Ramai yg suka tanya soalan ni kat sy, "eh..dah lama ke ko makan Shaklee?".."ko start makan sbb breastfeeding eh?".."mmg betul-betul berkesan ke supplement2 Shaklee ni?"..Emm dari mana ye sy patut mula kan? Okie la, adhal start cerita dari awal kannnn.
Sy kenal Shaklee dah lama sgt dah. Dari zaman budak-budak lagi. Sy start consume supplement Shaklee ni dari darjah 3 kot. Tahun 1993 if tak salah. Zaman tu ESP dipanggil Instant Protein. Hee still igt lagi rupa canister Instant Protein zaman tu. Masa tu, pagi-pagi sebelum pegi sekolah wajib kena telan vitamin-vitamin dan minum segelas Instant Protein. Time tu tak penah persoalkan, bila umi n abah sy suruh telan supplement-supplement tu, ku ikut kan aje. Byg kan dr zaman tu sampai skrg, parents sy sgt setia dgn Shaklee products.
Start kenal Shaklee masa Shaklee guna logo ni..hee nostalgia sungguh bila tgk logo ni..teringat zaman kecik-kecik dulu |
Kemudian, Shaklee tukar logo ke logo ni. Family sy masih setia dgn Shaklee time ni. Mmg trademark Shaklee dr dulu lg dengan kaler hijau biru mcm ni. Nostalgic! |
Bila sy dh menginjak dewasa (ececece dewasa gittew), Shaklee tukar logonya ke logo ni. Daun hijau! Sampai skrg masih logo ni. |
Sy masih igt lg, dulu zaman matrik n zaman U masa buat degree, umi dan abah sentiasa akan pastikan stok supplement sy sentiasa ada. Umi n abah sy lebih kerap tanya "vitamin ada lg tak?" daripada tanya "duit belanja still ada?". Hahaha mesti diorg tau kalau tanya pasal duit belanja nnti anak dia asyik ckp tak cukup je..kikiki tp tu la yg menjadi kebiasaan parents sy. Sgt mementingkan bab-bab penjagaan kesihatan, bab-bab pengambilan supplement ni. Padahal time tu sy ni tak la rajin nak telan segala vitamin-vitamin tu. Selalu lupa nak telan. Bila start rasa nak tak sehat baru terhegeh-hegeh nak telan. Sungguh tak baik habit tu n tu bukan cara yg betul utk jaga kesihatan. Budak tgh nak up, mana penah nak kesah sgt pun kannnn. Tp kan, keberkesanan supplement-supplement Shaklee ni mmg tak boleh disangkal. Yg dah makan sure akan tau. Sampai dulu klu housemate ada yg nak demam nak selsema, diorang akan request nak sikit Shaklee Vita-C. N alhamdulillah, dgn izin Allah, after telan je terus beransur ok. Maka terkenal la sy ni sbgi budak yg byk stok supplement Shaklee. Eh i suka tau! Sbb dah ala-ala doctor pulak. Hahaha ye la, cita-cita nak jadi doctor tak kesampaian..sobs sobs sobs T.T
Dipendekkan cerita, bila dah keja segala bekalan supplement tak lagi disponsor oleh umi abah. So sy pun stop la dr makan supplement-supplement ni. Stop sbb konon takmau keluarkan duit sendiri. Plus time tu kan muda belia lg so rasa tak perlu pun supplement-supplement ni. Sampai la bila dah kawen, masa pregnantkan anak pertama, kena la rajin baca article-article n info-info berkenaan pregnancy, termasuklah pasal kesihatan ibu n anak yg dikandung, serta diet harian yg patut diamalkan kan. Maka, terbukak la mata utk consume supplement-supplement ni balik. Malangnya..hehehe ada la pulak 'malangnya'..malangnya awal-awal je disiplin, tp after beberapa bln haaaaaa mmg ikut suka je bila teringat baru makan. Haissshhhh! Bila dah bersalin, rajin kejap utk telan supplement-supplement ni, tp bila dah habis pantang, mmg ke laut la disiplin telan supplement-supplement ku. Haissshhh haissshhhh!!
May 2010: Time pregnant kan Aufa (anak sulung). Gambar perut muncit tak banyak la pulak. N gambar ni tak berapa clear. Amik pun guna phone |
Bila mengandung anak kedua, kesedaran utk jg kesihatan betul-betul tu datang semula. Ye la..bila pregnant ni kita sentiasa nak pastikan yg terbaik utk diri kita n anak yg dikandung. Masa ni mmg betul disiplin bab telan-telan supplement ni. Alhamdulillah consistent sampai anak kedua lahir. N tak terhenti kt situ je, sampai sekarang sy tetap disiplin dlm pengambilan supplement-supplement harian sy. Kenapa sy tetiba jd sgt disiplin? Kenapa tetiba boleh consume dgn begitu consistent? Haaa bila dah betul-betul rasa lebih sihat lehih bertenaga lebih cergas, mmg terus jatuh cinta dengan Shaklee. Serious dah jatuh cinta dgn supplement-supplement Shaklee. Sgt ketara tau rasa time sy tak consistent ambil dulu dgn bila sy dah consistent ambil. Ramai ibu-ibu start jatuh cinta dgn Shaklee melalui Breastfeeding Set. Tp sy jatuh cinta dari Set Ibu Hamil tau. Alhamdulillah, pengalaman kali kedua pregnant lebih mudah dr segala segi. Tahap kesihatan sy lebih baik. Takde morning sickness, mual-mual loya-loya or pening-pening yg keterlaluan. Mentally n physically sgt ok. Bertenaga n takla lembik penat je mcm 1st pregnancy dulu. Alhamdulillah, sgt dipermudahkan dari segala segi. After bersalinkan anak kedua, still disiplin mkn supplement-supplement ni. Energetic n luka pun sgt cpt sembuh. Susu alhmdulillah tersangatlah meriah. Memang tergolek-golek jatuh cinta pada Shaklee.
Jul 2010: Aufa binti Adli (2 days old) |
Jul 2010: Rindu pulak nak berpantang..ehee~ Baby keje nye tido je la kaannnnnn. Skrg kakak Aufa dah kemain lasak! |
Jul 2010: Baru sudah mandi. Yeayy. Baju sampai ke lutut..hehe |
May 2013: Aakif bin Adli. 2 days old. |
May 2013: Kakak Aufa & Adik Aakif. Mmg melekat 24 jam kakak dengan adik dia..hehe |
May 2013: Aakif the manjaboy mama!~ ^^, |
Set Ibu Hamil (Pregnancy Set) yg berjaya buat sy terus tangkap cintan dgn Shaklee. |
Mmg dulu tak pernah terniat nak berbisnes Shaklee. Tp bila sy start consistent amalkan pengambilan supplement-supplement Shaklee ni balik, ramai pulak kawan-kawan lama tanya pasal Shaklee. Ramai kawan office mula nak berjinak-jinak try sama amalkan supplement-supplement ni. Niat awal hanya lah nak share kebaikan Shaklee products yang sy amalkan je. Nak sama-sama bantu sahabat-sahabat n kenalan-kenalan untuk lebih sihat. Tak terfikir pun nak berbisnes-bisnes ni. Tp Alhamdulillah, Allah lorongkan sy kpd bisnes ni. Tiba-tiba je terjebak berbisnes. Hanya dr simple sharings yg ikhlas dari hati. Tak sangka betul! Awal-awal dulu sy start dengan secara part time dan Alhamdulillah dah ke fulltime dh sekarang.Yang syoknya skrg fulltime berbisnes Shaklee sambil duduk rumah dengan anak-anak. Menjana pendapatan dari rumah melalui bisnes yang hebat yg mana produk-produknya terbukti sangat berkualiti dan berkesan. InsyaAllah, banyak lagi perkongsian yg best-best yg sy nak sharekan pasal pengalaman sy (even baru setahun jagung..heee) dengan Shaklee.
xoxo
Zinneerah Ahmad Zamil
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR/
PENGEDAR SAH SHAKLEE
Kulim, Kedah/ Pulau Pinang/ Seremban, Negeri Sembilan/ Kuala Lumpur
018-2037804