Memerah dengan Menggunakan Tangan
- Memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran.
- Basuh tangan dengan bersih sebelum memerah.
- Sediakan bekas yang bersih dan steril.
- Lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa.
- Boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa.
- Buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/ gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex).
- Melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks.
- Tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu - buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan).
- Tekan payudara ke belakang ke arah dada.
- Perah/ picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan.
- Teruskan memicit sehingga susu keluar.
- Perah ke dalam bekas yang bersih dan steril.
- Buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar.
- Tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut).
- Ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu.
- Tukar ke payudara yang satu lagi.
- Urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi.
- Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir.
- Setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara.
Memerah dengan Menggunakan Pam
Baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
- Basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam.
- Basuh tangan dengan bersih.
- Duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa.
- Rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex).
- Posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield.
- Mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/ bateri).
- Boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan.
- Pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir.
- Masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu).
Panduan-panduan Lain
- Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan.
- Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex).
- Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan.
- Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump.
- Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (mimic baby' s suction).
- Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg).
- Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu.
- Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi.
No comments:
Post a Comment