Sunday, October 12, 2014

The Famous Mee Sotong Hameed Pata

Disebabkan baru je pekena Mee Sotong Hameed Pata siang td (Sabtu, 11/10/2014), maka dgn excited nye nak la tulis entry ni. Ni kira kali kedua ke Mee Sotong Hameed Pata. Mcm mana sy boleh terjebak suka dgn mee goreng kat sini? Haaaa..sbb terpengaruh dgn sorang bestfriend sy yg tiap kali dtg Penang sure kena pekena mee sotong ni. Makanya, haruslah sy pun tergedik-gedik nak try..haha almaklum la pantang dengar makanan yg sedap-sedap sure nak cuba. And Alhamdulillah, mee sotong ni sgt lah memenuhi citarasa sy n husband. Seriously sedddappp baq hang!~

Ni la rupa Mee Goreng Sotong Hameed Pata ni..sambal sotong dia thorbaekkkk!~

Sedikit info berkenaan Mee Sotong Hameed Pata..jemput baca ye:

  • Nama Gerai: Mee Sotong Hameed Pata
  • Alamat: No. 6, Kota Selera Padang Kota Lama (Fort Cornwallis Food Court), Jln Tun Syed Sheh Barakbah, 10200 Georgetown, Pulau Pinang
  • GPS: N05° 20' 14.6" E100° 18' 37.6"
  • Waktu perniagaan (opening hours): Isnin - Sabtu (11:30 pg - 08:00 mlm) - Ahad TUTUP ye!
  • Pemilik: Muslim
  • Gred Kebersihan: A
Gerai Mee Sotong Hameed Pata, Padang Kota Lama

Haaa gini la rupa food court nye..normally, menjelang tengah hari, mmg sgt ramai yg akan datang makan kt sini (gambar hasil carian dr google)


Gerai Mee Sotong Hameed Pata ni terletak di Padang Kota Lama a.k.a Esplanade, bersebelahan dgn Fort Cornwallis yg terkenal kat Penang. Food court ni mmg byk gerai, tp boleh dikatakan majoriti pengunjung yg dtg kat food court ni mmg nak pekena Mee Sotong Hameed Pata. Memula dengar orangg ckp mcm tu, rasa mcm susah gak la nak percaya..tp bila dah pegi memang terpaksa percaya. Ternganga kot tgk orang queue first time datang dulu. Panjang betul! So, utk elak queue yg panjang tu, boleh la pasang strategi datang awal sikit ye. Mcm siang td, kitorang sampai sana around 11:45 pg, mmg masih lengang lg food court tu. Siap tak payah queue n order pun cepat je sampai. Tuan gerai tu pun siap dtg meja main-main gelak-gelak lg dgn anak-anak i..hihi betapa dia pun belum bz lg time tu. Next time, if kitorang plan nak mkn kat sana, pagi tu mmg tak payah breakfast heavy-heavy, takpun tak payah breakfast..pukul 11-12 tgh hr terus brunch (breakfast + lunch) je!  Kannnn...


Ok..hidangan yg femes kat Mee Sotong Hameed Pata ni adalah Mee Goreng Sotong dan Mee Rebus Sotong. Honestly, yg lebih menjadi kegilaan kami suami isteri adalah Mee Goreng Sotong dia. If tgk meja-meja sebelah pun lebih ramai yg order mee goreng, instead of mee rebus (ni hasil pemerhatian sy ye). Tp utk yg pertama kali datang tu try la dua-dua..mana tau taste masing-masing tak sama kann. First time sy n husband datang dulu pun kitorang order dua-dua jenis mee kat hameed pata ni (1 mee goreng & 1 mee rebus..share sikit-sikit dgn husband..tp beliau ngap sy punya byk drpd sy ngp beliau punya..sampai hari ni sy ungkit..hahaha). Harga bg Mee Goreng/ Rebus Sotong adalah RM5 (biasa) & RM7 (besar).

Rupa mee goreng yg dh siap digoreng..biasanya mmg diorang goreng banyak-banyak. Jangan risau, rasa dia tetap sedappp! (gambar hasil carian dr google)

Kuah mee rebus..menggelegak! Tgk pun terliur! (gambar hasil carian dr google)

Rupa Mee Goreng Sotong yg dah terhidang dalam pinggan. Yang ni saiz biasa ye. Feveret kami! 

Mee Rebus Sotong dgn gravy yang pedas-pedas lemak-lemak..nyumnyum!

Antara yang turut menjadi perhatian ramai pengunjung yg dtg nak makan kt sini adalah untuk menikmati Coconut Shake n Ais Kacang dari gerai ni

Coconut Shake - RM3/gelas if tak salah

Ayaq nyoq pun ada!

Mee Rebus Sotong Hameed Pata pun sedap jugak. Kuah mee tu dimasak dgn cukup rasa..lemak-lemak rasa dia. Tp secara jujur, if sy or husband sy teringin nak makan mee rebus, kami prefer makan Mee Rebus Bangkok Lane (atau nama glamer di kalangan kitorang sekeluarga adalah mee gedik..hehe why panggil mee gedik?sebab mamak tu masa masak dia akan goyang-goyangkan badan sikit..gedik-gedikkan sikit badan..hahaha maka lekat la nama mee gedik tu dikalangan family kitorang..sila jgn report kat beliau kitorang panggil mee bengkok lane tu mee gedik tau tau tau!plzzz hihihi). Owh lupa lak nak bagitau td, Mee Bangkok Lane tu terletak di Seng Lee Cafe, Bangkok Lane, Pulau Tikus, Penang. Haaa insyaAllah next time sy akan tulis 1 entry khas pasal Mee Bangkok Lane ni pulak ye~


Okie..jemput tgk gambar-gambar yg sempat disnap semasa program jjcm kami..termasuk beberapa gambar hasil carian di google..sy pinjam ye!~ terima kasih :)

Menu kat Bangkok Lane Mee Goreng

Mee Goreng

Mee Rebus Sotong..yg ni, kalau dah sampai kat sini wajib try tau!

No comments:

Post a Comment