Sunday, October 26, 2014

Pagi, Petang, Siang, Malam Aufa Berplaydoh

Dari Jumaat lepas sampai la ke hari ni, Aufa mmg tak jemu-jemu dok lenyek play dough dia. Hehehe rasa berbaloi sangat buatkan homemade paly dough tu untuk dia. Aakif pun sama. Beriya dia join kakak dia buat itu buat ini dgn play dough tu. Haa bagi yg still tercari-cari resipi ntuk buat play dough boleh tgk kt sini eh --> 'dough of fun's recipe

Yang bestnya bila Aufa n Aakif ghalit main play dough ni, mama boleh la buat keje dengan aman. Makan pun boleh makan slow-slow aman damai n tak tercekik-cekik. Hahahaha kalau tak hmmm paham-paham je la. Hari tu pun after dah siapkan play dough, Aufa request utk bawak play dough ni pegi umah popoh n yan (tok and tokwan) dia. Mmg ptg tu kitorang plan nak lepak-lepak umah popoh n yan dia. Malam tu pun mmg tido sana. So demi memenuhi hasrat cik Aufa ni, maka mamanya pun angkut la segala play dough rollers n cutters dia, meja lipat dia, apron dia, menan masak-masak dia..hehehe semua la yang berkaitan dengan play dough ni. Punya hepi la dia! Sampai sampai je umah popoh n yan, beliau terus bukak meja, pakai apron n start la buat itu buat ini dengan play dough dia. Since Aakif suka join main sama-sama dengan kakak dia, so lagi la senang. Mama leh tolong-tolong popoh Aufa kt dapur dengan begitu tenteram sekali!hehe

Ofcoz mama n abah malam tu boleh dinner dengan begitu tenang. Biar je diorang create itu ini dengan dough tu, sambil sambil nyuap mulut sorang-sorang makan nasik. Berjam-jam main pun dia tak boring..hehehe

"Aufa nak buat kuih raya ni mama~"

Tgk yg boboy ni pun sama-sama bz uols

Spaghetti!

Taraaaa! spaghetti bolognese..sbb tu merah-merah sikit..hihihi

Burger..nomnomnomnom..ofcoz la semua kena belakon makan segala yg kakak Aufa n adik Aakif 'masak' ye~

Pizza..hehe haaa mama pun join main sama..seronok! no wonder Aufa main tak henti

Potong pizza for popoh n yan

Jempuuutttt~

Kek sempena birthday abah yg ke-30..candle 1 je aci tak? 

Rose la konon-konon..elok je after snap gambar ni, rose ni telah dilenyek oleh jari-jari Aakif..grrrrrrr

Ehhheeemmm! santek tak?

Eskrem..Aufa cakap "kene habiskan tau..baru besar nanti!~"..hahahahaha yo lah!

"Kaghetttt" bak kata Aufa..Aakif amik buat phone..hahaha "Tu carrot la syg~"

"Nnti kita bela rabbit ye mama..kakak dah pandai buat kaghettt"..hahaha boleh darah tinggi if rabbit makan carrot ni Aufa~ masiinnnnnn
Hehehe..seronok!
Bukan Aufa n Aakif je seronok main dough ni, boleh kata semua yang participate sama rasa hepi melayan creativity diorang ni.

Seronok beronok-ronok!!

No comments:

Post a Comment