau anda berada dalam kategori yang mana kan.

Ok..kita gunakan contoh sy lagi ye. BMR sy tadi adalah 1346 kcal. Normally dalam seminggu sy akan lakukan beberapa jenis senaman ringan seperti aerobik, zumba n kardio exercise (dalam anggaran 3-4 kali seminggu). So, untuk sy tau nilai DCR sy,

1346 kcal x 1.375 = 1850 kcal

Maknanya, badan saya hanya perlukan kalori/ tenaga sebanyak 1850 kcal sahaja setiap hari. Kalau saya nak turunkan berat badan saya, apa yang sy perlu buat adalah saya perlu pastikan jumlah kalori yang masuk ke dalam badan sy (calorie intake) mesti lah LEBIH RENDAH daripada 1850 kcal. Baru lah kalori defisit berlaku.

Calorie intake < 1850 kcal = Kalori defisit (ini sy punya..anda kena kira DCR anda sendiri ye)


Nak make sure calorie intake tak terlebihan or berlebih or berlebih-lebihan, maka anda perlu la kira jumlah kalori yang masuk ke dalam badan anda. Dietary journal memang sangat membantu. Oleh sebab tu rajin-rajinkan lah diri anda untuk catat segala apa yang anda makan (dan minum) di dalam food journal/ diary anda. Macam leceh kan, tapi usaha ni sangat berbaloi. Bila anda catat, anda mudah untuk kira dan insyaAllah tak terlepas pandang especially kalau tersnack makanan yang tak sepatutnya. Selain daripada tu food journal/diary jugak sangat bagus sebab mampu bertindak sebagai meal plan kita. Kita boleh plan siap-siap menu apa yg sesuai untuk kita, kira siap-siap jumlah kalori dan ikut betul-betul seperti yang telah diplan. Ada yang betul-betul serious nak turunkan berat badan ni memang tak mengeluh langsung bila sy mintak dia catatkan segala apa yg dia makan n minum dalam food journal dia. Siap ada Meal Plan yang complete. Memang tabik spring la dengan orang yang macam ni. Bila suruh kira kalori setiap makanan yang dimakan, ramai yang tanya, macam mana nak tau setiap kalori makanan yang kita makan? haaaaaa sekarang ni dah sangat senang. Kat lebal makanan tu sendiri dah ada. Boleh check pada bahagian Nutritional Facts. Tapi untuk makanan yang takde label makanan, contoh seperti ayam, ikan, daging, sotong, udang, sayur-sayuran dan buah-buahan, anda boleh google info nya di internet. Banyak sangat website yang senaraikan nilai calorie makanan-makanan yang biasanya dimakan oleh kita. Insyaallah nnti sy akan tulis satu entry berkenaan senarai makanan-makanan kebiasaan kita beserta nilai kalori nye sekali. InsyaAllah.
Sy sangat sukakan Shaklee Cinch Shake. Bukan saja sebab Cinch Shake ni sedap n mengenyangkan, tapi sebab satu hidangan shake ni hanya mengandungi 95-200 kcal sahaja (bergantung kepada cara bancuhan shake tu). Kalori dia sangat rendah kannn. 1 serving Cinch Shake lengkap dengan kesemua nutrisi penting yang diperlukan tubuh..mengenyangkan..n sedapppp! COMPLETE!



3) AIR


Biasa dengar kan orang kata kalau nak kurus kena minum air banyak-banyak. Air kosong tau! Bukan air teh tarik, sirap bandung, soda gumbira, milo dinosaur, neslo ais. BUKAN BUKAN BUKAN! kalau air tu yang banyak memang boleh terus bermimpi je la nak kurus. Hahaha ok..serious balik! Dalam proses nak turunkan berat badan, air kosong yang mencukupi adalah sangat penting. 70% daripada badan kita terdiri dari air. air yang mencukup membantu badan kita menyerap segala nutrien yang masuk dengan lebih efficient. Air sangat penting dalam proses pengangkutan nutrien dalam badan kita serta dalam proses penyerapan nutrient oleh sel-sel badan kita. Bila kurang air, badan kita akan hydrated. Kering. Simptom-simptom tak best yang lain yang akan berlaku adalah badan akan lebih cepat penat n lesu. Yang paling rugi adalah nutrien-nutrien tidak mampu diserap dengan efficient bila badan kita berada dalam keadaan hydrated. So minum air banyak-banyak tau! Paling kurang adalah 3 L sehari. Haaa jangan nak ngade-ngade cakap " boleh ke minum air banyak-banyak ni? nanti gemuk air!". Ehhemmmm..pembetulan ye..takde nye istilah gemuk air gemuk air ni. Yang gemuk dan menggemukkan tu adalah lemak. Salahkan lemak jangan salahkan air!


Ada beberapa cara untuk kita kira jumlah air yang diperlukan oleh badan kita. Cara yang pertama adalah dengan menggunakan nisbah 25 kg berat badan : 1 L air kosong. Maknanya untuk setiap 25 kg berat badam kita, kta perlukan 1 L air kosong. Contoh, if berat sy adalah 56 kg, air yang sy perlukan adalah 2.24 L. Hmmmm macam sikit kannnn? Sebab tu pengiraan ni sy hanya gunakan masa bulan pertama tempoh penurunan berat badan je. Bila dah biasa telan air kosong banyak-banyak, kita beralih kepada pengiraan yang kedua pulak.

Cara kedua,
Berat badan (kg) x 0.07
Contoh untuk berat badan sy, 56 kg x 0.007 = 3.92L..Ni lagi bersesuaian. So sy akan minum 4 L air kosong setiap hari. Asyik pegi toilet je la kan nanti? haaaa itu la yang kita nak. Buat apa nak simpan segala lemak-lemak tak penting tu kannnn! hehehe nnti sy akan explain lagi pasal air ni n kenapa ke toilet tu sangat bagus dalam program penurunan berat badan. Entry yang lain insyaAllah ;)



4) SENAMAN

Senaman ni sy umpamakan sebagai BONUS. Siapa yang tak suka bonus angkat tangan? Nampaknya semua takmau angkat tangan. Maknanya semua memang suka benus lettew! Gila tak suka bonus..sure la suka wehhh!!~ Dalam program penurunan berat badan, senaman ni dikira sebagai bonus tau. Kenapa sy sebut senaman ni dikira sebagai bonus? (good question..baca jawapan sy ni ye). Kalau anda telah berjaya melakukan ketiga2 perkara di atas (NUTRISI LENGKAP, KALORI DEFISIT dan AIR), anda dah mampu turunkan berat badan. InsyaAllah antara 3-10 kg mampu diturunkan dalam tempoh masa 2-3 bulan. Yup insyaAllah boleh. Dengan syarat, buat betul-betul dan consistent.

Tapi..yang bestnya bila anda sertakan sekali dengan senaman, consistent antara 2-3 kali seminggu selama 30 minit bagi setiap session (if lebih lagi bagus), berat badan anda mampu turun dengan LEBIH BANYAK pada kadar yang LEBIH CEPAT tau. Best kannnnn! Bonus tu! Bukan setakat lebih sihat sebab berjaya keluarkan peluh, tetapi anda jugak bakal berjaya turunkan lebih banyak KG. And percaya atau tidak, senaman jugak membantu anda jadi lebih relax, lebih positive, lebih hepi gumbira riang ria tau! Mood bertambah-tambah baik selepas consistent bersenam. Tak percaya? Haaa cuba buat!

Senaman ni sangat pelbagai. Anda boleh pilih ikut kesesuaian anda. Ada yang suka jogging, ada yang suka main badminton, ada yang suka main futsal, ada yang suka pegi gym, ada yang suka aerobik kat rumah. Pilih yang mana anda suka. Sy suka jogging/ brisk walking, aerobik, zumba and cardio exercice. Sambil layan anak-anak main lego depan TV leh buat plank, squat, lunges, jumping jacks & wall sit. Haaaa boleh sangat! Tu adalah antara yang sy suka buat. So, jangan asyik bagi alasan. Instead of bagi alasan bertubi-tubi, better cari peluang untuk bersenam. Tak kesah la exercise yang macam mana pun. Asalkan mampu menggerakkan badan anda secara aktif, bantu anda utk keluarkan peluh dan rasa lebih sihat!





Kita semua diberi masa yang sama. Setiap hari setiap dari kita punya masa selama 24 jam. Tak lebih tak kurang. Kita boleh gunakan masa kita sebaik yang mungkin untuk kesihatan kita. Walaubagaimana pun pilihan tetap di tangan masing-masing.

Berminat nak turunkan badan dengan Shaklee Cinch Inch Loss/ Shape Up Program?
Boleh hubungi sy, Zinneerah a.k.a Zinn @ 0182037804

InsyaAllah, ke arah kehidupan yang lebih sihat. Kurus bukan sekadar untuk cantik dan hensem, tapi lebih kepada untuk kesihatan yang lebih baik.

xoxo

Salam sayang,

ZINNEERAH AHMAD ZAMIL
Personal Wellness Coach/ Shaklee Independent Distributor

0182037804

Friday, April 10, 2015

Alhamdulillah..Berjaya Turunkan 10 kg Berat Badan

Ok..memandangkan ramai yg tanya, "Zinn..ko wat camne leh turun berat banyak sgt?".."Ko makan ape makin hari makin kurus aku tgk?".."Awk diet camne? Ajar la kite"..n macam-macam lagi soalan-soalan yang ditanya. Hee yg comel tu kannnn, mak sy sendiri pun pernah tanya kat sy masa sy balik Seremban Ramadhan tahun lepas "berapa kg dah berat intan yang dah turun ni?", "berapa lama amik masa leh turun macam ni?".

Hmmm..kat mana ye nak start? Sy ni pada asalnya bukan lah seorang yg kurus selim melim all the time. Masa remaja pun mmg sedikit berisi. Tp mmg obses sgt nak kurus. Dari zaman U lagi beriya-iya try tu try ni utk turunkan berat badan, pegi gym setiap minggu dgn kawan-kawan rapat sebab kononnya nak kuruskan badan. (Gym masa zaman U dulu gym cap ayam je tau..tp ok la..tiap kali balik dari gym rasa sihat sgt sbb berjaya keluarkan peluh kaw-kaw..tapi ayat tiap minggu pegi gym tu hanya bertahan untuk beberapa bulan je..hahaha). Yang kelakarnye tu, bila bab makan mmg tak jaga sgt pun. Bila lupa diri semua benda ku telan tanpa rasa bersalah..bila sedar diri mula la jogging berkilo-kilometer. Hahahaha. Tp masa tu berat pun antara 55-56 kg..err penah jugak kot cecah 57 kg bila lupa diri +  tak sedar diri!

Dipendekkan cerita, masa kawen alhamdulillah takla besar mana pun.  Berat masa sebelum kawen dalam 59 kg gittew. Tu pun beriya diet. Sebelum tu lagi dasaaaatt. Cecah 63 kg u! 'So bahagia' telan macam-macam makanan sedap sampai tak sedar pipi dah macam pau! Nasib sempat turunkan beberapa kg sebelum hari kawen. Legaaaa!

Alhamdulillah after kawen, rezeki anak tu sampai awal. After sebulan kawen, sy pregnant. Sepanjang pregnant kan anak pertama (Aufa), berat badan sy sangat terkawal. Sebenarnya tak naik terlalu banyak pun sepanjang 1st pregnancy sy tu. Alhamdulillah sgt. Tak la risau risiko GDM or baby besar. Doc pun puji berat naik sikit je tiap bulan. Total kenaikan berat masa mengandungkan Aufa adalah 11kg je (je? hahahaha ok la tu 11kg..sbb ramai sebenarnya yg naik lebih dari 15 kg..yg cecah 20 kg pun ramai tau..so kira orait la naik 11kg je). Bila anak pertama dah lahir, ofcos la kena pantang utk tempoh 44 hari kan. Selepas tempph pantang tu sy berjaya turunkan berat sebanyak 9 kg. Punya gumbira riang ria hati ku! Ye la..sikit je lg nk dpt berat masa kawen. Gila tak gumbira? Hahaha. Thanks to breastfeeding sebab sangat membantu menurunkan berat walaupun masa pantang asyik makan je sebab lapar. Tp kannn..ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis..rupanya gerimis mengundang ang ang ang anggg. Disebabkan percaya sangat dengan mitos yang kononnya mak yang breastfeed kan anak ni perlu makan double daripada normal portion supaya milk production tak terganggu, makanya saiz sy berkembang dengan sangat hebat. Tanpa disedari lak tu! (Sadis sungguh..sobs sobs sobs). Somehow tak sure kenapa tak ramai pun nak jujur bgtau kt sy "zinn..ko dh gemuk la skrg!". Berat paling tinggi yg berjaya sy capai masa tu adalah 68 kg. OMG! 68 kg tuh!! Tp tetap perasan konon tak besar mana pun walaupun banyak baju yg dah sendat, jeans pun dah kena beli lain, kain baju kurung pun just boleh zip 2/3 je. Tak lama lepas tu sy mula sedar yang sy nmpk macam makin berumur lak. Nampak sangat mak mak padahal anak baru satu. So sy start diet sendiri. Kurangkan makan n kawal calorie yg masuk. Tapi sangat susah..sbb bila breastfeed ni kita mmg selalu rasa lapar. Bila kurangkan makan, lagi la lapar. Bila lapar, stress. Bila stress, susu pun kurang! Bertambah-tambah la lagi stress bila susu drop, jadinya diet tu memang gagal! Berkembanglah sy dengan sangat hebatnya. Hahahaha (tukar kpd bunyi nangis).

Masa mengandungkan anak kedua (Aakif), sy dah mula amalkan pengambilan supplement-supplement Shaklee dengan consistent. Sepanjang pregnantkan anak kedua, berat saya hanya bertambah sebanyak 10 kg je. Alhamdulillah. Seminggu pertama pantang sy dah berjaya kurangkan 9 kg berat. Selesai je pantang berat saya adalah 60 kg. Tapi bila masuk keje ramai yg puji sy dah kurus balik, maka mula la episod lupa diri balik. Hahaha penyakit betul! So, berat sy naik la jugak..tapi tak la banyak sgt. Masa tu berat antara 60-64 kg. Since anak kedua baby lagi, sy tak la risau sgt pasal berat badan sy, sebab masa tu keutamaan sy adalah anak sy. Bila anak kedua sy menginjak ke 7 bulan, sy tergerak.hati utk try Shaklee Cinch ni. Testimoni daripada pengguna-pengguna and customer-customer mmg sgt mengujakan tau..tak leh tahannn! So memang wajib la sy try. Pada awalnya sy try Cinch Shake Mix, ESP, Lecithin dan Alfalfa Complex dalam usaha untuk turunkan berat badan. N surprisingly selepas start program ni, berat sy sangat senang turun. Milk production tak terganggu langsung, malah makin meriah pulak. Alhamdulillah, 3 bulan pertama sy serious dengan program Cinch Inch Loss ni, sy berjaya turunkan berat 10 kg. Daripada 64 kg ke 54 kg. Sekarang pun masih amalkan Cinch Shake ni. Yang best nye Cinch Shake ni, bukan setakat mengenyangkan, tapi sangat berkesan mengurangkan berat badan serta inci badan. Yang best tu, lemak dibakar tapi otot sedia ada dipelihara. N jisim otot tubuh makin hari makin bertambah. Memang boleh rasa tau bezanya. Dulu 'drumstick' sy ni klu digegorkan memang konfem goyang-goyang inul! Now, dah lebih pejal n lemak dah semakin menipis. Even 10 kg dah berkurangan, badan tak gelebeh-gelebeh n rasa fit. Alhamdulillah.

Ok..now jom layan gambar kejap. tak best la kann if entry bebajet best macam ni takde gambar kannnnn..hahaha omaigod ayat ku!

(Seram sejuk dah i ni nak tayang gambar masa montels)

Sebelum tunjuk gambar masa motels, kita tengok dulu gambar yang tak berapa montels (hihi ye sy sedar sy bukanlah kurus mana pun masa ni~). Ni gambar masa wedding reception side perempuan, side sy. Sy di hari kawen-kawen sy ;)

Ok kan sy masa ni. Ni pun beriya diet sebelum hari kawen. Tp betul-betul ke beriya nye? hahaha

OHHEMGIEEEEE! Ini betul-betul montels! Tahun 2010 jalan-jalan kat Hatyai dengan family husband. Gambar bersama mak mertua sy dan Aufa. Sebelah kanan, tahun 2014 (Aidilfitri lepas), bersama orang yg sama, my MIL dan anak sulung sy, Aufa. 

Ayayayaya sendattt!!!! Gambar kiri, masih gambar di Hatyai. Duduk dalam tuktuk time ni. Maakk aiii sian Aufa nampak sangat kecik sbb mamanya nampak sangat besar T.T. Gambar sebelah kanan, gambar akhir tahun lepas, dengan Aufa yg dah berumur 4 tahun. 


(hmmmm sampai tak tau nak tulis caption ape dah! Menangis je yg i mampu..huuuu T.T)

Gambar kiri masa saya berusia 26 tahun & gambar kanan semasa sy berusia 30 tahun (ye..gambar baru ni..antara gambar terbaru sy). Beza kannnnn. Anak satu dan anak dua!

Dulu-dulu bila amik gambar suka naaaa cover badan dengan beg. Beg mak mak kan  mostly besar besar. So bajet kurus sikit la bila leh sembungyi di balik beg tu..hahaha adeh laaa haiiiii T.T

Gambar kiri, masa anak baru satu. Gambar kanan, masa anak dah masuk dua. Alhamdulillah dah berjaya dapat berat badan yg sgt ideal. Alhamdulillah syukur~


So..beza tak? Beza kan. 10 kg yg sgt ketara. Alhamdulillah sekarang lebih sihat. Kurus bukan setakat untuk nampak cantik, tapi kurus untuk sihat. Alhamdulillah, kesihatan saya berganda-ganda lebih baik sekarang berbanding beberapa tahun sebelum ni. InsyaAllah malam ni sy akan share lagi cerita yg best berkenaan Shaklee supplements yang telah membantu merealisasikan impian saya ni.

Salam sayang buat semua..
& HAPPY WEEKENDS!~


xoxo

ZINNEERAH AHMAD ZAMIL
Shaklee Independent Distributor
0182037804

Wednesday, April 8, 2015

Resipi Black Pepper Roasted Chicken & Ayam Percik yang Senang Amat

Beberapa bulan lepas,  tetiba je datang angin nak menerai (men+try) panggang ayam guna oven. Sebelum ni memang tak pernah kot panggang memanggang ayam sendiri guna oven. Setakat grill atas arang time berbbq tu penah la..tapi kalau guna oven kat dapur mmg belum pernah. So, disebabkan semangat berkobar-kobar untuk sediakan hidangan yang sihat untuk keluarga (ececece) dan menyahut seruan masak cara kukus-grill-panggang, maka dengan gigihnya sy try la panggang ayam sendiri dalam dapur sempoi ku. Tapi tak la gigih mana pun nak grill ayam ni tau. Senang sangat sangat. First time buat pun dah sangat menjadi. So minggu pertama cuba memanggang tu memang boleh dikatakan hari-hari jugak la sy bakar ayam guna oven. Sebab serious sangat senang!

Ini adalah janji sy kannnnn. Share resipi kedua-dua menu sempoi ni; Black Pepper Roasted Chicken & Ayam Percik. 


RESIPI BLACK PEPPER ROASTED CHICKEN

Black Pepper Roasted Chicken yg betul-betul baru keluar daripada oven..memang semerbak bau roasted chicken satu rumah!


Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam 
  • 3 ulas bawang putih)*
  • 1/2 inci halia*
  • 2 sudu besar lada hitam* (kalau suka lebih boleh tambah)
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil gula 
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (if takde minyak zaitun, minyak masak pun boleh)

Cara-cara memasak:
  1. Basuh ayam bersih bersih. Kemudian keringkan sikit ayam tu dengan menggunakan kitchen tissue (kita tak mau ayam tu basah sangat tau, sebab nanti dia tak berapa nak garing).
  2. Tumbuk separa lumat bahan-bahan yang bertanda *, campurkan sos lada hitam, sos tiram, madu, gula serta garam. Kacau sebati. Lumurkan pada ayam.
  3. Tuang sedikit minyak zaitun (olive oil), ratakan pada ayam.
  4. Perap sebentar (~5-10 minit).
  5. Bakar dalam oven yang bersuhu 200'C untuk 30 minit pertama (api atas bawah ye), kemudian naikkan suhu kepada 250'C dan teruskan membakar utk tempoh masa 10-20 minit (bergantung kepada saiz ayam n jenis oven jugak tau..so pandai-pandai la check dr masa ke masa..agak-agak sampai nampak golden cantik tu kira dah masak la ye).

Ni rupa ayam yang telah diratakan dengan bahan-bahan marinade. Perap sekejap ye sebelum bakar dalam oven.

Tinjau kejap..hehe ok..sikit je lagi nak masak sempurna. Bagi dia golden sikit lagi. Nyumnyumnyummm!

Taraaaaaaaaa! ok dah boleh santap dah ni!~

Hidangkan cantik cantik dengan side dish pilihan hati..ni antara yang sy sempat snap hari tu.

Nanti cuba tau! insyaAllah sedap..eheeee ;)

Ha..senang kannnn? Sangat senang! Antara reason lain yang buat sy suka sangat grill ayam ni selain daripada resipi n caranya yang sangat mudah, dapur insyaAllah dijamin tak bersepah tau. Syok betul! Heee ^_~ 

Ok ok..resipi seterusnya...



RESIPI AYAM PERCIK


Ayam percik sempoi..tak sangka betul berjaya buat sesedap ayam percik ayamas! sukaaaa 

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 biji bawang besar* (saiz sederhana)
  • 3-4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • Sebatang serai*
  • 2 sudu besar cili kisar/ 2-3 tangkai cili kering*
  • 3 sudu besar madu (sila adjust mengikut kemanisan yg korang suka ye)
  • 1 sudu kecil gula (sila adjust mengikut kemanisan yg korang suka ye)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (if takde minyak zaitun, minyak masak pun boleh)

Cara-cara memasak:
  1. Basuh ayam bersih bersih. Kemudian keringkan sikit ayam tu dengan menggunakan kitchen tissue (kita tak mau ayam tu basah sangat tau, sebab nanti dia tak berapa nak garing).
  2. Kisar lumat kesemua bahan-bahan yang bertanda *, campurkan madu, gula, garam serta serbuk kunyit. Kacau sebati. Lumur pada ayam.
  3. Tuang sedikit minyak zaitun (olive oil), ratakan pada ayam.
  4. Perap sebentar (~5-10 minit)
  5. Bakar dalam oven yang bersuhu 200'C untuk 30 minit pertama (api atas bawah ye), kemudian naikkan suhu kepada 250'C dan teruskan membakar utk tempoh masa 10-20 minit (bergantung kepada saiz ayam n jenis oven jugak tau..so pandai-pandai la check dr masa ke masa..agak-agak sampai nampak golden cantik tu kira dah masak la ye).

Ni la hasilnya..bila dah disusun comei comei dalam pinggan. Errrrr tp comei ke? hihihi
Yang ni version ayam yang dipotong kecik-kecik.

Bismillahirrahmanirrahim.....

Senangkan cara nak sediakan kedua-dua menu ni? Sangat senang! Perut sy terus bergendang-gendang comel bila tengok gambar-gambar ni. Terus rasa nak bakar ayam esok. Hehehe. 

Owhhh beza yang paling ketara antara kedua-dua resipi ni adalah yang Black Pepper Roasted Chicken tu ada black pepper (lada hitam) dan kurang manis berbanding Ayam Percik. Ayam Percik kan memang manis-manis sikit rasa dia. Tp korang semua boleh adjust kemanisan or rasa kedua-dua resipi ni ikut sitarasa korang ye~

Orait korang..selamat mencuba! InsyaAllah sedap~ ;)

Wednesday, February 25, 2015

Minyak Bawang Putih Bakar untuk Hilangkah Masalah Selsema

Bila anak2 selsema, mmg si ibu takkan senang duduk kan. Tido pun ala-ala tak lena. Lagi lagi klu yg selsema tu anak kecik..baby..kesian sangat kannnn. Beberapa bulan lepas, anak kedua sy, Aakif, selsema. Nak kata teruk tak la teruk sgt selsema nya, tp tersumbat-sumbat jugak la hidung dia time malam masa tgh tido. Paling kesian bila dia terjaga nak breastfeed punya la susah nak breastfeed betul-betul..nampak sangat tak selesa sebab hidung asyik tersumbat. Ofcoz la susah kan nak breastfeed dlm keadaan pernafasan tersekat-sekat dek hidung tersumbat tu. Kesian. Hati ibu mana yang tak tersentuh kann..anak sendiri! Sebab tu bila anak tak sihat, ibu pun susah nak tidur lena..sebab risaukan kesihatan anak.

Sebelum-sebelum ni klu anak-anak sy selsema, sy akan cepat-cepat bagi NutriFeron..n kerap2 buat steaming n cupping. Mmg NutriFeron + steaming + cupping sangat membantu. Normally dalam 3-4 hari je dah leh nampak anak-anak dah ok, sembuh sepenuhnya drpd masalah selsema tu. Tp since NutriFeron sekarang ni out of stock 1 Malaysia, sy terpaksa la cari cara lain. Natural remedy adalah keutamaan sy. Mmg kalau boleh, ubat adalah pilihan terakhir. So fikir punya fikir, teringat petua orang dolu-dolu pasal minyak bawang putih bakar ni. Plus, after sembang dgn kawan-kawan rapat pasal hal selsema especially pd kanak-kanak ni, ramai yg suggest buat minyak bawang putih bakar. Maka, dengan excited nya sy pun try la buat.

N surprisingly..minyak ni mujarab! Ofcoz dgn izin Allah swt. Dia membenarkan khasiat bawang putih ni menyembuhkan masalah selsema pada anak saya dalam tempoh masa tak sampai seminggu. Alhamdulillah. Syukur sgt sgt. Since ramai yg tanya pd sy mcm mana cara untuk prepare minyak bawang putih bakar ni, maka saya tuliskan cara-caranya dalam entry kali ni. Moga perkongsian ni bermanfaat kpd pembaca-pembaca sekalian.

Haaa daripada fb post sy ni la ramai yg start pm tanya macam mana nk buat minyak bawang putih ni ;)


CARA PENGHASILAN MINYAK BAWANG PUTIH BAKAR

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Bawang putih 
  • Minyak zaitun
  • Batu lesung
  • Penapis

Bawang putih - dalam 4-5 ulas bawang putih (tak perlu kupas kulit dia)
Minyak zaitun/ olive oil. Sy guna brand Naturel. Brand apa-apa pun boleh. If takde olive oil, minyak masak pun ok



 Lesung batu utk lumatkan bawang putih yang dah dibakar


Penapis

Cara-cara menghasilkan minyak bawang putih bakar:

  1. Bakar bawang putih di atas api sehingga masak (bakar sehingga kulit bawang putih tu bertukar sedikit kehitaman..tp jangan sampai rentung pulak..hitam sikit-sikit takpe).
  2. Tumbuk bawang putih tersebut sehingga lumat/ separa lumat dgn menggunakan lesung batu (masa tumbuk tu boleh la buang kulit bawang putih tu..if nak kupas siap-siap sebelum tumbuk pun boleh..takde masalah).
  3. Setelah bawang putih tu lumat/ separa lumat, masukkan minyak zaitun. Kuantiti minyak zaitun tu agak-agak je la ye (mungkin untuk 4-5 ulas bawang putih, kuantiti minyak zaitun adalah antara 5-6 sudu besar..if kurang sila tambah lagi). Then kacau sebati supaya minyak tu mesra dgn bawang putih yg telah dibakar.
  4. Kemudian tapis minyak tersebut menggunakan penapis. If taknak tapis pun takpe tp besar kemungkinan anak-anak akan rasa geli-geli sikit bila cebisan halus bawang putih tu melekat-lekat kt kulit diorang (hehe ini mmg pengalaman sy..sbb tu sy suka tapis).
  5. Then, boleh la sapu minyak bawang putih bakar ni pada tapak kaki, belakang badan, dada, dan pada batang hidung anak-anak. Owh after lumurkan pada tapak kaki tu boleh terus pakaikan stokin. InsyaAllah akan lebih membantu. Bukan sahaja mengurangkan masalah hidung tersumbat, tp turut membantu anak tido dgn lebih nyenyak. Selesa mungkin. InsyaAllah membantu mempercepatkan tempoh penyembuhan anak-anak anda drpd selsema.

Alhamdulillah..tido lena after mama lumurkan minyak bawang putih bakar

N bangun pun Alhamdulillah lebih ceria :) (heee obviously dua gambar ni bukan hari yang sama sbb baju tido lain kannn..hehe)

So, kepada yg mencari solusi semulajadi kpd masalah selsema anak, boleh try buat minyak ni ye. Selamat mencuba!~