Wednesday, February 25, 2015

Minyak Bawang Putih Bakar untuk Hilangkah Masalah Selsema

Bila anak2 selsema, mmg si ibu takkan senang duduk kan. Tido pun ala-ala tak lena. Lagi lagi klu yg selsema tu anak kecik..baby..kesian sangat kannnn. Beberapa bulan lepas, anak kedua sy, Aakif, selsema. Nak kata teruk tak la teruk sgt selsema nya, tp tersumbat-sumbat jugak la hidung dia time malam masa tgh tido. Paling kesian bila dia terjaga nak breastfeed punya la susah nak breastfeed betul-betul..nampak sangat tak selesa sebab hidung asyik tersumbat. Ofcoz la susah kan nak breastfeed dlm keadaan pernafasan tersekat-sekat dek hidung tersumbat tu. Kesian. Hati ibu mana yang tak tersentuh kann..anak sendiri! Sebab tu bila anak tak sihat, ibu pun susah nak tidur lena..sebab risaukan kesihatan anak.

Sebelum-sebelum ni klu anak-anak sy selsema, sy akan cepat-cepat bagi NutriFeron..n kerap2 buat steaming n cupping. Mmg NutriFeron + steaming + cupping sangat membantu. Normally dalam 3-4 hari je dah leh nampak anak-anak dah ok, sembuh sepenuhnya drpd masalah selsema tu. Tp since NutriFeron sekarang ni out of stock 1 Malaysia, sy terpaksa la cari cara lain. Natural remedy adalah keutamaan sy. Mmg kalau boleh, ubat adalah pilihan terakhir. So fikir punya fikir, teringat petua orang dolu-dolu pasal minyak bawang putih bakar ni. Plus, after sembang dgn kawan-kawan rapat pasal hal selsema especially pd kanak-kanak ni, ramai yg suggest buat minyak bawang putih bakar. Maka, dengan excited nya sy pun try la buat.

N surprisingly..minyak ni mujarab! Ofcoz dgn izin Allah swt. Dia membenarkan khasiat bawang putih ni menyembuhkan masalah selsema pada anak saya dalam tempoh masa tak sampai seminggu. Alhamdulillah. Syukur sgt sgt. Since ramai yg tanya pd sy mcm mana cara untuk prepare minyak bawang putih bakar ni, maka saya tuliskan cara-caranya dalam entry kali ni. Moga perkongsian ni bermanfaat kpd pembaca-pembaca sekalian.

Haaa daripada fb post sy ni la ramai yg start pm tanya macam mana nk buat minyak bawang putih ni ;)


CARA PENGHASILAN MINYAK BAWANG PUTIH BAKAR

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Bawang putih 
  • Minyak zaitun
  • Batu lesung
  • Penapis

Bawang putih - dalam 4-5 ulas bawang putih (tak perlu kupas kulit dia)
Minyak zaitun/ olive oil. Sy guna brand Naturel. Brand apa-apa pun boleh. If takde olive oil, minyak masak pun ok



 Lesung batu utk lumatkan bawang putih yang dah dibakar


Penapis

Cara-cara menghasilkan minyak bawang putih bakar:

  1. Bakar bawang putih di atas api sehingga masak (bakar sehingga kulit bawang putih tu bertukar sedikit kehitaman..tp jangan sampai rentung pulak..hitam sikit-sikit takpe).
  2. Tumbuk bawang putih tersebut sehingga lumat/ separa lumat dgn menggunakan lesung batu (masa tumbuk tu boleh la buang kulit bawang putih tu..if nak kupas siap-siap sebelum tumbuk pun boleh..takde masalah).
  3. Setelah bawang putih tu lumat/ separa lumat, masukkan minyak zaitun. Kuantiti minyak zaitun tu agak-agak je la ye (mungkin untuk 4-5 ulas bawang putih, kuantiti minyak zaitun adalah antara 5-6 sudu besar..if kurang sila tambah lagi). Then kacau sebati supaya minyak tu mesra dgn bawang putih yg telah dibakar.
  4. Kemudian tapis minyak tersebut menggunakan penapis. If taknak tapis pun takpe tp besar kemungkinan anak-anak akan rasa geli-geli sikit bila cebisan halus bawang putih tu melekat-lekat kt kulit diorang (hehe ini mmg pengalaman sy..sbb tu sy suka tapis).
  5. Then, boleh la sapu minyak bawang putih bakar ni pada tapak kaki, belakang badan, dada, dan pada batang hidung anak-anak. Owh after lumurkan pada tapak kaki tu boleh terus pakaikan stokin. InsyaAllah akan lebih membantu. Bukan sahaja mengurangkan masalah hidung tersumbat, tp turut membantu anak tido dgn lebih nyenyak. Selesa mungkin. InsyaAllah membantu mempercepatkan tempoh penyembuhan anak-anak anda drpd selsema.

Alhamdulillah..tido lena after mama lumurkan minyak bawang putih bakar

N bangun pun Alhamdulillah lebih ceria :) (heee obviously dua gambar ni bukan hari yang sama sbb baju tido lain kannn..hehe)

So, kepada yg mencari solusi semulajadi kpd masalah selsema anak, boleh try buat minyak ni ye. Selamat mencuba!~

No comments:

Post a Comment