Monday, October 27, 2014

Zinneerah Ahmad Zamil Itu Saya

Hahahaha tajuk entry je dah berbunyi poyos! (kuat sikit bila sebut 'poyo' tu). hahahahaha.
Ampunkan sy kalau entry ni sedikit berbunyi macam retis..maaf ye~ Mintak maaf siap-siap sebelum orang meluat. Agagagaga tp jgn la meluat dgn sy ye..plish plish plish~

Ok. Enough gedik-gedik ye wahai cik zinn!

Entry ni tak lain tak bukan adalah untuk kenalkan diri sy secara lebih detail kpd korang semua. Mungkin taklah secomplete mana tp sy try untuk berikan sedikit info berkenaan diri sy. So boleh la kita berkenal-kenalan dengan lebih rapat. InsyaAllah.

Saya dan ummi saya. Masa baby lagi. Tahun 1985.

Tahun 1987 kot! (hahaha nnti kena tanya ummi n abah ni tahun bila punya gambar)

Tahun 2014. Raya Aidil Adha baru ni. 

20 Info Berkenaan Zinneerah Ahmad Zamil (homaiiigod..ayat bajet retis lagi!)

  1. Nama asal memang Zinneerah. Zinneerah je? Seketul je nama? ha'ah seketul. Takde Nur takde Siti. Zaman sy sekolah dulu nama sy ni dah boleh dikira panjang la jugak. Tp ye la, nama anak-anak zaman skrg semua lagi panjaaaaaaaaang kan.
  2. Sy berusia 29 tahun. Kalau nak kira betul-betul, sy berusia 29 tahun 11 bulan (Oct 2014). Maknanya tahun depan (Jan 2015), sy bakal masuk ke 3 series. Hmmm org lain maybe tak excited nak menginjak ke 3 series, tp sy tersangat lah excited. Pelik la pulak.
  3. Sy adalah anak ketiga dari 8 beradik..n drpd 8 beradik tu sy sorang la perempuan. Very da rose among da thorns kannnnn.
  4. Sy dilahirkan di Cairo, Egypt. Haaaaaa sbb tu la muka sy mcm mix arab kannnnn. Hahahaha itu tipu. Tang muka arab tu tipu. Tp yg lahir kat Mesir tu mmg tak tipu. 
  5. Sy dah berkahwin dan dah ada anak. Isteri kpd Adli bin Mohd Shariff yang kacak bergaya, dan ibu kepada 2 anak syurga (insyaAllah); Aufa binti Adli (4 thn) & Aakif bin Adli (1 thn stgh). 
  6. Sy berasal dari Seremban, Negeri Sembilan (membesar kat Seremban). N now menetap di Kulim, Kedah.
  7. Owhhh sy sgt sukakan aktiviti lasak dan mencabar (kdg-kdg sampai takleh tido dok terbayang-bayang nak try itu nak try ini..sgt suka yg lasak-lasak!). Suka travel merata-rata (siapa tak suka kann?). Shopping punn (hahaha semua perempuan suka kot). Suka membaca (haaa ni mmg wajeb tiap-tiap hari..kena membaca!). Suka memasak (tp ikut mood jugak..hahaha).
  8. Ramai yg selalu beranggapan sy ni lembut. Lemah lembut. Hahahahakikatnya sy seorang yg tegas. Sy pantang diperkotak-katikkan. Keras kepala pun ye. Tp tu la..ramai suka judge sy tak garang dan sangat lembut sopan santun..hahaha jgn tak tau, sy ni mmg sgt berbakat jd hulk yg garang! Ok..part garang-garang ni tak baik kan. So sy perlu ubah. InsyaAllah.
  9. Sy ni sebenarnya pemalu especially kpd org yg sy tak kenal or kpd yg sy baru kenal. Dulu lg la..terover la sgt pemalunya. Alhamdulillah, now dah ok sikit penyakit pemalu tak bertempat ni. Dah ramai yg puji "akak ni friendly laaa..peramah!~". Tenkiu tenkiu. Alhamdulillah. Masih berusaha utk improve kan diri supaya takla malu terlebih-lebih dahhhh. Tp bila dah kenal bila dah rapat mmg mulut ni teramat suka la pokpekpokpek tak berenti-renti. Hehehe.
  10. Pendidikan awal sy bermula di Tadika Al-Anfal, Seremban, Negeri Sembilan. Dari umur 4 tahun sampai la nak masuk 6 tahun. Ingat lagi uniform tadika ni jubah kotak-kotak kaler biru tua + putih..heee suka sgt dgn uniform dia!
  11. Sekolah rendah pulak kat Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah, Seremban, Negeri Sembilan. Dari darjah 1 sampai la darjah 6 kat situ (1991 - 1996). Yg syoknya, dari darjah 1 sy mmg muda setahun (sampai form 5 pun mmg muda setahun dr kwn-kwn yang lain..suka!). Owhh penah jugak bersekolah kat Sekolah Agama Az-Zafirah, Taman Melawati, Selangor (yg ni kejap je..hanya beberapa bulan sbb masa tu satu family pindah dok KL kejap..tp lepas tu balik duduk Seremban balik).
  12. Sekolah menengah kat Sekolah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan. Dari tahun 1997 (form 1) sampai la tahun 2001 (form 5). Banyak betul kenangan best-best kat sekolah ni. Almaklum la zaman budak tgh nak up la kata kannnnn. 
  13. Matrik selama setahun kat Kolej Mara Seremban (tahun 2002 if tak salah). Haaaa time ni first time dok hostel. 
  14. Then sambung degree kat Universiti Malaysia Terengganu (sebelum ni dikenali sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia). Kos Biodiversity Conservation and Management. 3 tahun kat KUSTEM ni rasa kejaaaaapp sgt. Rindu betul kawan-kawan bioD n ofcoz tersangat la rindu ganu. Geng-geng 37 Tanjung Permata toksah kata la betapa rindunye i pd uolsss!~ Rindu sesangat sangat sangat!
  15. Pastu sambung master kat Universiti Utara Malaysia. Kos Occupational Safety and Health Management. Sambung belajar bila dah ada anak ni mmg mencabar betul. Kelas tiap-tiap Sabtu n Ahad, dari pagi sampai malam. Assignment banyaakkkk. Tiap kali nak exam, mmg rasa nak nangis-nangis sebab takut tak sempat nak study sampai habis. Nanti-nanti boleh tulis s1 entry pasal ni.
  16. Pengalaman kerja pulak..1st keje after grad degree adalah sebagai Programme Assistant kat Bioversity International. Eheee seronok keje dengan scientists bukan saja dr Malaysia, tp kebanyakannya dari negara-negara luar. Terkesima jugak la masa 1st day keje kat sini ramai betul mat salleh mata biru hijau hazel.
  17. Lepas tu keje sebagai Lecturer kt Masterskill University College of Health Sciences. Ajar diploma's students. Tak sangka lama betul bertahan mengajar kat sini..hehe 3 tahun jugak la. 
  18. Kemudian dapat offer jadi Lecturer kat SEGI College Kuala Lumpur. Alhamdulillah rezeki mengajar mmg murah betul dengan sy. Cumulatively hampir 6 tahun jugak la pengalaman mengajar sy. Alhamdulillah. Memang hobi pun suka nak bebel-bebel dalam kelas. Hehehe tapi bebel-bebel yang bermanfaat. Ecececececewahh!
  19. N now, since dah pindah ke Kulim, Kedah, sy adalah WAHM (Work at Home Mom). Housewife dlm masa yg sama bekerja dari rumah sambil berkepit dengan anak-anak. Memang impian sy dr dulu keje dari rumah, sambil tengok anak-anak membesar depan mata. Alhamdulillah.
  20. So..kenapa url blog ni adalah MISSZINN? heee sbb panggilan tu rasanya dah sgt sebati dengan sy. Student-student sy mmg panggil sy dgn panggilan tu. Even after dah kawen pun i tetap miss tau..hehehe dipersilakan untuk terus panggil Ms Zinn ye~ 
Fuhhh panjang betul info yg sy share kan ni..Salam Perkenalan kepada yang baru nak kenal-kenal. Kepada kawan-kawan lama yg dah lost contact, jom kita contact-contact balik. Mana tau kan boleh jumpa balik kawan-kawan zaman kecik-kecik dulu, zaman sekolah rendah sekolah menengah, yg dah lama sangat tak dengar khabar. 

Jom jalinkan dan eratkan persahabatan.
Ukhuwah kerana Allah Taala~



No comments:

Post a Comment