Friday, October 24, 2014

DIY Play-dough Buat Anak-anak

Dari pagi tadi Aufa ajak main play-dough. Play-dough yg dah sedia ada dlm box mainan dia dah tak rupa play-dough dah pun. Keras. Kering. Bercampur-campur dah kalernya. Siap dah melekat dengan macam-macam mende. Hahahahahayayayayayaksss. So, buang segala play-dough yang lama-lama tu n jom buat play-dough yang baru jom!

Ni adalah kali kedua sy buat play-dough ni. Sebelum-sebelum ni masa tak pandai buat sendiri mmg if Aufa teringin nak main play-dough kena la beli. N harga paly-dough yg play-doh tu (yg brand play-doh) mmg la tak murah kan! Pulak tu kalau beli takkan la gamak nak beli satu kaler je..kena la beli 2-3-4-5 kaler. Mmg berbulu gak mata tgk total nak kena bayar ntuk skali shopping play-doh2 tu. Tp bila dah tau buat sendiri, mmg tersangat la jimat. Kos buat dah la murah..siap boleh buat banyak-banyak kaler lagi..n if simpan elok-elok mmg tahan lama tau!

Homemade play-dough. Made with love <3


So jom kita tgk macam mana cara nak buat play-dough ni kat rumah. DIY gittewww!

Bahan-bahan yg diperlukan adalah:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1.5 cawan garam halus
  • 6 sudu kecil cream of tartar
  • 3 sudu besar minyak sayuran/ minyak masak
  • 3 cawan air 
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Food colouring

Cara-cara nak buat play-dough ni:
  1. Campurkan ke semua bahan-bahan di atas (kecuali food colouring) di dalam sebuah periuk. Kacau sehingga sebati.
  2. Letakkan periuk tersebut di atas api dan masak dengan api perlahan. Sentiasa kacau supaya campuran dough ni tak berketul-ketul.
  3. Padamkan api setelah dough nampak mengental dan kelihatan terpisah dari dinding periuk. 
  4. Pindahkan dough ke dalam mangkuk yang bersaiz agak besar dan uli sehingga texture dough menjadi licin.
  5. Bahagikan dough kepada beberapa bahagian. Sy bahagikan kpd 5 bahagian sbb nak hasilkan 5 warna yg berbeza. 
  6. Ambil satu bahagian dough. Titiskan beberapa titis pewarna makanan (food colouring). Uli sehingga perwarna tersebut sebati dengan dough. Ulang step ni untuk bahagian-bahagian dough yang seterusnya dengan pewarna-pewarna yang berbeza. Saya gunakan food colouring jenis cecair. Kaler dia lebih cantik berbanding food colouring yang jenis serbuk tu. Plus, yang jenis cecair lebih mudah nak sebati dengan dough.
  7. Haaa bila dah habis kaler kan ke semua bahagian dough, boleh la bagi anak-anak main. Tapi kalau tak nak main lagi, simpan dalam bekas kedap udara atau dalam zip-lock bag. 

After anak-anak main pun make sure dough-dough ni disimpan semula di dalam  bekas kedap udara atau dalam zip-lock bag. InsyaAllah akan tahan lama.

Best tau buat homemade play-dough ni. Sebab dr proses awal nak buat tu, anak-anak boleh participate sama. Anak-anak sy dua-dua sekali beriya-iya nak tolong. Si kecik Aakif ni pun sama-sama excited. Meh layan gambar yang sempat sy snap td~

Tepung gandum

Garam halus

Cream of tartar

Minyak

Junior masterchef 1: Aufa. Excited betul dia nak kacaukan dough

Junior masterchef 2: Aakif. Yg ni pun tersangat lah excited nak tlg sama

Tgk la..hihi geram tul dgn tgn-tgn dua org jr.mastrcep ni!

Air

Vanilla essence

Bila dah padamkan api, dough texture akan kelihatan mcm ni

Uli sehingga texture dough sekata dan bahagikan kpd beberapa bahagian spt yg anda mahu

Titiskan food colouring..sikit-sikit tau..if tak cukup boleh tambah

Bila dah uli sebati, haaa rupanya akan jd macam ni..cantikkan? yg ni kaler pink..fav colour Aufa n mama Aufa

Hari ni sy buat 5 kaler yg berbeza; pink, hijau, merah,  oren dan kuning

Since Aufa nak main play-dough ni kat rumah popoh n yan (tok n tokwan) dia, so sy simpankan dulu dlm zip-lock bag ni

Bg yg berminat nak try buat, selamat mencuba. Korang sure akn sgt puas hati dgn hasilnya!~

♥,
Zinn

No comments:

Post a Comment