Tuesday, October 21, 2014

Cekodok Pisang Time Hujan-hujan Memang Heaven!

Bila hujan turun selebat-lebatnya kat luar, perut pun mula la nak berdangdut-dangdut mitak itu mintak ini. Heee teringat la pulak cekodok pisang resipi tok sy. Baru je buat sabtu lepas, time tu hujan lebat jugak. Memang syok tul pekea cekodok pisang panas-panas time hujan lebat. Alaaaahai takkan nak kena cari pisang buat cekodok lagi kot..hehehehe. "Wahai perut..cukup-cukup la mintak makanan manis-manis ye..dari minggu lepas dok nak makan yang manis-manis je!~"..

Ok la..since hari ni rasa macam rajin je nak update blog nih, maka terdetik la nak share resipi cekodok pisang tok sy yg teramat la simple tp tersangat la sedap. Tak percaya? Haaaaa sila try buat!



Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat cekodok ni sgt lah sedikit. Tak payah salin-salin, sekali baca pun sure korang akan hafal.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Pisang ranum (tak kesah pisang apa pun..tapi guna la yg dah betul-betul ranum ye..sy suka pisang berangan takpun pisang emas..sbb dua-dua pisang ni very the manis..i loike!)
  • Tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • Gula jika perlu (if pisang tu kurang manis, boleh tambah sikit..if pisang dah sangat manis, tak perlu tambah gula pun takpe)
  • Minyak masak (untuk menggoreng)

Cara membuat cekodok:

  1. Kupas pisang dan lenyekkan (mash) sehingga lumat (agak-agak lumat pun takpe).
  2. Masukkan sedikit tepung sehingga adunan tadi menjadi sedikit pekat. Tak perlu tambah air ye. Agak-agak je kuantiti tepung tu, kita taknak cekodok terlalu keras atau terlalu lembik. Jangan tambah air sbb kalau kalau kita tambah air nnti sure kita akan tambah tepung dengan banyak. End up cekodok akan jd keras. Tak best! Tak best!
  3. Tambah sedikit garam. Then, rasa. Kalau rasa dah sedap, manis-manis n rasa sedikit masin tu maknanya dah ok. Tp kalau kurang manis, tambah sedikit gula. Ye..sila agak-agak ye kuantiti gula dan garamnya. Hehehe resipi sy mmg kena agak-agak.
  4. Bila dah sempurna rasa manis n sedikit masin, dgn kepekatan adunan yang sesuai untuk digoreng, maka boleh lah start menggoreng dalam minyak yang panas. Ingat..minyak kena betul-betul panas!~
  5. Bentukkan cekodok dengan sudu. Scoop kan satu per satu ke dalam minyak panas dan goreng sehingga masak (kehitam-hitaman). Saya prefer untuk bentukkan cekodok sy dgn menggunakan tangan (jari-jari) sbb hasilnya cekodok akan terbentuk bulat-bulat comel-comel.

Pisang berangan yang dah masak ranum..manis!

Kupaskan pisang-pisang ni ye..tp sebelum kupas, sy lenyek-lenyekkan sikit pisang ni supaya nnti lebih senang untuk di mash kan 

Kulit pisang kita tak mau eh..so boleh buang!

Setelah di mash kan..ni la rupa pisang tadi..tak lumat sangat pun takpe..takde masalah

Masukkan tepung gandum dan sedikit garam..jangan lupa untuk rasa tau..sy tambahkan sikit gula sbb pisang yang sy gunakan ni tak cukup manis..kacau rata-rata then dah boleh goreng!~

Rupa cekodok dalam minyak panas..jangan ghalit ye masa menggoreng cekodok nih..sbb dia cepat masak n cepat hangit..korang takmau cekodok korang pahit kan kan kannnnn

Toskan kejap lebihan minyak yg ada kat sekodok ni..then boleh la transfer masuk dalam plate untuk dihidang

Bila dah sejuk sikit, cekodok ni akan crispy kt luar tp lembut cair-cair kat dalam..whoooaA heaven! kalau keras tu maknanya terlebih tepung ye~


Camtu je?
Yup yup! macam tu je. Dengan bahan-bahan yang tersangatlah senang nak cari dan dengan cara-cara yang tersangatlah simple, hasil cekodok tu serious maveles sedappppp!

Jemput buat ok~
Lagi-lagi tengah musim hujan ni, makan time sejuk-sejuk mmg asyik betul. Tengok licin satu plate, tak sedar dah berapa ketul masuk dalam mulut..hihihi

Selamat mencuba!~
(Tetiba terasa resipi ni mcm tak berapa membantu sbb sukatan tidak diberikan..hahaha tapi kan buat cekodok mmg tak perlu sukat beriya-iya kot..semuanya ikut rasa..hehe tp igt tau JANGAN tambah air..klu nak tambah pun cukup sekadar untuk larutkan garam tu je)

xoxo
Zinn

No comments:

Post a Comment