Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, October 28, 2014

Detik Itu

Mengimbau semula detik sy nekad memasang cita-cita utk serious realisasikan impian sy bergelar WAHM (Work at Home Momma)..

Pada 06/06/2013, genap 15 hari umur Aakif, maknanya masa hari ke-15 sy berpantang, tgh lepak minum kopi kat Low Yatt, Bukit Bintang (ohoii pantang lg kot dh jenjalan?hahaha jalan-jalan je i tak pantang, yg lain Alhamdulillah berjaya pantang dgn baik..sila jgn tiru mcm sy tau!)..detik tu sy tenung dalam-dalam wajah Aakif n Aufa. Masa tu nekad sangat nak cepat-cepat bergelar WAHM.

06/06/2013. Low Yatt Plaza, Bukit Bintang. Aufa (kanan) & Aakif (kiri).

Membuak-buak perasaan nak duduk rumah dgn anak-anak. Nak jaga diorang dari pagi sampai malam. Nak tgk diorang membesar depan mata.

Alhamdulillah dilorongkan dgn baik oleh Allah swt. Dia sebaik-baik perancang kannn. Memang sebelum tu lg dah berbisnes Shaklee secara part-time. Ye la, time tu fulltime as Lecturer kat SEGi KL. Bila digerakkan hati tu memang rasa membuak-buak utk realisasikan impian. Tp ofcoz keputusan tu tak boleh dibuat dlm sekelip mata. Takkan hr ni berangan-rangan nak dok rumah dgn anak-anak, esok terus hantar resignation letter n after 24-h terus berenti. Mana boleh kan!! Eh tp boleh je klu dah betul-betul ready. Especially dr segi kewangan la kannnn. Hehehe kalau la husband i jutawannnnn. Eh eh insyaAllah bakal jutawan tak lama lg (hee kata itu kan doa..so jom cakap yg baik-baik kan). So berbalik kpd persediaan nak resign tu kan, haaa masa tu sy dan husband start la buat kira-kira ok tak kalau sy berenti keje n duduk rumah dgn anak-anak sambil berbisnes. Masa tu dah rasa ok kot kalau sy berenti dan focus pd bisnes dan anak-anak. Tp..disebabkan commitment keje yg tak sudah-sudah, yg memerlukan sy utk bertahan n tak berenti lg (hahaha ayat sedikit poyo di sini), terpaksa la sy peramkan sekejap impian sy tu. Even ku peram impian tu, tp impian tetap impian. Tiap hari tgk muka anak-anak, membuak-buak perasaan nak selalu ada dgn diorang tu datang.

Nak dijadikan cerita, bulan Oct 2013, husband sy dpt offer keje kat Kulim, Kedah. Masa tu rasa mcm "ok..mungkin ni masanya". If husband sy terima job offer tu, ofcoz la kami sekeluarga kena relocate ke Kedah. So, sy kena la berenti keja kannn. Dah alang-alang akan berenti keje maka boleh la realisasikan impian nak bergelar WAHM tu. And YES, Alhamdulillah, sejak berpindah ke Kulim, sejak Nov tahun lepas (Nov 2013) sy bergelar fulltime housewife yg berbisnes dr rumah, atau dgn nama glamernye WAHM.

Work at Home Momma!~

Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah. Perasaan berWAHM ni mmg tersangatlah indah. Jemput baca entry ni --> Ada Apa Dengan BerWAHM

N since bergelar WAHM ni rasanya belum lg pernah mintak duit kt en.husband. Hehe kalau keluar makan kat luar, masing-masing berebut nak bayarkan. Sy nak belanja dia, dia nak belanja sy. Alhamdulillah. Siapa kata susah nak keje dr rumah ni? Senang kalau kena cara.


xoxo
Zinneerah Ahmad Zamil
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR/
PENGEDAR SAH SHAKLEE
Kulim, Kedah/ Pulau Pinang/ Seremban, Negeri Sembilan/ Kuala Lumpur

018-2037804


Monday, September 29, 2014

Diving Itu Sangat Funnnn!

Punya lama tak berblog. Nasib Timehop remind kan pasal Tulamben. Apa tu Timehop? Hee..sejenis android app yg sangat best. So, sila install ye~

Timehop mengimbau fb post 3 tahun yang lepas. Best tau Timehop ni. Sbb tu sy suruh install. Install tau! :)


Tulamben adalah tempat kedua sy dan en.husband dive. Tempat pertama adalah di Nusa Dua. Kedua-dua tempat ni terletak di Bali. Percaya lah, diving sangat menyeronokkan. Addictive!

Mawar Kuning Dive & Marine Sport, Tanjung Benoa, Nusa Dua

Pertama kali ke Bali adalah masa honeymoon dulu. November 2009. Masa tu mmg dah cakap dengan en.husband, if kita ke Bali, sy memang nak sangat sangat sangat dive dalam laut. Tak kesah la pandai berenang ke tak pandai berenang. Hehehehe kenapa cakap macam tu? ehheee sebabnya sy mmg tak pandai berenang (setakat apungkan badan facing langit tu boleh la..itu pun sy dah habis bangga..hahahaha..sila insaf wahai cik zinn, pegi la belajar berenang!). Tp kan, kat Bali ni even tak pandai berenang pun tetap boleh dive tau. Ofcoz la akan ada Divemaster yang guide and teman kita.

Pengalaman pertama kami suami isteri dive adalah di Tanjung Benoa, Nusa Dua. Tempat ni sangat tenang, sangat cantik!

Sebelum dive, Divemaster akan ajar beberapa perkara penting yang kita perlu tahu. So jangan risau, first timer mmg la tak tau pape, tp segalanya akan dibrief oleh Divemaster. Secara ringkasnya, kami diajar penggunaan peralatan diving serta asas menyelam. Antara asas diving yang diterangkan oleh Divemaster adalah:
  • Konsep apungan badan dalam air
  • Teknik pernafasan yang betul
  • Teknik membuang air di dalam goggle (kalau air masuk dalam goggle masa dive)
  • Teknik mengimbangkan badan di dalam air
  • Isyarat tangan
  • Cara mengurangkan tekanan pada telinga (semakin dalam kita menyelam, semakin tinggi tindakan tekanan yang boleh dirasai especially oleh telinga kita)
  • dan banyak lagi (tp buat masa ni, ni yg saya ingat..nanti sy try recall balik apa lagi yang diajar oleh Divemaster)

Normally, kalau kita ambil pakej untuk dive, kita akan diberikan 2 sesi selaman. Sesi pertama untuk yang pertama kali nak dive adalah lebih relax, sesi kedua biasanya lebih mencabar. Masa kat Tajung Benoa, Nusa Dua, if tak silap, untuk sesi pertama kitorang dibawa dive di kawasan yg kedalamannya adalah 12m manakala sesi kedua di kawasan yang kedalamannya hampir mencecah 20m (naik bot dari pantai then dah sampai kat tempat yang nak menyelam tu turun la sendiri dari bot).

Air laut dia sangat biru..cantik!~

Honeymoon kaannnnn..so harus la wefie (we+selfie) banyak-banyak ;)

Pengalaman kedua kami menyelam adalah di Tulamben, Bali (i ulang balik..tadi dah sebut). Pada tahun September, 2011. Pengalaman di Tulamben sangat berbeza dengan pengalaman di Tanjung Benoa, Nusa Dua. Yang bestnya kat Tulamben ada kapal karam. So kita boleh menyelam sekitar kapal karam yang telah ditumbuhi dengan pelbagai species terumbu karang yg sangat cantik. Kedalaman kapal karam ni adalah mencecah 30m daripada permukaan laut. So, pengalaman kedua ni, kami berjaya dive pada kedalaman yg lebih dalam. Antara hidupan laut yang terdapat kat kawasan ni adalah barracuda, groupers, blue spotted sting rays, bumphead parrot fish, n macam-macam jenis coral reef. Teringat lagi, siap kena sengat dengan api-api, sejenis species terumbu karang kat situ. Memang menyengat dan memarutkan, tapi tak lama lepas tu parut tersebut pun hilang.


On the way ke Tulamben.

Sebelum dive. Masa ni Aufa dah ada. So, haruslah bawak beliau.

Manjaboy mama, Aakif, time ni belum ada lagi.

Start turun laut. Kat Tulamben ni, memang tak naik bot. Tak macam kat Tanjung Benoa, Nusa Dua. 

Otw balik ke hotel. Mama & Aufa. Selfie seround!~

Diving seriously sangat fun. Rasa macam berada di dunia yang berbeza dari dunia biasa kita. Rasa sangat kagum dengan ciptaan Allah yang sangat cantik (banyak betul penggunaan perkataan sangat di sini). Perasaan berada dalam air pada kedalaman yang sangat dalam (bagi sy dalam laa..hehe) sangat mendamaikan n menenangkan jiwa. Memang kalau dah cuba sekali akan terus nak cuba lagi. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki memang nak sangat enroll PADI Dive Courses. Teringin sangat-sangat nak ada diving license. If dapat Open Water Diving License pun dah hepi sangat-sangat. Tp apa-apa pun sila belajar berenang dulu ye cik zinnnnnnn. Jangan buat-buat lupa yang anda tu tak pandai berenang! hahahahahaha~

Thursday, February 6, 2014

Agagagagagaga Gunung Jerai yg Sejuk!

Makan angin lagi..eheee ofcoz laa seronok kannnnn...

Kali ni en.husband bwk jalan2 naik Gunung Jerai lagi..ehee ni dh masuk 2nd time kitorang naik Gunung Jerai..naik dgn kereta je..tak larat kot nak hiking dgn kaki sambil kendong anak2..hehehe

Serious seronok Gunung Jerai ni..tak sangka sgt cantik pemandangan atas gunung nih..dari atas boleh nampak pemandangan sawah padi yg sungguh luas..cantik sangat!!gambar mmg tak banyak sangat sebabnya naik pun time matahari dh nak terbenam..n bila dah jadi mummy of 2 ni kekadang selalu lupa nak snap2 gambar yg sepatutnya disnap..insyaAllah nnti if pegi lagi wajib snap banyak banyaakkkkkk gamba  upload kt blog nih..

Yang syok nye kt Gunung Jerai ni adalah udaranya saaangaaat nyaman..n bila dh petang, dh menghampiri senja, mmg sejuk nyaman betul..mmg perlu bawak sweater okie..if takmau bawak sweater then standby lah dgn shawl ke..so boleh la wrap2 bila sejuk2..

Okie..jom layan beberapa gamba yg sempat kitorang snap hari tuh..


En. Husband and lil Aakif..punye happy la si tecik ni


Mama and adik Aakif..tgk sunset kt belakang..Subhanallah..sgt cantik!~ 


Since kakak Aufa SANGAT suka PINK..so mama snap gamba ni berlatarbelakangkan bunga2 pink2..alaaahhaaii anak-anak mama ni~ ^^,


Kakak Aufa sgt suka bunga2..gamba beliau sedang berdrama dgn bunga..ehehe.."habis hati la tu~"


alalalalalalalalalalahaaiiiiiii




^_~

Saturday, December 14, 2013

Introducing..Aufa & Aakif

Introducing..

Aufa binti Adli

the 'kakak'


n

Aakif bin Adli

the 'adik'