Sunday, October 19, 2014

My 1st Home-baked Carrot Cake

Pat pat on my back!
Hehe tak sangka berjaya buat carrot cake yg sgt sedap (dengan tak malunya puji carrot cake sendiri..hahaha..tp serious sedap resipi yg sy guna ni).



Resipi carrot cake ni sy dapat dari MIL sy. Beliau dah pernah beberapa kali bake carrot cake, n disebabkan carrot cake beliau sedap la sy mintak resipi ni. Dah lama simpan resipi ni tp jd pekasam je la sebelum-sebelum ni, sampai la last week teringin sesangat nak makan carrot cake. Terus cari balik resipi ni n beriya ajak en-husband pegi shopping barang-barang utk buat carrot cake. Semalam pagi dengan excited nya terus bake.

Ok..since ramai yang mintak untuk sy share kan resipi carrot cake, maka elok la sy share kt sini. Jemput buat ye..n nanti inform la kt sy balik sedap atau tak resipi ni. Ok? Hee tenkiu tenkiu.


CARROT CAKE

Bahan-bahan:

  • 300 g gula perang (brown sugar)
  • 3 biji telur
  • 300 ml minyak bunga matahari - if nak gantikan dengan minyak masak pun takpe, tp sunflower oil lebih healthy
  • 300 g tepung gandum 
  • 1 sudu teh bicarbonate soda
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis (ground cinnamon) - tp yg ni sy tak letak pun..klu suka boleh letak 
  • 1/2 sudu teh halia yg diparut - ni pun sy tak letak..hehe nak letak dipersilakan sbb resipi asal mmg ada
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh vanilla extract
  • 300 g carrot (grated)
  • 100 g kacang walnut (dicincang kasar) - jangan potong halus2 kecik2 sgt ye..biar besar pun takpe..bila makan tu lebih terasa walnut nya
  • Cream cheese frosting (resipi ni ada kat bawah ye)

Brown sugar

Telur..jangan lupa untuk basuh dulu okie

Sunflower oil

Tepung gandum

Baking powder, bicarbonate soda n garam..dalam bekas pink tu garam i ye~ 

Grated carrot..300g grated carrot ni lebih kurang dr 2 carrot yang agak besar ye..jgn lupa untuk timbang tau

Walnut yang telah dicincang kasar..if nak gantikan dengan kacang lain pun boleh..tp walnut mmg sgt kena dengan carrot cake


Cara-cara untuk membuat carrot cake:

  1. Panaskan oven pada suhu 170'C (degree celcius)
  2. Satukan gula perang, telur dan minyak di dalam mixer. Pukul ketiga-tiga bahan ni pada kelajuan sederhana sehingga sebati.
  3. Satukan bicarbonate soda, baking powder dan tepung gandum. Ayakkan bahan-bahan ni dan masukkan ke dalam mixer sedikit demi sedikit. Pukul sehingga sebati. 
  4. Masukkan serbuk kulit kayu manis, halia yang  telah diparut serta vanilla etract. Pukul sehingga sebati.
  5. Masukkan grated carrot dan kacang walnut. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati menggunakan spatula. 
  6. Tuang adunan kek ke dalam dulang kek dan ratakan permukaan adunan kek tersebut. Masukkan ke dalam oven yang telah di'preheat' pada suhu 170'C, selama lebih kurang 30-35 minit (sehingga kek berubah keperang-perangan dan masak sempurna). 
  7. Setelah kek masak, biarkan kek sejuk sebelum meletakkan cream cheese frosting di atasnya (if letak time kek masih panas, cream cheese frosting tu akan cair n hasilnya akan tak cantik. 

Brown sugar, telur n minyak disatukan..ehee sy tak guna mixer pun..guna senduk je..lepas ni mmg wajib beli mixer sbb dah syok buat kek

Rupa adunan bila dah dicampur tepung, baking powder, bicarbonate soda n vanilla extract

Masukkan grated carrot n walnut yang telah dicincang kasar..kacau sebati-sebati tau

Jangan lupa untuk griskan loyang pembakar (cake tin) dengan butter dulu ye..


Yeayyy kek sy dah mula naik..rumah pun dah semerbak bau!~

Ehheee antara yg paling excited bab buat-buat kek ni harus lah my junior mastechef..Aufa..rajin tolong mama timbang n kacau adunan kek.."thanks syg mama~"..


CREAM CHEESE FROSTING

Bahan-bahan:

  • 7 sudu besar gula icing (icing sugar) - tambah if nak lebih manis
  • 125 g butter (pd suhu bilik) - preferably unsalted butter..tp klu takde salted pun takpe 
  • 250 g cream cheese (sejuk) 


Cara-cara untuk membuat cream cheese frosting:

  1. Pukul butter dan gula icing di dalam mixer pada kelajuan sederhana sehingga sebati.
  2. Masukkan cream cheese dan pukul sehingga sebati. Setelah sebati, pukul adunan pada kelajuan yang tinggi sehingga adunan cream cheese ni berubah menjadi gebu dan ringan. Once cream cheese frosting ni dah kelihatan gebu dan ringan, stop kan mixer. Jangan overbeat ye, if overbeat dia akan cair (runny). 
  3. Sekiranya kek masih belum sejuk sepenuhnya, simpan cream cheese ni di dalam fridge. Bila kek dah sejuk, sapukan cream cheese ni pada permukaan atas kek, rata-rata dan kemas-kemas ye.

Macam senang kan?
Haaa mmg senang n tak susah mana pun!~ 
So..try buat tau. Memang berbaloi-baloi buat sendiri. If beli kat kedai kek pun 1 slice je dan berapa ringgit kan. If buat sendiri mmg boleh makan puas-puas. Tu yang syiokkkkk tu!


Owhoo ada sedikit gambar lagi..

Rupa cream cheese frosting yang telah siap..sementara tunggu kek betul-betul sejuk, kita simpan dlm fridge dulu

Ehhemmmm..makan sejuk-sejuk mmg heaven!

Alhamdulillah berjaya buat..nampaknya mmg kena buat lagi n lagi n lagi la lepas ni

Haaa..tengok! kejap je dah tinggal separuh..hee maafkan sy sbb malas nak transfer kek ni masuk bekas lain..potong pun kat dlm dulang ni..hihi uols boleh transferkan kek ni letak atas cake board ye..i is malas!haha 

No comments:

Post a Comment