Wednesday, April 8, 2015

Resipi Black Pepper Roasted Chicken & Ayam Percik yang Senang Amat

Beberapa bulan lepas,  tetiba je datang angin nak menerai (men+try) panggang ayam guna oven. Sebelum ni memang tak pernah kot panggang memanggang ayam sendiri guna oven. Setakat grill atas arang time berbbq tu penah la..tapi kalau guna oven kat dapur mmg belum pernah. So, disebabkan semangat berkobar-kobar untuk sediakan hidangan yang sihat untuk keluarga (ececece) dan menyahut seruan masak cara kukus-grill-panggang, maka dengan gigihnya sy try la panggang ayam sendiri dalam dapur sempoi ku. Tapi tak la gigih mana pun nak grill ayam ni tau. Senang sangat sangat. First time buat pun dah sangat menjadi. So minggu pertama cuba memanggang tu memang boleh dikatakan hari-hari jugak la sy bakar ayam guna oven. Sebab serious sangat senang!

Ini adalah janji sy kannnnn. Share resipi kedua-dua menu sempoi ni; Black Pepper Roasted Chicken & Ayam Percik. 


RESIPI BLACK PEPPER ROASTED CHICKEN

Black Pepper Roasted Chicken yg betul-betul baru keluar daripada oven..memang semerbak bau roasted chicken satu rumah!


Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam 
  • 3 ulas bawang putih)*
  • 1/2 inci halia*
  • 2 sudu besar lada hitam* (kalau suka lebih boleh tambah)
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil gula 
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (if takde minyak zaitun, minyak masak pun boleh)

Cara-cara memasak:
  1. Basuh ayam bersih bersih. Kemudian keringkan sikit ayam tu dengan menggunakan kitchen tissue (kita tak mau ayam tu basah sangat tau, sebab nanti dia tak berapa nak garing).
  2. Tumbuk separa lumat bahan-bahan yang bertanda *, campurkan sos lada hitam, sos tiram, madu, gula serta garam. Kacau sebati. Lumurkan pada ayam.
  3. Tuang sedikit minyak zaitun (olive oil), ratakan pada ayam.
  4. Perap sebentar (~5-10 minit).
  5. Bakar dalam oven yang bersuhu 200'C untuk 30 minit pertama (api atas bawah ye), kemudian naikkan suhu kepada 250'C dan teruskan membakar utk tempoh masa 10-20 minit (bergantung kepada saiz ayam n jenis oven jugak tau..so pandai-pandai la check dr masa ke masa..agak-agak sampai nampak golden cantik tu kira dah masak la ye).

Ni rupa ayam yang telah diratakan dengan bahan-bahan marinade. Perap sekejap ye sebelum bakar dalam oven.

Tinjau kejap..hehe ok..sikit je lagi nak masak sempurna. Bagi dia golden sikit lagi. Nyumnyumnyummm!

Taraaaaaaaaa! ok dah boleh santap dah ni!~

Hidangkan cantik cantik dengan side dish pilihan hati..ni antara yang sy sempat snap hari tu.

Nanti cuba tau! insyaAllah sedap..eheeee ;)

Ha..senang kannnn? Sangat senang! Antara reason lain yang buat sy suka sangat grill ayam ni selain daripada resipi n caranya yang sangat mudah, dapur insyaAllah dijamin tak bersepah tau. Syok betul! Heee ^_~ 

Ok ok..resipi seterusnya...



RESIPI AYAM PERCIK


Ayam percik sempoi..tak sangka betul berjaya buat sesedap ayam percik ayamas! sukaaaa 

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 biji bawang besar* (saiz sederhana)
  • 3-4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • Sebatang serai*
  • 2 sudu besar cili kisar/ 2-3 tangkai cili kering*
  • 3 sudu besar madu (sila adjust mengikut kemanisan yg korang suka ye)
  • 1 sudu kecil gula (sila adjust mengikut kemanisan yg korang suka ye)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (if takde minyak zaitun, minyak masak pun boleh)

Cara-cara memasak:
  1. Basuh ayam bersih bersih. Kemudian keringkan sikit ayam tu dengan menggunakan kitchen tissue (kita tak mau ayam tu basah sangat tau, sebab nanti dia tak berapa nak garing).
  2. Kisar lumat kesemua bahan-bahan yang bertanda *, campurkan madu, gula, garam serta serbuk kunyit. Kacau sebati. Lumur pada ayam.
  3. Tuang sedikit minyak zaitun (olive oil), ratakan pada ayam.
  4. Perap sebentar (~5-10 minit)
  5. Bakar dalam oven yang bersuhu 200'C untuk 30 minit pertama (api atas bawah ye), kemudian naikkan suhu kepada 250'C dan teruskan membakar utk tempoh masa 10-20 minit (bergantung kepada saiz ayam n jenis oven jugak tau..so pandai-pandai la check dr masa ke masa..agak-agak sampai nampak golden cantik tu kira dah masak la ye).

Ni la hasilnya..bila dah disusun comei comei dalam pinggan. Errrrr tp comei ke? hihihi
Yang ni version ayam yang dipotong kecik-kecik.

Bismillahirrahmanirrahim.....

Senangkan cara nak sediakan kedua-dua menu ni? Sangat senang! Perut sy terus bergendang-gendang comel bila tengok gambar-gambar ni. Terus rasa nak bakar ayam esok. Hehehe. 

Owhhh beza yang paling ketara antara kedua-dua resipi ni adalah yang Black Pepper Roasted Chicken tu ada black pepper (lada hitam) dan kurang manis berbanding Ayam Percik. Ayam Percik kan memang manis-manis sikit rasa dia. Tp korang semua boleh adjust kemanisan or rasa kedua-dua resipi ni ikut sitarasa korang ye~

Orait korang..selamat mencuba! InsyaAllah sedap~ ;)

9 comments:

  1. Wahhh macam best je , nanti nak cuba buat .. Thx for the recipe ☺️

    ReplyDelete
  2. Harini nk buat..thx for the recipe👍👍👍

    ReplyDelete
  3. Esok sy nak cuba..lama da nak try panggang ayam ni tp tak jadi2...

    ReplyDelete
  4. Esok sy nak cuba..lama da nak try panggang ayam ni tp tak jadi2...

    ReplyDelete
  5. Tgh buat ni...xtau apa rasa jadi ker xjadi...hahahaha😄😄

    ReplyDelete
  6. Asaalam..tgh cuba resepi sis nie..harap menjadi..terima kasih sis😍

    ReplyDelete
  7. Sedap resipi nie..dah 2 kali buat..menjadi..besok nk buat aya. Percik pulk..tq resipi yg ringkas..

    ReplyDelete