Tuesday, October 28, 2014

Detik Itu

Mengimbau semula detik sy nekad memasang cita-cita utk serious realisasikan impian sy bergelar WAHM (Work at Home Momma)..

Pada 06/06/2013, genap 15 hari umur Aakif, maknanya masa hari ke-15 sy berpantang, tgh lepak minum kopi kat Low Yatt, Bukit Bintang (ohoii pantang lg kot dh jenjalan?hahaha jalan-jalan je i tak pantang, yg lain Alhamdulillah berjaya pantang dgn baik..sila jgn tiru mcm sy tau!)..detik tu sy tenung dalam-dalam wajah Aakif n Aufa. Masa tu nekad sangat nak cepat-cepat bergelar WAHM.

06/06/2013. Low Yatt Plaza, Bukit Bintang. Aufa (kanan) & Aakif (kiri).

Membuak-buak perasaan nak duduk rumah dgn anak-anak. Nak jaga diorang dari pagi sampai malam. Nak tgk diorang membesar depan mata.

Alhamdulillah dilorongkan dgn baik oleh Allah swt. Dia sebaik-baik perancang kannn. Memang sebelum tu lg dah berbisnes Shaklee secara part-time. Ye la, time tu fulltime as Lecturer kat SEGi KL. Bila digerakkan hati tu memang rasa membuak-buak utk realisasikan impian. Tp ofcoz keputusan tu tak boleh dibuat dlm sekelip mata. Takkan hr ni berangan-rangan nak dok rumah dgn anak-anak, esok terus hantar resignation letter n after 24-h terus berenti. Mana boleh kan!! Eh tp boleh je klu dah betul-betul ready. Especially dr segi kewangan la kannnn. Hehehe kalau la husband i jutawannnnn. Eh eh insyaAllah bakal jutawan tak lama lg (hee kata itu kan doa..so jom cakap yg baik-baik kan). So berbalik kpd persediaan nak resign tu kan, haaa masa tu sy dan husband start la buat kira-kira ok tak kalau sy berenti keje n duduk rumah dgn anak-anak sambil berbisnes. Masa tu dah rasa ok kot kalau sy berenti dan focus pd bisnes dan anak-anak. Tp..disebabkan commitment keje yg tak sudah-sudah, yg memerlukan sy utk bertahan n tak berenti lg (hahaha ayat sedikit poyo di sini), terpaksa la sy peramkan sekejap impian sy tu. Even ku peram impian tu, tp impian tetap impian. Tiap hari tgk muka anak-anak, membuak-buak perasaan nak selalu ada dgn diorang tu datang.

Nak dijadikan cerita, bulan Oct 2013, husband sy dpt offer keje kat Kulim, Kedah. Masa tu rasa mcm "ok..mungkin ni masanya". If husband sy terima job offer tu, ofcoz la kami sekeluarga kena relocate ke Kedah. So, sy kena la berenti keja kannn. Dah alang-alang akan berenti keje maka boleh la realisasikan impian nak bergelar WAHM tu. And YES, Alhamdulillah, sejak berpindah ke Kulim, sejak Nov tahun lepas (Nov 2013) sy bergelar fulltime housewife yg berbisnes dr rumah, atau dgn nama glamernye WAHM.

Work at Home Momma!~

Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah. Perasaan berWAHM ni mmg tersangatlah indah. Jemput baca entry ni --> Ada Apa Dengan BerWAHM

N since bergelar WAHM ni rasanya belum lg pernah mintak duit kt en.husband. Hehe kalau keluar makan kat luar, masing-masing berebut nak bayarkan. Sy nak belanja dia, dia nak belanja sy. Alhamdulillah. Siapa kata susah nak keje dr rumah ni? Senang kalau kena cara.


xoxo
Zinneerah Ahmad Zamil
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR/
PENGEDAR SAH SHAKLEE
Kulim, Kedah/ Pulau Pinang/ Seremban, Negeri Sembilan/ Kuala Lumpur

018-2037804


No comments:

Post a Comment