Sunday, February 23, 2014

Pengendalian 'Expressed Breast Milk (EBM)'

Alhamdulillah..hepi sgt tgk ramai betul mummy2 kat luar sana yg prefer utk breastfeed (bf) anak masing2. Teringat dulu2 beberapa bln sebelum melahirkan Aufa, cik anak sulungku~..sungguh2 dgn excitednya sy n husband attend antenatal class utk belajar mcm2 ilmu pengurusan bayi. Seronok tau antenatal class ni! So preggymummies, especially yg 1st time pregnant, sila la pegi jugak ye. Ajak husband pegi sekali. InsyaAllah sgt byk yg korang akn belajar tau.

Owhh enough pasal antenatal class..sebabnya entry ni sy nak share sikit maklumat berkenaan pengendalian 'expressed breast milk'. Since lately ni ramai yg bertanya, so hopefully perkongsian ni mampu memberi manfaat kpd yg membaca ye.

Bagi ibu2 yg bekerjaya, jgn risau. Niat korang nak menyusukan anak korang sehingga baby korang berusia 6 bulan atau sehingga genap 2 tahun, masih boleh diteruskan dgn jayanya even korang bekerja. Since nanti masa kita dh tak boleh nak direct feed anak kita kan, maka option terbaik adalah dgn memberi ebm. So nak bg ebm ofcoz lah perlu perah (pam) dulu kannn~ 

Buat pengetahuan korang, susu ibu mengandungi sel2 hidup. Oleh sebab  itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul bagi memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama, tetapi dgn syarat perlu dikendaliakan dengan kaedah yg betul.


ISTILAH-ISTILAH SUSU PERAHAN

Owh..sebelum tu, jom kita biasakan diri dgn beberapa istilah yg digunapakai pada susu yg telah diperah (ebm). Istilah2 nya adalah:

▪ EBM = Expressed Breast Milk
▪ Fresh EBM = Susu yg baru diperah
▪ Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). Chilled EBM akan membentuk dua lapisan (ia bukan basi)
▪ Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku


BEKAS PENYIMPANAN SUSU IBU YANG SESUAI

Terdapat beberapa bekas penyimpanan yg sesuai digunakan utk menyimpan susu yg telah diperah, antaranya adalah:

▪ Bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
▪ Bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
▪ Breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
▪ Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. 


MAKLUMAT PENTING PADA BEKAS PENYIMPANAN SUSU IBU

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas dilebel/ ditandakan dengan maklumat2 seperti berikut:.

▪ Tarikh Perahan - membantu kita untuk tahu ebm mana yang perlu digunakan dahulu.
▪ Waktu perahan - membantu kita untuk menghabiskan ebm yang mana dahulu.
▪ Kuantiti susu yang diperah - membantu kita mengetahui samada setiap pack ebm mencukupi atau tidak bagi sekali feeding.
▪ Nama Bayi - untuk mengelak tertukar ebm di rumah babysitter/ nursery, lebih-lebih lagi kalau ramai ibu2 lain turut member susu ibu kepada anak2 mereka.

**Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.


TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK:
▪ Jika bilik tidak ber'aircond' (25 ºC - 37 ºC), disarankan tidak lebih dr 4 jam.
▪ Jika bilik ber'aircond' (15 ºC - 25 ºC), mampu bertahan antara 6-8 jam.
Catatan: Suhu di atas harus stabil, cth bilik ber'aircond' tidak di'off'kan spjg botol yg mengandungi ebm ada di dalam bilik tersebut.


FRIDGE/ FREEZER:
1) Bahagian beku:
- Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu.
- Peti Sejuk (2 pintu) - bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan.

2) Pintu bawah (rak paling atas) (2 °C- 4 °C):
- Sebelum dibekukan - 3-5 hari (menjelang hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku).
- Selepas dibekukan, kemudian diturunkan ke bahagian chiller - 24 jam.

3) Deep freezer
- Normal deep freezer - tahan antara 6 bulan.
- Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.


BEKAS PENYEJUK/ COOLER BAG:
- Cooler bag/ box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam.


PERINGATAN:
- Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula.
- Susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula.


TIPS DAN CARA PENYIMPANAN

1) Di pejabat:
- Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi).
- Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais.

2) Di rumah
- Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk (chiller) dan sedikit sahaja di bahagian beku (freezer).
- Susu yg disimpan di bahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
- Susu yg disimpan di bahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu (frozen ebm).

Contoh:
Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.


JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

- Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk akan menyebabka suhu di kawasan tersebut adalah tidak stabil). Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
- Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan jisim berlaku, semasa proses pembekuan.

No comments:

Post a Comment