Bila sebut je detox drink, ramai yg akan terus associate kan dengan penurunan berat badan. Menurut beberapa article yg sy baca sebelum-sebelum ni, detox drink dikatakan mampu membantu seseorang itu untuk menurunkan berat badan secara sihat dan semulajadi. Dalam usaha untuk menurunkan berat badan, proses detox adalah antara yang penting. Detoxification atau cleansing process ni bertujuan untk menyingkirkan toksin-toksin merbahaya serta radikal-radikal bebas yg sedia terkumpul dalam badan kita supaya pembakaran lemak boleh berlaku dengan lebih efficient serta metabolism tubuh kita mampu ditingkatkan. So, lebih cepat lah penurunan berat badan berlaku. Tp, jgn pulak buat-buat lupa, syarat utama untuk turunkan berat badan secara sihat adalah dengan memastikan diet harian kita adalah sentiasa seimbang n disertakan dengan right amount of exercise (aktiviti fizikal).
Kalau kat negara-negara barat, detox drink ni tersangat lah femes bagi mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan. Antara yang awal memperkenalkan detox drink ni pada umum adalah Kim Lynos, pelatih selebriti dalam program kecergasan The Biggest Loser (musim ketiga). Tetapi, dipercayai keistimewaan detox drink ni pertama kali diperkenalkan oleh Ann Louise Gittleman menerusi hasil penulisan belian, Two-Week Fat Flush, yg telah diterbitkan 25 tahun yang lalu. Dah lama sebenarnya rahsia detox drink ni dikenalpasti..n ramai artis-artis Hollywood yang amalkan minuman detox ni dalam diet harian diorang. So, jom kita tiru jom! Benda yang baik kannnnn~
Since detox drink ni tersangat lah senang untuk disediakan, murah pulak tu bahan-bahannya, 100% natural, plus baik untuk kesihatan kita (dan menguruskan badannnn..point paling penting nih..hehe), maka moh lah kita buat secara berjemaah!
Antara yg sesuai dijadikan bahan utama detox drink ni adalah buah-buahan citrus (lemon, limau, orange), apple, timun, daun pudina, apple cider vinegar, dan banyak lagi. Utk dapatkan pelbagai contoh resipi termasuk dengan kelebihan setiap resipi detox drink ni, boleh refer kat sini.
Detox drink yang biasa sy buat adalah:
- Lemon + orange + apple hijau + apple cider vinegar
- Lemon + timun + daun pudina + apple cider vinegar
- Lemon + green tea
Cara-caranya adalah:
Lemon + Orange + Apple Hijau + Apple Cider Vinegar
- Hiriskan 1/2 biji lemon, 1 biji orange dan 1 biji apple hijau.
- Isikan botol air dengan air kosong (sy isikan di dalam botol 2L).
- Masukkan ke semua hirisan buah-buahan tadi.
- Simpan di dalam fridge semalaman (8 jam pun dah ok).
- Bila nak minum, mix kan dengan 1 sudu kecil apple cider vinegar (1 cawan detox drink + 1 sudu kecil apple cider vinegar).
- Hiriskan 1 biji lemon dan 1/2 biji timun.
- Isikan botol air dengan air kosong (sy isikan di dalam botol 2L).
- Masukkan ke semua hirisan lemon dan timun tadi.
- Masukkan 8-10 helai daun pudina.
- Simpan di dalam fridge semalaman (8 jam pun dah ok).
- Bila nak minum, mix kan dengan 1 sudu kecil apple cider vinegar (1 cawan detox drink + 1 sudu kecil apple cider vinegar).
Botol kiri: lemon + orange + apple hijau & botol kanan: lemon + timun + daun pudina |
Ni adalah apple cider vinegar yg sy gunakan. Ada macam-macam brand apple cider kat pasaran, pilih je yg mana yg berkenan di hati |
Lemon + Green Tea
- Rendamkan 1 uncang green tea dalam segelas air panas
- Masukkan 2 hiris lemon
- Tak perlu biar semalaman dalam fridge. Boleh minum immediately selepas disediakan.
Gambar ni i google je..hirisan lemon tu letak dalam air teh hijau tu ye..bukan kt tepi cawan semata-mata!hehe |
Buah-buahan citrus seperti lemon dan orange dipercayai mampu mebantu mempercepatkan pencairan lemak terutama pada bahagian abdomen serta mampu menyingkirkan bahan-bahan toksin yang terkumpul di dalam tubuh. Apple cider vinegar mampu meningkatkan kadar metabolisma tubuh, sekaligus membantu tubuh membakar lebih kalori. Apple cider juga dipercayai baik untuk penghadaman, baik untuk menyingkirkan toksin-toksin serta mampu mengawal selera makan. Hmmmm menarikkan! Green tea mmg dari dulu lagi dipercayai mampu membantu dlm proses nak selim-melimkan badan. Kandungan catechins (sejenis phytochemical) yang ada di dalam green tea mampu meningkatkan kadar metabolisma tubuh secara tidak langsung membantu pembakaran lemak dengan kadar yang lebih cepat.
Haaaaa tergoda kan nak try?
Sila cuba tau.
Owhhh lupa pulak nak bgtau rasa tiap satu detox drink yg sy dah penah buat. Rasa dia tak la masam sangat. Bagi saya rasa dia sedap n freshing!! Bila masuk je dalam mulut lalu kat tekak tu rasa sgt segar. Badan pun rasa sejuk after minum detox drink ni. Bagi yang tak suka rasa apple cider vinegar yg agak kuat, boleh je if tak nak campur dgn apple cider tu. Tp apple cider ni mmg banyak khasiat yg best-best. Alaaa bila dah campur dgn apple cider baru la kick detox drink kita nih..masam-masam menyenyat gitteww. Hehehe :)
sis..berminat nk try detox water..tp xde la vin.apple nk tmbah skali dlm detox water tu..xpe ke??menjadi ke detox water sy??
ReplyDeleteif takde apple cider vinegar tu takpe je kalau tak tambah dalam detox drink awk..klu ada tu lagi bagus..sori..lambat sgt sy reply ;)
Deletehi..nk tnye...buah2an tu perlu perah or just letak je...tq
ReplyDeletehi..nk tnye...buah2an tu perlu perah or just letak je...tq
ReplyDeleteLetak je hirisan tu kak. Ehehe tolong jawabkan
DeleteThanks zahirahzulkhairul tlg jawabkan..heeee ;)
Deletebetul tu..tak perlu perah..just masukkan je hirisan buah2an tu kt dlm air kosong..then simpan dalam fridge ;) selamat mencuba!~
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletekalau nk perah boleh x?
Deletepahit x? sbb yg sy buat tu rasa pahit..mmg camtu ke?
ReplyDeletekna consume byk mna and brapa kali sehari?
ReplyDeleteHellooo... sis, klu minuman tu hbs diminum blh x hirisan2 tu diguna semula?hihii..
ReplyDeletenak tanya.. rasa pahit x? sy buat rasa pahit. takjadi ke ye?
ReplyDeleteSaya pun buat pun pahit..x lalu nak minum..ade yg kata kena buang biji
ReplyDeleteTringin nk buat gak...tp rmai kwn2 ofis yg x sy knali amalkn n nmpk prubahan...so y not sy lak try kan...
ReplyDeleteTapi bahaya jugak kalau kerap sangat minum air campuran lemon apple hijau dan sbg sebab dia mengandungi acid yang tinggi & menyebabkan gastrik
ReplyDelete