Tuesday, October 21, 2014

Cabaran 30 Hari Berblog

Ok eksaited nak sahut cabaran ni. Cabaran 30 hari dengan topik yang telah disediakan. So maknanya tiap hari wajib tulis satu entry berkenaan tajuk yang telah ditetapkan. Menarikkan! Menarik la bagi beginner macam sy ni. Yang baru berjinak-jinak nak berblog. At least tiap hari ada je topic yang perlu ditulis. Kira macam latihan untuk tulis setiap hari.




30 DAYS BLOG CHALLENGE
Day 1: Satu (1) gambar terbaru anda dan lima (5) fakta tentang diri anda
Day 2: Lima (5) cara memenangi hati anda
Day 3: Sesuatu yang menguatkan anda
Day 4: Buku kegemaran anda
Day 5: Tiga (3) perkara yang anda ingin katakan kepada bekas kekasih anda
Day 6: Apa yang anda mahukan hari ini
Day 7: Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda
Day 8: Lima (5) lagu kegemaran anda
Day 9: Lima (5) lelaki yang menarik perhatian anda
Day 10: Apa yang ada di dalam handbag anda
Day 11: Kenangan lucu zaman kanak-kanak
Day 12: Lima (5) wishlist anda
Day 13: Lima (5) blog kegemaran anda
Day 14: Cerita kasut saya
Day 15: Surat kepada seseorang
Day 16: Siapa, bagaimana anda 10 tahun akan datang
Day 17: Lima (5) perkara yang anda rindukan
Day 18: Siri tv kegemaran
Day 19: Satu (1) resipi kegemaran anda
Day 20: Quote kegemaran anda
Day 21: Tempat yang anda ingin pergi/ tak pernah pergi
Day 22: Destinasi percutian idaman
Day 23: Pekerjaan yang anda inginkan selain pekerjaan anda sekarang
Day 24: Rumah impian anda
Day 25: Berita terkini yang anda baca
Day 26: Gajet keunyaan anda
Day 27: Mood anda hari ini
Day 28: Lima (5) perkara bermula dengan 'andainya'
Day 29: Bunga kegemaran anda dan ertinya bagi anda
Day 30: Perkara menarik yang membanggakan anda tahun ini
Day 31: Apa yang anda dapat daripada berblog

Ermmmmm..kata cabaran 30 hari..tp why ada 31?hehe jap lg kea check balik kenapa boleh ada 31.

Mampu kah?
Hee "zinn..berusaha!!~"

(^^,)v

Cekodok Pisang Time Hujan-hujan Memang Heaven!

Bila hujan turun selebat-lebatnya kat luar, perut pun mula la nak berdangdut-dangdut mitak itu mintak ini. Heee teringat la pulak cekodok pisang resipi tok sy. Baru je buat sabtu lepas, time tu hujan lebat jugak. Memang syok tul pekea cekodok pisang panas-panas time hujan lebat. Alaaaahai takkan nak kena cari pisang buat cekodok lagi kot..hehehehe. "Wahai perut..cukup-cukup la mintak makanan manis-manis ye..dari minggu lepas dok nak makan yang manis-manis je!~"..

Ok la..since hari ni rasa macam rajin je nak update blog nih, maka terdetik la nak share resipi cekodok pisang tok sy yg teramat la simple tp tersangat la sedap. Tak percaya? Haaaaa sila try buat!



Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat cekodok ni sgt lah sedikit. Tak payah salin-salin, sekali baca pun sure korang akan hafal.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Pisang ranum (tak kesah pisang apa pun..tapi guna la yg dah betul-betul ranum ye..sy suka pisang berangan takpun pisang emas..sbb dua-dua pisang ni very the manis..i loike!)
  • Tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • Gula jika perlu (if pisang tu kurang manis, boleh tambah sikit..if pisang dah sangat manis, tak perlu tambah gula pun takpe)
  • Minyak masak (untuk menggoreng)

Cara membuat cekodok:

  1. Kupas pisang dan lenyekkan (mash) sehingga lumat (agak-agak lumat pun takpe).
  2. Masukkan sedikit tepung sehingga adunan tadi menjadi sedikit pekat. Tak perlu tambah air ye. Agak-agak je kuantiti tepung tu, kita taknak cekodok terlalu keras atau terlalu lembik. Jangan tambah air sbb kalau kalau kita tambah air nnti sure kita akan tambah tepung dengan banyak. End up cekodok akan jd keras. Tak best! Tak best!
  3. Tambah sedikit garam. Then, rasa. Kalau rasa dah sedap, manis-manis n rasa sedikit masin tu maknanya dah ok. Tp kalau kurang manis, tambah sedikit gula. Ye..sila agak-agak ye kuantiti gula dan garamnya. Hehehe resipi sy mmg kena agak-agak.
  4. Bila dah sempurna rasa manis n sedikit masin, dgn kepekatan adunan yang sesuai untuk digoreng, maka boleh lah start menggoreng dalam minyak yang panas. Ingat..minyak kena betul-betul panas!~
  5. Bentukkan cekodok dengan sudu. Scoop kan satu per satu ke dalam minyak panas dan goreng sehingga masak (kehitam-hitaman). Saya prefer untuk bentukkan cekodok sy dgn menggunakan tangan (jari-jari) sbb hasilnya cekodok akan terbentuk bulat-bulat comel-comel.

Pisang berangan yang dah masak ranum..manis!

Kupaskan pisang-pisang ni ye..tp sebelum kupas, sy lenyek-lenyekkan sikit pisang ni supaya nnti lebih senang untuk di mash kan 

Kulit pisang kita tak mau eh..so boleh buang!

Setelah di mash kan..ni la rupa pisang tadi..tak lumat sangat pun takpe..takde masalah

Masukkan tepung gandum dan sedikit garam..jangan lupa untuk rasa tau..sy tambahkan sikit gula sbb pisang yang sy gunakan ni tak cukup manis..kacau rata-rata then dah boleh goreng!~

Rupa cekodok dalam minyak panas..jangan ghalit ye masa menggoreng cekodok nih..sbb dia cepat masak n cepat hangit..korang takmau cekodok korang pahit kan kan kannnnn

Toskan kejap lebihan minyak yg ada kat sekodok ni..then boleh la transfer masuk dalam plate untuk dihidang

Bila dah sejuk sikit, cekodok ni akan crispy kt luar tp lembut cair-cair kat dalam..whoooaA heaven! kalau keras tu maknanya terlebih tepung ye~


Camtu je?
Yup yup! macam tu je. Dengan bahan-bahan yang tersangatlah senang nak cari dan dengan cara-cara yang tersangatlah simple, hasil cekodok tu serious maveles sedappppp!

Jemput buat ok~
Lagi-lagi tengah musim hujan ni, makan time sejuk-sejuk mmg asyik betul. Tengok licin satu plate, tak sedar dah berapa ketul masuk dalam mulut..hihihi

Selamat mencuba!~
(Tetiba terasa resipi ni mcm tak berapa membantu sbb sukatan tidak diberikan..hahaha tapi kan buat cekodok mmg tak perlu sukat beriya-iya kot..semuanya ikut rasa..hehe tp igt tau JANGAN tambah air..klu nak tambah pun cukup sekadar untuk larutkan garam tu je)

xoxo
Zinn

Sunday, October 19, 2014

My 1st Home-baked Carrot Cake

Pat pat on my back!
Hehe tak sangka berjaya buat carrot cake yg sgt sedap (dengan tak malunya puji carrot cake sendiri..hahaha..tp serious sedap resipi yg sy guna ni).



Resipi carrot cake ni sy dapat dari MIL sy. Beliau dah pernah beberapa kali bake carrot cake, n disebabkan carrot cake beliau sedap la sy mintak resipi ni. Dah lama simpan resipi ni tp jd pekasam je la sebelum-sebelum ni, sampai la last week teringin sesangat nak makan carrot cake. Terus cari balik resipi ni n beriya ajak en-husband pegi shopping barang-barang utk buat carrot cake. Semalam pagi dengan excited nya terus bake.

Ok..since ramai yang mintak untuk sy share kan resipi carrot cake, maka elok la sy share kt sini. Jemput buat ye..n nanti inform la kt sy balik sedap atau tak resipi ni. Ok? Hee tenkiu tenkiu.


CARROT CAKE

Bahan-bahan:

  • 300 g gula perang (brown sugar)
  • 3 biji telur
  • 300 ml minyak bunga matahari - if nak gantikan dengan minyak masak pun takpe, tp sunflower oil lebih healthy
  • 300 g tepung gandum 
  • 1 sudu teh bicarbonate soda
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis (ground cinnamon) - tp yg ni sy tak letak pun..klu suka boleh letak 
  • 1/2 sudu teh halia yg diparut - ni pun sy tak letak..hehe nak letak dipersilakan sbb resipi asal mmg ada
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh vanilla extract
  • 300 g carrot (grated)
  • 100 g kacang walnut (dicincang kasar) - jangan potong halus2 kecik2 sgt ye..biar besar pun takpe..bila makan tu lebih terasa walnut nya
  • Cream cheese frosting (resipi ni ada kat bawah ye)

Brown sugar

Telur..jangan lupa untuk basuh dulu okie

Sunflower oil

Tepung gandum

Baking powder, bicarbonate soda n garam..dalam bekas pink tu garam i ye~ 

Grated carrot..300g grated carrot ni lebih kurang dr 2 carrot yang agak besar ye..jgn lupa untuk timbang tau

Walnut yang telah dicincang kasar..if nak gantikan dengan kacang lain pun boleh..tp walnut mmg sgt kena dengan carrot cake


Cara-cara untuk membuat carrot cake:

  1. Panaskan oven pada suhu 170'C (degree celcius)
  2. Satukan gula perang, telur dan minyak di dalam mixer. Pukul ketiga-tiga bahan ni pada kelajuan sederhana sehingga sebati.
  3. Satukan bicarbonate soda, baking powder dan tepung gandum. Ayakkan bahan-bahan ni dan masukkan ke dalam mixer sedikit demi sedikit. Pukul sehingga sebati. 
  4. Masukkan serbuk kulit kayu manis, halia yang  telah diparut serta vanilla etract. Pukul sehingga sebati.
  5. Masukkan grated carrot dan kacang walnut. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati menggunakan spatula. 
  6. Tuang adunan kek ke dalam dulang kek dan ratakan permukaan adunan kek tersebut. Masukkan ke dalam oven yang telah di'preheat' pada suhu 170'C, selama lebih kurang 30-35 minit (sehingga kek berubah keperang-perangan dan masak sempurna). 
  7. Setelah kek masak, biarkan kek sejuk sebelum meletakkan cream cheese frosting di atasnya (if letak time kek masih panas, cream cheese frosting tu akan cair n hasilnya akan tak cantik. 

Brown sugar, telur n minyak disatukan..ehee sy tak guna mixer pun..guna senduk je..lepas ni mmg wajib beli mixer sbb dah syok buat kek

Rupa adunan bila dah dicampur tepung, baking powder, bicarbonate soda n vanilla extract

Masukkan grated carrot n walnut yang telah dicincang kasar..kacau sebati-sebati tau

Jangan lupa untuk griskan loyang pembakar (cake tin) dengan butter dulu ye..


Yeayyy kek sy dah mula naik..rumah pun dah semerbak bau!~

Ehheee antara yg paling excited bab buat-buat kek ni harus lah my junior mastechef..Aufa..rajin tolong mama timbang n kacau adunan kek.."thanks syg mama~"..


CREAM CHEESE FROSTING

Bahan-bahan:

  • 7 sudu besar gula icing (icing sugar) - tambah if nak lebih manis
  • 125 g butter (pd suhu bilik) - preferably unsalted butter..tp klu takde salted pun takpe 
  • 250 g cream cheese (sejuk) 


Cara-cara untuk membuat cream cheese frosting:

  1. Pukul butter dan gula icing di dalam mixer pada kelajuan sederhana sehingga sebati.
  2. Masukkan cream cheese dan pukul sehingga sebati. Setelah sebati, pukul adunan pada kelajuan yang tinggi sehingga adunan cream cheese ni berubah menjadi gebu dan ringan. Once cream cheese frosting ni dah kelihatan gebu dan ringan, stop kan mixer. Jangan overbeat ye, if overbeat dia akan cair (runny). 
  3. Sekiranya kek masih belum sejuk sepenuhnya, simpan cream cheese ni di dalam fridge. Bila kek dah sejuk, sapukan cream cheese ni pada permukaan atas kek, rata-rata dan kemas-kemas ye.

Macam senang kan?
Haaa mmg senang n tak susah mana pun!~ 
So..try buat tau. Memang berbaloi-baloi buat sendiri. If beli kat kedai kek pun 1 slice je dan berapa ringgit kan. If buat sendiri mmg boleh makan puas-puas. Tu yang syiokkkkk tu!


Owhoo ada sedikit gambar lagi..

Rupa cream cheese frosting yang telah siap..sementara tunggu kek betul-betul sejuk, kita simpan dlm fridge dulu

Ehhemmmm..makan sejuk-sejuk mmg heaven!

Alhamdulillah berjaya buat..nampaknya mmg kena buat lagi n lagi n lagi la lepas ni

Haaa..tengok! kejap je dah tinggal separuh..hee maafkan sy sbb malas nak transfer kek ni masuk bekas lain..potong pun kat dlm dulang ni..hihi uols boleh transferkan kek ni letak atas cake board ye..i is malas!haha 

Tuesday, October 14, 2014

Speghetti Bolognese dari Dapur Kiutku

Haaa bila pening tak tau nak masak apa, atau bila tekak dah muak nak telan nasik, makanya hidangan pasta adalah option yg paling senang utk disediakan. Sgt mudah nak masak, cepat n paling penting sedddappp dan mengenyangkan. Malu pulak nak share resipi speghetti bolognese sy kat sini. Bukan apa...sy percaya semua org pandai masak speghetti bolognese..kannnn~ Tp demi beberapa sahabat n kenalan yg request resipi speghetti bolognese yg sy biasa masak, maka sy gagahkan diri utk share kat sini. Malunya! (blushing dah ni..siyes pink dah pipi i!)



Mungkin ramai yg prefer utk sediakan kuah speghetti drpd ready made/instant bolognese sauce yg ada kat pasaran (cth macam prego). Tp, sy lebih prefer sediakan sendiri sauce speghetti sy dgn menggunakan tomato puree as bahan utama. Teringin jugak nak try buat bolognese sauce dgn tomato fresh yg dikisar..ala-ala chef kt hotel buat tp tak berkesempatan lg nak cuba. Hmmm insyaAllah nanti-nanti mmg nak try!

Ok..takyah bebel panjang-panjang, jom kita tengok bahan-bahan yg diperlukan utk menyediakan Speghetti Bolognese ni. Hee hmm klu taste kita sama, korang sure akan sgt suka dgn resipi ni. Serious therbaekkkk! Homaigoddd puji resipi sendiri! Hahaha tp percaya la.. (still malu sbb nak share resipi tp tetiba boleh lak jd tak malu puji resipi sendiri..lalalalala)


Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 biji bawang besar bersaiz sederhana (dipotong cube comel-comel)
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar lumat)
  • Minyak masak (nak lebih healthy, gantikan dgn minyak jagung/ olive oil)
  • Mixed herb (sy gunakan brand McCormick) 
  • Daging kisar (sy gunakan brand Ramli, 1 pack..nak lebih pun takpe)
  • Sosej (setengah paket..tp agak-agak la byk mana yg korang suka)
  • Cendawan butang a.k.a button mushroom (sy gunakan brand Ayam Brand)
  • 1 biji lada banggala a.k.a capsicum (sy guna yg kaler hijau..bau dia lg best)
  • 1 tin tomato puree brand Duchef (yg tin 430g tu) - ni mmg brand feveret sy..klu brand lain tu rasa dia masam n tak sesedap Duchef ni..tp bergantung pada citarasa korang ye..nak tukar yg lain pun takde hal
  • Sedikit serbuk black paper
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 paket speghetti (tak kesah brand apa..janji halal..hehe)

Bawang besar yang dipotong dadu..kalau tak dadu pun boleh..tp bila didadukan baru la lagi molek kuah speghetti kita..dadu kiut-kiut tau!~

Bawang putih yang telah dikisar..sy tumbuk lumat guna lesung batu je..malas nak kisar guna blender

Mixed Herbs ni wajib ada kat dapur saya..antara brand yg sy suka adalah brand ni, McCormick..buat lasagna pun boh ni jugak

Minced beef/ daging kisar..sy akan defrost dulu..kemudian basuhkan skit buang lebihan darah-darah tu..hehe nak guna terus pun tak jadi masalah

Sosej yang telah dihiris-hiris cantik..cantik ke?haha

Capsicum ni sy potong dadu-dau..tapi jangan la kecik sangat ye..agak-agak la saiz dia ye

Button mushroom ni dihiris 4-5..bergantung jugak pada saiz mushroom tu..brand Ayam Brand

Favourite tomato puree..brand Duchef..rasa dia tak masam n manis-manis tomato tau~


Cara-cara membuat:

  1. Tuang sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau, agak-agak sehingga bawang besar tu kelihatan seakan-akan tanslucent (jgn sampai garing tau). Masukkan sedikit mixed herb dan kacau rata.
  2. Masukkan daging kisar, kacau sehingga daging masak. Kemudian, masukkan sosej yg telah dihiris.
  3. Masukkan tomato puree dan sedikit air (jgn banyak air..agak-agak la kepekatan sauce yg korang suka). Biarkan seketika hingga sedikit menggelegak
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Serta sedikit serbuk lada hitam.
  5. Bila kuah dah sesedap rasa, masukkan mushroom dan capsicum. Kacau rata then tutup api. (Capsicum tu tak perlu dimasak terlalu lama..tak sedap if capsicum tu lembik-lembik).
  6. Dalam periuk yg berasingan, rebus speghetti (pasta) sehingga masak (cukup sekadar lembut kenyal-kenyal..takmau overcooked ye). Ada yg tak pasti cara utk merebus pasta. Masak air terlebih dahulu. Bila air dah menggelegak, masukkan speghetti (pasti). Rebus sehingga masak. Bila dah masak, angkat dari periuk dan toskan. Tuang sedikit minyak pd speghetti yg telah ditos td utk elak speghetti tersebut melekat to each other)
  7. Bila semua dah siap, boleh la serve cantik atas meja makan. N makan dgn family/kawan-kawan terchenta!!!~
Pasta yg telah direbus..psssssstt kat dapur sy stock spaghetti habis so terpaksa guna fettuccine..ni je yg ado 

Bolognese sauce yang dah siap dimasak n dah siap dicedok ke dalam magkuk untuk dihidang atas meja makan

TADAAAA bolognese speghetti dah siap!!~ now dah boleh NGAPPPPPP! Bismillahirrahmanirrahimmmm...

Okie darlings..SELAMAT MENCUBA!~


Zinn

Sunday, October 12, 2014

Detox Drink untuk Kuruskan Badan..Jom Try!

Sejak dua menjak ni semua orang sibuk dok cakap pasal detox drink kan. Haa so entry kali ni sy nak share beberapa info menarik berkenaan dengan detox drink. Since sy pun sedang amalkan pengambilan detox drink ni secara konsisten, so rasa confident la jugak nak share kepada anda semua beberapa info pasal detox drink nih (ecececece ayat bajet retis gitewww..hahahaha).



Bila sebut je detox drink, ramai yg akan terus associate kan dengan penurunan berat badan. Menurut beberapa article yg sy baca sebelum-sebelum ni, detox drink dikatakan mampu membantu seseorang itu untuk menurunkan berat badan secara sihat dan semulajadi. Dalam usaha untuk menurunkan berat badan, proses detox adalah antara yang penting. Detoxification atau cleansing process ni bertujuan untk menyingkirkan toksin-toksin merbahaya serta radikal-radikal bebas yg sedia terkumpul dalam badan kita supaya pembakaran lemak boleh berlaku dengan lebih efficient serta metabolism tubuh kita mampu ditingkatkan. So, lebih cepat lah penurunan berat badan berlaku. Tp, jgn pulak buat-buat lupa, syarat utama untuk turunkan berat badan secara sihat adalah dengan memastikan diet harian kita adalah sentiasa seimbang n disertakan dengan right amount of exercise (aktiviti fizikal).

Kalau kat negara-negara barat, detox drink ni tersangat lah femes bagi mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan. Antara yang awal memperkenalkan detox drink ni pada umum adalah Kim Lynos, pelatih selebriti dalam program kecergasan The Biggest Loser (musim ketiga). Tetapi, dipercayai keistimewaan detox drink ni pertama kali diperkenalkan oleh Ann Louise Gittleman menerusi hasil penulisan belian, Two-Week Fat Flush, yg telah diterbitkan 25 tahun yang lalu. Dah lama sebenarnya rahsia detox drink ni dikenalpasti..n ramai artis-artis Hollywood yang amalkan minuman detox ni dalam diet harian diorang. So, jom kita tiru jom! Benda yang baik kannnnn~

Since detox drink ni tersangat lah senang untuk disediakan, murah pulak tu bahan-bahannya, 100% natural, plus baik untuk kesihatan kita (dan menguruskan badannnn..point paling penting nih..hehe), maka moh lah kita buat secara berjemaah!

Antara yg sesuai dijadikan bahan utama detox drink ni adalah buah-buahan citrus (lemon, limau, orange), apple, timun, daun pudina, apple cider vinegar, dan banyak lagi. Utk dapatkan pelbagai contoh resipi termasuk dengan kelebihan setiap resipi detox drink ni, boleh refer kat sini.


Detox drink yang biasa sy buat adalah:

  • Lemon + orange + apple hijau + apple cider vinegar
  • Lemon + timun + daun pudina + apple cider vinegar
  • Lemon + green tea


Cara-caranya adalah:

Lemon + Orange + Apple Hijau + Apple Cider Vinegar
  • Hiriskan 1/2 biji lemon, 1 biji orange dan 1 biji apple hijau.
  • Isikan botol air dengan air kosong (sy isikan di dalam botol 2L).
  • Masukkan ke semua hirisan buah-buahan tadi.
  • Simpan di dalam fridge semalaman (8 jam pun dah ok).
  • Bila nak minum, mix kan dengan 1 sudu kecil apple cider vinegar (1 cawan detox drink + 1 sudu kecil apple cider vinegar).

Syok hiris buah-buah ni..terbang segala stress-stress..hehe :)

Lemon + Timun + Daun Pudina + Apple Cider Vinegar
  • Hiriskan 1 biji lemon dan 1/2 biji timun.
  • Isikan botol air dengan air kosong (sy isikan di dalam botol 2L).
  • Masukkan ke semua hirisan lemon dan timun tadi.
  • Masukkan 8-10 helai daun pudina.
  • Simpan di dalam fridge semalaman (8 jam pun dah ok).
  • Bila nak minum, mix kan dengan 1 sudu kecil apple cider vinegar (1 cawan detox drink + 1 sudu kecil apple cider vinegar).

Botol kiri: lemon + orange + apple hijau & botol kanan: lemon + timun + daun pudina

Ni adalah apple cider vinegar yg sy gunakan. Ada macam-macam brand apple cider kat pasaran, pilih je yg mana yg berkenan di hati

Lemon + Green Tea
  • Rendamkan 1 uncang green tea dalam segelas air panas
  • Masukkan 2 hiris lemon
  • Tak perlu biar semalaman dalam fridge. Boleh minum immediately selepas disediakan.

Gambar ni i google je..hirisan lemon tu letak dalam air teh hijau tu ye..bukan kt tepi cawan semata-mata!hehe

Buah-buahan citrus seperti lemon dan orange dipercayai mampu mebantu mempercepatkan pencairan lemak terutama pada bahagian abdomen serta mampu menyingkirkan bahan-bahan toksin yang terkumpul di dalam tubuh. Apple cider vinegar mampu meningkatkan kadar metabolisma tubuh, sekaligus membantu tubuh membakar lebih kalori. Apple cider juga dipercayai baik untuk penghadaman, baik untuk menyingkirkan toksin-toksin serta mampu mengawal selera makan. Hmmmm menarikkan! Green tea mmg dari dulu lagi dipercayai mampu membantu dlm proses nak selim-melimkan badan. Kandungan catechins (sejenis phytochemical) yang ada di dalam green tea mampu meningkatkan kadar metabolisma tubuh secara tidak langsung membantu pembakaran lemak dengan kadar yang lebih cepat. 

Haaaaa tergoda kan nak try? 

Sila cuba tau.

Owhhh lupa pulak nak bgtau rasa tiap satu detox drink yg sy dah penah buat. Rasa dia tak la masam sangat. Bagi saya rasa dia sedap n freshing!! Bila masuk je dalam mulut lalu kat tekak tu rasa sgt segar. Badan pun rasa sejuk after minum detox drink ni. Bagi yang tak suka rasa apple cider vinegar yg agak kuat, boleh je if tak nak campur dgn apple cider tu. Tp apple cider ni mmg banyak khasiat yg best-best. Alaaa bila dah campur dgn apple cider baru la kick detox drink kita nih..masam-masam menyenyat gitteww. Hehehe :)

The Famous Mee Sotong Hameed Pata

Disebabkan baru je pekena Mee Sotong Hameed Pata siang td (Sabtu, 11/10/2014), maka dgn excited nye nak la tulis entry ni. Ni kira kali kedua ke Mee Sotong Hameed Pata. Mcm mana sy boleh terjebak suka dgn mee goreng kat sini? Haaaa..sbb terpengaruh dgn sorang bestfriend sy yg tiap kali dtg Penang sure kena pekena mee sotong ni. Makanya, haruslah sy pun tergedik-gedik nak try..haha almaklum la pantang dengar makanan yg sedap-sedap sure nak cuba. And Alhamdulillah, mee sotong ni sgt lah memenuhi citarasa sy n husband. Seriously sedddappp baq hang!~

Ni la rupa Mee Goreng Sotong Hameed Pata ni..sambal sotong dia thorbaekkkk!~

Sedikit info berkenaan Mee Sotong Hameed Pata..jemput baca ye:

  • Nama Gerai: Mee Sotong Hameed Pata
  • Alamat: No. 6, Kota Selera Padang Kota Lama (Fort Cornwallis Food Court), Jln Tun Syed Sheh Barakbah, 10200 Georgetown, Pulau Pinang
  • GPS: N05° 20' 14.6" E100° 18' 37.6"
  • Waktu perniagaan (opening hours): Isnin - Sabtu (11:30 pg - 08:00 mlm) - Ahad TUTUP ye!
  • Pemilik: Muslim
  • Gred Kebersihan: A
Gerai Mee Sotong Hameed Pata, Padang Kota Lama

Haaa gini la rupa food court nye..normally, menjelang tengah hari, mmg sgt ramai yg akan datang makan kt sini (gambar hasil carian dr google)


Gerai Mee Sotong Hameed Pata ni terletak di Padang Kota Lama a.k.a Esplanade, bersebelahan dgn Fort Cornwallis yg terkenal kat Penang. Food court ni mmg byk gerai, tp boleh dikatakan majoriti pengunjung yg dtg kat food court ni mmg nak pekena Mee Sotong Hameed Pata. Memula dengar orangg ckp mcm tu, rasa mcm susah gak la nak percaya..tp bila dah pegi memang terpaksa percaya. Ternganga kot tgk orang queue first time datang dulu. Panjang betul! So, utk elak queue yg panjang tu, boleh la pasang strategi datang awal sikit ye. Mcm siang td, kitorang sampai sana around 11:45 pg, mmg masih lengang lg food court tu. Siap tak payah queue n order pun cepat je sampai. Tuan gerai tu pun siap dtg meja main-main gelak-gelak lg dgn anak-anak i..hihi betapa dia pun belum bz lg time tu. Next time, if kitorang plan nak mkn kat sana, pagi tu mmg tak payah breakfast heavy-heavy, takpun tak payah breakfast..pukul 11-12 tgh hr terus brunch (breakfast + lunch) je!  Kannnn...


Ok..hidangan yg femes kat Mee Sotong Hameed Pata ni adalah Mee Goreng Sotong dan Mee Rebus Sotong. Honestly, yg lebih menjadi kegilaan kami suami isteri adalah Mee Goreng Sotong dia. If tgk meja-meja sebelah pun lebih ramai yg order mee goreng, instead of mee rebus (ni hasil pemerhatian sy ye). Tp utk yg pertama kali datang tu try la dua-dua..mana tau taste masing-masing tak sama kann. First time sy n husband datang dulu pun kitorang order dua-dua jenis mee kat hameed pata ni (1 mee goreng & 1 mee rebus..share sikit-sikit dgn husband..tp beliau ngap sy punya byk drpd sy ngp beliau punya..sampai hari ni sy ungkit..hahaha). Harga bg Mee Goreng/ Rebus Sotong adalah RM5 (biasa) & RM7 (besar).

Rupa mee goreng yg dh siap digoreng..biasanya mmg diorang goreng banyak-banyak. Jangan risau, rasa dia tetap sedappp! (gambar hasil carian dr google)

Kuah mee rebus..menggelegak! Tgk pun terliur! (gambar hasil carian dr google)

Rupa Mee Goreng Sotong yg dah terhidang dalam pinggan. Yang ni saiz biasa ye. Feveret kami! 

Mee Rebus Sotong dgn gravy yang pedas-pedas lemak-lemak..nyumnyum!

Antara yang turut menjadi perhatian ramai pengunjung yg dtg nak makan kt sini adalah untuk menikmati Coconut Shake n Ais Kacang dari gerai ni

Coconut Shake - RM3/gelas if tak salah

Ayaq nyoq pun ada!

Mee Rebus Sotong Hameed Pata pun sedap jugak. Kuah mee tu dimasak dgn cukup rasa..lemak-lemak rasa dia. Tp secara jujur, if sy or husband sy teringin nak makan mee rebus, kami prefer makan Mee Rebus Bangkok Lane (atau nama glamer di kalangan kitorang sekeluarga adalah mee gedik..hehe why panggil mee gedik?sebab mamak tu masa masak dia akan goyang-goyangkan badan sikit..gedik-gedikkan sikit badan..hahaha maka lekat la nama mee gedik tu dikalangan family kitorang..sila jgn report kat beliau kitorang panggil mee bengkok lane tu mee gedik tau tau tau!plzzz hihihi). Owh lupa lak nak bagitau td, Mee Bangkok Lane tu terletak di Seng Lee Cafe, Bangkok Lane, Pulau Tikus, Penang. Haaa insyaAllah next time sy akan tulis 1 entry khas pasal Mee Bangkok Lane ni pulak ye~


Okie..jemput tgk gambar-gambar yg sempat disnap semasa program jjcm kami..termasuk beberapa gambar hasil carian di google..sy pinjam ye!~ terima kasih :)

Menu kat Bangkok Lane Mee Goreng

Mee Goreng

Mee Rebus Sotong..yg ni, kalau dah sampai kat sini wajib try tau!